Archive for September 2012

Tahniah Shila Amzah Juara Asian Wave 2012


Tu lah kata org kan rezeki tak kemana kalau tak menang kat negara sendiri menang kat tempat org lagi bermakna kerana lebih ramai org luar negara tahu tidak lah di gelar jaguh kampung jer kan. Tahniah kepada artis comel molek anda sopan santun ini setelah tekad behijrah akhirnya Shila Amzah mengharumkan negara apabila berjaya memenangi Asian Wave 2012 di China.

Sebelum ini Shila Amzah antara tersingkir awal untuk program realiti MANIA yang di anjurkan oleh Astro. Ramai juga yg kecewa dan tidak puasa hati dengan pertandingan itu seperti memenagnkan kroni sendiri. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus membuktikan bahawa beliau bukan mudah mengalah.  Kemenangan di luar negara lebih jauh bermakna dan lebih di beri perhatian ramai.

Ini lah yg di katakan Malaysia Boleh! Bangga sangat apabila tgk video Shila Amzah perform mlm itu dengan 3 buah lagu yang bukan lagu beliau sendiri. Malah menyanyikan lagu dari bahasa asing sungguh mengkagumkan rakyat China sendiri termasuk barisan juri pada malam itu. Shila mengalahkan peserta-peserta hebat yantg bertanding daripada negara China, India Thailand, Singapura dan juga Korea Selatan. 

Moga lepas ini lebih byk org kita menghargai bakat anak tempatan dan bukan menjadikan mereka sebagai batu loncatan untuk menaikan rangking sesebuah program sahaja. Bagi peluang kepada bakat2 hebat ini kerana Shila bukan sahaja mampu menyanyi malah mampu mencipta lagu sendiri seperti Patah Seribu yg menjadi siulan anak muda sekarang. Tahniah sekali lagi buat Shila Amzah.


0 comments:

Shila Hamzah Terus Cemerlang di Persada Dunia


Debaran penyanyi negara, Shila Amzah pastinya kian terasa pada saat ini kerana dia bakal bertarung dengan 5 lagi finalis dari beberapa negara lain dalam pertandingan final Asian Wave yang akan berlangsung pada malam ini.

Dalam pertandingan final Asian Wave ini, Shila Amzah akan bersaingan sengit dengan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Setakat ini peserta daripada negara China mendahului di tangga teratas dengan undian secara online yang tertinggi iaitu melebihi 140,000.

Manakala Shila Amzah di tangga kedua dengan undian melebihi 69,000. Nyata, Shila Amzah yang bakal membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin pada malam ini nanti memerlukan sokongan daripada rakyat Malaysia untuk terus mengundinya pasti memastikan dia layak bergelar juara di dalam pertandingan ini, seterusnya mengharumkan nama negara.

Jadi, tunggu apa lagi. Lakukan tugas anda sekarang dengan mengundinya menerusi laman web di SINI. Sama-sama membantu rakyat Malaysia untuk terus cemerlang si persada dunia.


 *Sumber daripada Murai.com.my


0 comments:

Maharaja Lawak Mega 2 Lebih Kelakar


Selepas mendapat sambutan hangat pada Maharaja Lawak Mega musim yang lalu, Astro Warna kini kembali dalam usaha memartabatkan lagi bidang komedi di negara kita apabila membawakan program realiti Maharaja Lawak Mega 2012. Program yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 10:00 malam bermula 9 November 2012 boleh ditonton menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Musim kedua kali ini memaparkan lebih banyak konsep baru selain bakal menyaksikan pelawak dari serata asia. Bukan itu saja, kesemua pelawak dan pelakon komedi ini adalah dari bidang professional dan sudah tentu menjanjikan saingan sengit diantara mereka.

Untuk musim kedua ini juga konsep Hot Seat secara online diperkenalkan dimana peminat boleh mengundi pelawak yang digemari dan ianya bakal memberi peluang kepada para pelawak tanah air untuk menyertai pertandingan ini tidak kira samada secara individu mahupun berkumpulan sekaligus melengkapi jumlah keseluruhan senarai barisan peserta bertanding yang hanya akan diumumkan kelak.

Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 5 September 2012 jam 6.00 petang hingga 17 September 2012 jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Maharaja Lawak Mega 2012 di www.Maharajalawakmega.com.my. Namun itu, sebelum mengundi mereka harus mendaftar menerusi Log Masuk Facebook seterusnya mengundi para peserta kegemaran masing-masing. Undian yang dibenarkan untuk setiap peserta mahupun kumpulan hanyalah sekali untuk setiap hari.

Seramai 27 peserta yang akan dipilih menerusi undian secara online termasuklah dua peserta solo iaitu SHEM dan IDLAN manakala 25 peserta berkumpulan iaitu GLAMOUR TAK PERLU, TUTUP BOTOL OREN, SHAM, SAT SAT, 3A, PARPU, KETAMPI, MAMU, INGKE, KLAUT, V2, AWAS, BUAYA, KERING, HAI, XN3, DUO, ABC, I S U (I SUE YOU), NGAM, KECIK, AJK, PANAS, BALAS dan OMG. Jadi pastikan anda semua mengundi untuk memastikan kumpulan kegemaran anda bakal bersaing di Maharaja Lawak Mega 2012 akan datang!


*Sumber laman web www.era.fm


0 comments:

Masterchef Malaysia Musim ke2 di Kaca TV


Setelah hampir setahun program realiti masakan ini melabuhkan tirai untuk musim pertama, kini bakal kembali dengan musim terbaru. Pastinya akan menyajikan kehebatan masakan semua 24 peserta yang akan bersaing di peringkat dapur Masterchef. Bakal ditayangkan di Astro Ria bersama Astro Mustika HD dan juga Astro on the go. 

Menamatkan peringkat ujibakat yang di adakan pada bulan Jun lepas telah mendapat sambutan lebih daripada ribuan peminata dunia masakan. Kali ini pasti dengan aksi lebih hangat dan juga persediaan lebih rapi peminat menjadikan musim ini lebih mencabar. Jng lupa saksikan Masterchef Malaysia musim ke2 bermula 8 -13 september 2012 jam 9.00mlm untuk sesi ujibakat seluruh negara. 


0 comments: