Archive for Januari 2012

Dato Siti Nurhaliza terus di hargai peminat peringkat antarabangsa

Kita masih di rasai bahang Anugerah Juara Lagu ke 26 baru-baru ni dan mesti ramai tgh sibuk menulis berkaitan anugerah ini tidak kurang para blogger mahupun laman web gosip2 seluruh Malaysia. Tapi ramai tak tahu tentang anugerah yg tidak berapa nak popular namun masih memerlukan peminat untuk memilih pemenang.

Seperti mana yg dilakukan oleh INTUNED MUSIC di laman web rasmi beliau intuned.com telah menganjurkan awards tersendiri bagi 14 kategori. Penilaian adalah daripada undian peminat 100%. Melibatkan artis seluruh dunia yg telah mencipta nama mereka tersendiri. Tidak terlepas artis dari negara kita iaitu artis no 1 negara Dato Siti Nurhaliza.


Beliau telah tercalon untuk 6 kategori yg dipertandingkan, dan berita baik apabila kesemua kategori telah di menangi beliau dalam Intuned Music Award 2011 itu. Wahh tak sangka artis tempatan mampu kalahkan artis luar negara hebat2. Pastinya ini adalah petanda baik untuk penggiat seni musik tempatan untuk terus berkarya. 

Di bawah adalah antara 6 kategori yg telah di menangi oleh Dato Siti. Tahniah Mah@gosip ucapkan kepada beliau. Moga terus suksess salam kerjayanya. 



 



0 comments:

AJL 26 Gemersik Irama Lagu Bertaraf Dunia

Telah belangsungnya satu majlis berprestij lagi di negara kita, dimana memartabatkan muzik tempatan menjadi lebih dikenali dan diiktiraf. Semua ini terbukti apabila artis kita mampu untuk menerbitkan album di label syarikat antarabangsa seperti Yuna. Itu lah tujuan penganjuran anugerah Juara Lagu ke 26 mencari yg tebaik di kalangan terbaik.


Tahniah di ucapkan sekali lagi kepada Hafiz atas kejuaraan beliau merangkul 2 anugerah pada malam tersebut. Terus mengekalkan kejuaraan Vokal Terbaik 2 tahun berturut-turut melayakkan lagu Awan Nano ciptaan Dato M.Nasir dan lirik oleh Budi Hikayat di nobatkan sebagai Juara Lagu ker 26.

Tidak kurang hebatnya usaha gabungan 3 suara mengjadi-jadi apabila mereka terus dihargai dimana lagu Beribu Sesalan di anugerahkan Naib Johan Juara Lagu semalam. Lagu ciptaan Kevin Chin dan lirik ditulis oleh Tinta menjadikan gabungan 1Malaysia ini terus jadi siulan anak muda sekarang.

Manakala artis yg tidak pernah hampa dengan persembahan menarik dan berlainan setiap tahun Faizal Tahir muncul tempat ketiga dengan lagu beliau Karma. Gabungan yg sinonim dengan namanya Audi Mok dilihat mampu untuk memberi persaingan hebat dalam industri muzik tempatan.

Gaya "barbie" yg di tampilkan oleh Aliyah nyata tidak mengahampakan semua peminat yg memberi tepukan gemuruh ditambah lagi dengan kehadiran Remy Ishak yg telah menjadi watak utama dalam video muzik ni mengangkat persembahan dari lagu Kisah Hati sebagai juara peresembahan terbaik pada mlm itu.

Persembahan lagu2 dari artis lain juga tidak menghampakan dan menunjukkan artis tempatan kita mampu untuk terus berkarya dan menjadikan industri kita lebih meriah dan gemilang. Terus berkarya kerana anda adalah sumber insporasi kepada generasi baru.


0 comments: