Archive for Mei 2012

MasterChef Celebrity Malaysia Pertama Berlangsung



Satu lagi program tv yg cukup popular di seluruh dunia sekrang adalah Masterchef namun kini di Malaysia telah sampai pada program Masterchef Celebrity Malaysia apabila golongan ini juga akan beraksi dalam medan dpur masak nanti. Telah berlangsung 26 Mei menyaksikan semua peserta bedebar takut penyingkiran namun masih terlalu awal untuk membuang peserta.

Seronok lihat telatah celebrity tempatan menguji kehebatan memasak dengan karenah dan telatah masing2. Tak kurang hebatnya peserta yg menunjukkan peningkatan pada peringkat awl ini. Namun masih terlalu awl untuk ramal siapa bakal menjadi juara Masterchef Celebrity Malaysia pertama ini. Tgk daripada teknik dan cara masakan mcm anak kepada chef negara jer boleh menang. Namun 16 peserta memberi saingan hebat kepada satu sama lain suspen juga di buatnya.

Tu semua ramalan awl kepada mereka kerana masih byk cabaran perlu di tempuh untuk terus menjadi yg terbaik antara terbaik. Jng lupa saksikan Masterchef Celebrity Malaysia pertama setiap hari Sabtu hingga Selasa jam 9 mlm di Astro Ria dan Astro Mustika HD. Jng juga layari laman web Masterchef Malaysia untuk mereka yg ingin pergi ke ujibakat bagi program Masterchef Malaysia musim ke2.

0 comments:

Super Spontan Sampai ke Akhir


Setelah  bertungkus lumuh akhirnya program realiti perlawanan spontan pertama Malaysia Super Spontan akan sampai ke kemuncaknya pada minggu ini. 1 Jun akan saksikan bakal bergelar juara pertama Super Spontan akan di nobatkan. Siapa antara 6 peserta yg berjaya ke peringkat akhir tersebut akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry. Adakah Johan mampu mempengaruhi pengundi dengan status beliau sebagai Artis Komedi Lelaki Popular yg di menangi pada ABPBH baru2 ini.

Adakah Zizan yg terus menjadi kegilaan anak muda sekrang dengan lawak yg spontan dan juga mencuit hati. Adakah juara milik Taukeh yg sering mendapat job lakonan atau milik pasangan serupa tapi tak sama Suhaimi dan Rahim. Atau bakal di rampas kejuaraan milik Ropi yg tak berapa nak kelakar tu hehehhehe.. Namun apa pun semua terpulang kepada undian anda kerana konsep akhir ini telah bertukar di mana undian adalah berasaskan individu bukan lagi berkumpulan.


Namun masih ada yg boleh di perbaiki kerana ada beberapa perkara senseviti perlu di ambil kira oleh penganjur mahupun pelawak2 Super Spontan sekalian. Perkara penting perlu di lihat adalah penggunaan treadmark 'hak tuiiii...' atau meludah yg dan jadi trend sekarang. Bila melawak semua peserta meludah tanda protes dalam bentuk gurauan. Tapi perkara itu nampak agak tidak molek dan kotor.

Kerana ludah meludah ini adalah kerja org tak bertamadun dan juga melambangkan mereka adalah golongan gengster. Meludah tak tentu pasal dan meludah depan2 org adalah budaya yg tidak sesuai di tayangkan kepada penonton. Ini adalah medan lawak dan perlu berhati-hati kerana penonton tediri dari berbagai golongan dan peringkat usia. Bukan tak suka mereka melawak tapi treadmark meludah itu agak keterlaluan dan contoh yg tidak baik.

Harap dapat perhatian perkara ini daripada penganjur dan juga Astro selaku penyiar. Tapi program ini sangat berguna dan bagus harap dapat di teruskan di masa akan dtg dengan pelawak2 yg hebat2 berlaka dan juga aksi2 lawak lebih mencabar lagi. Tahniah buat Super Spontan saksikan akhir nanti ok.


0 comments:

ON AIR Mampukah Mencari Peganti Aznil


Program baru yg bakal bertemu peminat dunia hiburan tanah air. Sebuah program yg berfomatkan realiti ini bakal di lahirkan oleh Astro di saluran 104. Dengan menampilkan Aznil Haji Nawawi sebagai ikon kepada program ini membuktikan bahawa mereka bersungguh dalam mencari pelapis kepada dunia pengacaraan yg memangnya glamor. Pelapis ker atau pengganti setelah kegagalan Aznil mempertahankan takhta sebgai pengacara popular selama ini.

Itu bukan persoalan tapi mampukah peserta yg dipilih oleh Aznil itu menjadi pewaris kepada generasi pengacara baru di Malaysia. Kita sekrang dah ketandusan pengacara yg cukup berbakat dan juga cukup bersinar dalam memastikan penonton tidak bosan dengan di sajikan pengacara sama untuk setiap program. 20 perantis akan berentap dalam merebut takhta sebagai pengacara dalam program On Air ini.

Melihat kepada barisan perantis ini ada muka yg mampu menggegarkan dunia pengcaraan negara. Ada juga barisan yg mampu menyayingi penyampai sedia ada. Takut tak.. Mesti ramai tak sbr nak tgk gelagat dan juga aksi semua peserta. Saksikan setiap hari Rabu hingga Sabtu Diari On Air jam 10 malam dan juga Studio Penyingkiran On Air pada hari Ahad Jam 10 mlm. Hanya khas di Astro Ria 104.


0 comments:

Mentor Kum B Bukan Rezeki KJ dan Adam


Mentor 6 bagi kumpulan B telah berlangsung semalam di Auditarium MBSA dengan menyaksikan protege KJ tersingkir bersama Mentornya Adam. Adat dalam pertandingan ada yg terkeluar ada yg berjaya mara yg pasti persembahan yg hebat adalah faktornya. Menyaksikan persembahan KJ tidak kurang hebat namun masih ada kekurangan yg boleh di baiki dalam persembahan beliau. Namun kata org kalau dah bukan rezeki nak buat mcm mana redha dan bersyukur.

Namun itu tidak mematahkan semangan Zatul yg juga protege Kak Ogy apabila terus gemerlap pada malam itu dengan menjadi juara mingguan mengalahkan Caroline. Zatul menunjukkan keikhlasan dalam persembahan beliau menjadikan ia satu bersembahan penuh dengan emosi apabila juri tetap Kak Pah sendiri menitiskan air mata. Ia terus menlonjakkan beliau pada mlm itu dan terus layak ker peringkat akhir.

Namun kehebatan Caroline tidak dapat dinafikan. Beliau yg terus selesa mendahului kesemua protege secara automatik layak ke peringkat separuh akhir. Namun nasib mereka akan di tentukan pada peringkat separuh akhir nanti apabila bertemu dengan protege dari kumpulan A. Sapa yg kuat sapa yg hebat hanya juri tetap menentu. Anda terus mengundi untuk memastikan peluang mereka masih ada. Tahniah Zatul dan Caroline.


0 comments:

Hafizzzz.....

Tahniah kepada nama yg penuh keramat untuk tahun ini setalah kemenagan demi kemenagan di rangkul artis dari sebuah program realiti ini. Hafiz Superstar Mania itulah gelaran paling sesuai untuk beliau setelah menjadi juara bagi program terbitan Astro itu. Tahniah sekali lagi untuk beliau kerana membuktikan bahawa beliau mampu untuk terus berada di atas. Di harap dengan kejayaan ini akan membawa beliau dan muzik Malaysia ke negara jiran Indonesia kerana khidmat Ahmad Dani sangat berguna. 


Tahniah juga kepada juara tempat kedua Stacy seperti diramal beliau pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong pada mlm akhir itu. Menjadi naib juara juga membuatkan Dato M. Nasir lega kerana anak didik beliau masih mampu untuk menunjukkan kehebatan walaupun bukan sebagai juara.

Namun yg pasti sedih adalah Aubry Suwito kerana kegagalan Jaclyn Victor untuk mengekalkan kedudukan tempat pertama seperti mana dalam carta yg di tunjukkan. Mungkin kerana kelemahan yg ketara di tunjukkan Jac apabila lupa lirik ketika menyanyikan lagu 'Kenangan Terindah' memakan diri beliau sendiri. Berpuas hati dengan tangga ke 3 Jac tidak pernah menghampakan peminat beliau yg mengundi namun rezeki tidak menyebelahi beliau. 


0 comments:

Mentor Kum A Tisha Bangkit


Semalam penyingkiran pertama dalam pertandingan Mentor 6 menyaksikan penyanyi kesayangan ramai Ramlah Ram dan Protegen Ana tersingkir untuk kumpulan A dikalahkan oleh Tisha dan Anas. Kehebatan Tisha tidak dpt di nafikan apabila membuat persembahan paling mantap pada mlm itu. Persembahan paling bertenaga itu membuka peluang besar kepada Protege Ferhad untuk mara ke peringkat separuh akhir nanti.

Kekalahan Ana seperti sudah diramal apabila melihat kepada persembahan yg langsung tiada emosi dan tenaga pada malam itu. Paling sedih apabila Dato Ramli M.S berkata ia adalah persembahan "Lesu" ini menguatkan lagi bahawa beliau akan tersingkir pada mlm itu. Tisha Mengambil kesempatan tersebut untuk membuktikan bahawa beliau mempu memberi persembahan terbaik pada malam itu terus di nobatkan sebagai juara mingguan buat pertama kalinya pada mlm tersebut.

Pastinya keputusan kumpulan A telah di ketahui dan menunggu 2 lagi peserta dari kumpulan B yg akan bersama ke peringkat separuh akhir nanti di antara KJ, Caroline dan Zatul. Sesuatu bakal di lakukan setelah melihat kepada persembahan minggu ini oleh mereka semua. Ini kerana keputusan pada saat2 akhir mempu untuk merubah segalanya. Pasti undia juga memainkan peranan penting kepada semua peserta anda lakukan tugasan untuk memastikan mereka sentiasa di atas.

0 comments:

Mania - 5 Peserta Akhir Mengejutkan


Telah berlangsung separuh akhir Mania pada Jumaat lepas dengan menyaksikan penyingkiran 3 peserta sekaligus membuatkan pentas Mania terus menjadi medan hangat. Persembahan mantap dan bertenaga sahaja mampu membawa peserta ke peringkat akhir. Tahniah di ucapkan kepada 5 peserta yg berjaya terus malayakkan diri ke peringkat akhir Mania pada 19 Mei ini.

Hafiz dan Aril dari empayer Hijau milik Ahmad Dani berjaya menyapu bersih 2 tempat ke peringkat akhir mengalahkan 6 peserta lain. Manakala dari empayer Dato M. Nasir juga hebat melatakan Stacy dan Hazama dua wakil daripada 4 peserta yang tinggal. Bagi empayer Biru milik Aubrey Suito pula kejayaan Jac mengubat kedukaan apabila Adira tidak mampu menempatkan diri ke peringkat akhir Mania.

Siapa bakal Superstar yang di janjikan oleh Mania? Siapa pula bakal memenangi hadiah paling besar dalam pertandingan nyanyi seperti ini? Hanya anda penonton dan peminat setia artis kesayangan anda mampu untuk mengubah segalanya. Jang lupa saksikan peringkat akhir Mania di Astro Ria pada hari Sabtu jam 9.00 mlm. 

0 comments: