Archive for Januari 2013

Melodi Meletop

Ramai sedia maklum tentang ranking yg terhebat oleh rancangan gosip no 1 Malaysia Melodi di TV3. Kekuatan sebuah rancangan gosip bukan sahaja teletak pada pengisian tetapi lebih kepada penyampai atau di panggil pengacara bagi program tersebut. Kerana emosi mereka sebenar mempengaruhi penonton. Sebab tu pentingnya seorang penyampai dalam sesebuah program tv tak kiralah rancangan gosip mahupun rancangan bual bicara sekali pun. Populariti mereka juga menjadi taruhan dalam sesebuah rancangan terutama melibatkan isu2 dunia artis ini.

Itu lah yg telah di amalkan oleh program Melodi yg terus bertakhta dalam hati peminat hiburan tanah air. Isu2 mereka tidaklah sehebat mana kadan2 isu2 itu lebih awal di kupas oleh para blogger dahulu and kemudian baru di cedok oleh rancangan tv. Tapi sebenarnya penyampai program itu sendiri seperti Zizan dan Awal sekrang ni datu gabungan yg hebat dan mantap untk program gosip. Sebelum ini kita lihat ramai nama2 besar telah mengendalikan program tersebut. 


Namun mampukah program baru seperti Propaganza atau Meletop melawan kehendak peminat itu. Mereka cuba bawa kelainan dari segi persembahan dan juga isi tapi penyampaian tidak sampai. Itu yg telah di buktikan dengan satu undian yg telah di lakukan oleh portal hiburan no 1 Malaysia Murai.com.my. Portal ini sendiri telah membuktikan bahawa kehebatan program gosip adalah ternyata milik Melodi masih berada di atas di ikuti oleh program Propaganza dan juga Meletop.

Memanglah ranking menjadi ukuran kepada stesen tv untuk menjadi no 1 di Malaysia. Tapi sebenarnya pengisian keada program tersebut yg peminat tonton perlu kepada ketelusan dan juga kejujuran penyampaian. Jgn nak berselundung kerana wartawan tak bertauliah seperti blogger ini juga mempu membongkar rahsia anda lebih awl. Mereka lebih peka kadang2 wartawan blogger ini lebih pantas menyiarkan berita daripada mereka. Sapa lebih betul tu tepuk dada tanya kehendak masing2 ok.


0 comments:

Jozan Akhiri Kemarau Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Setelah berminggu-minggu kedudukan mereka berada di atas dengan undian tertinggi akhirnya Jozan di tabalkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012 yg telah berlangsung pada 18 January di Stadium Tertutup MBJB. Kumpulan yg terhasil daripada gabungan dua peserta yg bukan juara di Raja Lawak musim pertama dulu membuktikan kekalahan bukan lah penamat segalanya. Terus berusaha walaupun terpaksa beraksi sorang apabila Johan mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa menjalani pembedahan dan berehat di rumah tidak mematahkan semangat Jozan.


Pernah tewas di dalam aksi Maharaja Lawak tahun 2010 dengan kumpulan Sepah menjadikan mereka terus berusaha dalam mencari lawak berkualiti dan menarik minat penonton sekalian. Kini pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 menjadi milik mereka. Memenangi wang tunai RM500 ribu dan juga trofi bukanlah nilai yg sebenar tapi kepuasaan kepada persembahan menghiburkan peminat di seluruh Malaysia. Hampir juga tewas dalam minggu2 yg sudah kerana persembahan yg agak hambar membuatkan mereka lebih tekun berusaha untuk mengekalkan kedudukan juara.


Tahniah kepada Jozan kerana bukan sahaja populariti tapi bakat mereka meletakkan mereke di tempat yg sepatutnya mereka berada sekrang. Siapa bakal menggugat kedudukan Jozan sekrang mungkin akan dtg. Namun tahniah juga kepada tempat kedua milik Jambu yg juga penuh dengan lawak tidak di duga. Tempat ke tiga milik Shiro satu lagi kumpulan baru yg baru bertahtih tapi telah berjaya menempatkan tempat di antara pelawak2 lagend. Tempat ke empat milik Boboi dan ke lima SayWho dari Indonesia.


0 comments:

Dato Siti Bertudung Litup Penuh Menjelang 34 Tahun

Tahniah kepada artis no 1 negara ini apabila beliau terus di ingati peminat beliau yg ramai dan berjuta seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura. Berita gembira ini di tunggu ramai peminat dan juga penyokong nyanyian beliau daripada zaman remaja sehingga sekrang ini. Perubahan demi perubahan di lakukan namun plantun lagu 'Aku Cinta Padamu' ini tidak pernah mengalah dan terus memberikan yg terbaik pada semua.

Akhirnya menjelang ulang tahun kelahiran beliau yg ke 34 baru2 ini Dato Siti telah pun bertudung litup penuh. Ini semua berkat doa daripad peminat yg mahu artis putih gebu ini terus berhijrah ke arah yg lebih baik. Daripada gambar yg telah di kongiskan oleh kakak ipar beliau merangkap pengurus beliau sendiri siti telah mengenakan tudung penuh dengan ayu dan comel sekali. Tatapi gambar yg sempat di ambil daripada Facebook kakak ipar Dato Siti yg telah si muat turun pada sambutan harijadi beliau baru2 ini.


Moga ia terus berkekalan dan terus menjadi ketetapan kepada artis yang di cintai peminat beliau. Walaupun Dato Siti kurang kelihatan di media dan kaca TV namun kelibat dan kelincahan beliau di pentas di nanti peminat untuk membuat come back setelah berhijrah ini. Tgh tunggu project baru Dato Siti untuk album Inggeris penuh kedua Insyallah bakal lebih hebat dan meletop lepas ini. Tahniah buat Dato moga bahagia di samping suami tersayang dan juga bakal menimang cahaya mata setelah berhijrah ini.

1 comments:

Adnan Sempit 2 Dahului Senarai Filem Pecah Panggung 2012

2012 merupakan tahun yang agak perlahan buat industri perfileman Malaysia. Jika ingin dibandingkan dengan hasil kutipan jualan tiket untuk 2011 (dengan kutipan tertinggi RM11.74 juta untuk "KL Gangster" dan RM10.90 juta buat "Ombak Rindu"), tahun 2012 menyaksikan penurunan hasil kutipan yang agak mendukacitakan.

Mungkin kerana penonton Malaysia sudah mula bosan dengan genre seram komedi yang sudah terlalu banyak dan berulang-ulang? Atau mungkin kehadiran begitu banyak filem-filem pecah panggung dari Hollywood yang tidak tersaing? Walau apa pun, kami senaraikan filem-filem terbaik (mengikut kutipan tiket) tahun 2012. 

1. ADNAN SEMPIT 2
Filem sekuel kepada filem keluaran Metrowealth Pictures paling laris tahun 2010, "Adnan Sempit" ini mungkin tidak menerima kutipan sebanyak filem asalnya, namun begitu, populariti filem lakonan Shaheizy Sam ini masih mampu menarik penonton ke pawagan sekaligus menjadikan filem ini antara filem pecah panggung tertinggi untuk tahun 2012 dengan hasil kutipan sebanyak RM6.82 juta. 

2. JALAN KEMBALI
Syamsul Yusof mungkin tidak berjaya mengulangi kejayaan tahun 2011, namun dia masih mampu meletakkan filemnya di tempat kedua dalam senarai hasil kutipan paling laris. Dengan tayangan selama 28 hari di 80 buah pawagam, sekuel filem "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" ini berjaya mengaut sebanyak RM4.98 juta. Nampaknya penonton Malaysia lebih mempercayai hasil sekuel berbanding yang asli. 

3. MAEL LAMBONG
Kejayaan "Mael Lambong" yang memperoleh kutipan RM 4.88 juta ini merupakan satu kejayaan buat Ahmad Idham dan syarikat penerbitannya, Excellent Pictures. Namun yang pasti, kejayaan filem ini sendiri berkemungkinan disebabkan personifikasi Zizan ini sudah pun popular melalui pertandingan "Maharaja Lawak" sebelum filem ini lagi, selain hasrat penonton melihat gandingan dengan pelakon Juliana Evans yang seringkali digosipkan dengan pelawak tersebut pada ketika itu. 


4. ISTANBUL AKU DATANG
Meletakkan sebuah filem yang masih dalam tayangan (pada waktu artikel diterbitkan) mungkin akan dianggap tidak adil. Namun kami kecualikan filem lakonan Lisa Surihani dan Beto Kusyairi ini kerana sekalipun masih dalam tayangan, ia sudah pun mengalahkan filem-filem lain yang sudah tamat waktu tayangan. Dengan kutipan RM3.58 juta (dan angka tersebut terus meningkat), ini merupakan filem gandingan pengarah Bernard Chauly dan penulis Rafidah (sebelum ini menghasilkan "Gol dan Gincu" dan "Pisau Cukur" bersama) yang paling berjaya. 

5. HANTU GANGSTER
Rekod yang agak baik buat pendatang baru Namewee, sekalipun dia memegang banyak peranan dalam filem terbitan Prodigee Media ini (sebagai pengarah, pelakon, penyunting, dan lakonlayar). Kehadiran nama-nama popular seperti Farid Kamil dan Diana Danielle sebagai teraju utama selain para bintang berbilang kaum seperti David Arumugam, Amber Chia, Reshmonu dan Mizz Nina juga mungkin banyak membantu filem ini untuk mendapatkan kutipan sebanyak RM3.45 juta melalui tayangan di 99 buah panggung. 

6. HANTU KAPCAI
Menyambut tuah filem-filem perlumbaan dan juga filem-filem seram yang menjadi pilihan utama sejak dua tiga tahun lalu, pengarah Ghaz Abu Bakar menggabungkan kedua-dua genre tersebut dan menggunakan khidmat Zizan Raja Lawak, Fizz Fairuz dan Remy Ishak untuk menghasilkan sebuah filem seram komedi mengenai seorang mat rempit yang perlu menyelesaikan masalah duniawinya sebelum dia boleh mati dengan aman. "Hantu Kapcai" berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM3.19 juta selepas 35 hari tayangan di 71 buah panggung di seluruh Malaysia. 

7. AKU TERIMA NIKAHNYA
Tidak kisahlah jika filem lakonan Nora Danish dan Adiputra ini menerima kritikan kerana persamaannya dengan filem Hollywood, "The Vow". Ia tetap mengaut RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan, dan jumlah bersih RM2.75 juta selepas 21 hari dalam tayangan. Ketika pawagam dipenuhi banyak filem-filem seram dan komedi, mungkin filem melodrama ini mendapat tempat di hati para penonton yang inginkan sesuatu yang tidak melibatkan Zizan Razak, hantu, motosikal atau muzik lucu! 

8. BUJANG TELAJAK
Katakan apa saja tentang Prof. Madya A. Razak Mohaideen, filemnya tetap berjaya memasuki carta top 10 2012 dengan kutipan sebanyak RM2.6 juta. Filem lakonan Saiful Apek, Johan dan Nabil Raja Lawak ini berkisarkan tiga orang ahli silap mata yang cuba memikat gadis yang sama (lakonan Fazura) dan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkannya. Mungkin ramai yang mengharapkan gandingan hebat antara tiga pelawak ini mampu untuk menghiburkan mereka. 

9. JANGAN PANDANG-PANDANG
Filem komedi, lakonan Zizan Raja Lawak, memasuki carta top 10. Bunyi macam deja vu, kan? Sekali lagi filem lakonan pelawak kelahiran rancangan realiti "Raja Lawak" ini berjaya memasuki senarai kutipan pecah panggung melalui filem pengembaraan komedi seram arahan Ahmad Idham. Filem yang turut dilakonkan oleh Nas-T, Miera Liyana dan Sara Ali ini berada di panggung selama 26 hari dan berjaya mengaut RM 2.51 juta. 

10. 8 JAM
Filem aksi arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan Yana Samsudin ini berjaya mengutip RM2.30 juta di pawagam seluruh Malaysia, sekaligus meletakkannya di tempat terakhir dalam senarai Top 10, itu pun jika tidak ditolak keluar oleh filem-filem lain yang masih dalam tayangan.


*Sumber daripada Yahoo Malaysia


0 comments:

Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012


Calon2  Top 5 bagi setiap kategori untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah di keluarkan semalam. Tahniah kepada peserta yg tercalon dah nampaknya nama2 hebat juga ramai dan nama2 baru juga ada memberi persaingan. Dapat di lihat nama seperti Zizan Razak tercalon untuk 3 ketegori. Adakah bakal mengungguli untuk tahun 2012 ini. Sama2 lah saksikan nanti ok. Di bawah ni senarai penuh untuk semua kategori.

Artis Lelaki Baru Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo / Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palare
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular 
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Norkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC mizal
2. Aznil Nawawi
3. Awal Ashaari
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Nabil
5. Johan

Penyanyi Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura



0 comments:

Yuna Bukti Kehebatan Karya Sendiri di AJL 27

Ramai tidak menyangka ketidak hadiran penyanyi asal Yuna pada mlm Anugerah Juara Lagu ke 27 semalam bagaikan memberi petanda bahawa lagu Terukir Di Bintang di nobatkan sebagai juara. Di tambah lagi dengan kehebatan dan persembahan yg bersahaja daripada Aizat penyanyi penganti kepada lagu itu membuahkan hasil yg terbaik. Lagu Terukir Di Bintang semalam telah di nobatkan sebagai juara dan sekali gus membawa pulang wang tunai RM35ribu dan juga trofi.


Kegembiraan itu di kongsi penyanyi peganti Aizat pada mlm itu apabila tidak menyangka bahawa lagu itu akan di tabal sebagai juara. Hasil usaha Yanalis Zarai yg kini sibuk membuat rakaman album terbaru di USA selama 3 tahun bertarung dalam AJL membuahkan hasil pada kali ini. Tanpa siapa menduga kejuaraan Yuna bagaikan di nafikan dengan kehadiran lagu2 lain yg memberi persaingan hebat pada mlm itu.


Lagu Idola nyanyian Azlan and typewriter membuktikan lagi keunggulan setelah merangkul tempat kedua pada malam anugerah tersebut. Namun Hafiz gagal untuk membuat kejuaran berulang apabila berpuas hati dengan tempat ketiga melalui lagu Ku Akui ciptaan Ajai sepenuhnya. Namun kekecewaan itu terubat apabila beliau buat 3 tahun berturut-turut di nobatkan sebagai juara Vokal Terbaik pada mlm penuh berprestij itu. Perembahan menggunakan stage berpusing pada mlm itu melayakkan lagu Teman Peganti di angkat sebagai Persembahan Terbaik keseluruhan AJL 27.

Bagi keseluruhan persembahan pada mlm AJL 27 tersebut menyerlahkan kesungguhan dan juga kematangan setiap persembahan 12 peserta. Gabungan 6 peserta pertama kali menjejakkan kaki di anugerah itu dan juga 6 peserta otai di anugerah itu menjadikan satu persembahan yg mantap dan bertenaga dari semua peserta. Dengan tema Gabungan Seni dan Muzik pembukaan majlis daripada 3 otai muzik tempatan cukup gemilang dan meriah.

Di akhiri oleh persembahan 4 otai rock dan balada negara melengkapi majlis anugerah berprestij anjura TV3 setiap tahun ini. Moga dengan kejuaraan Yuna ini akan membuka mata komposer tempatan dan luar negara untuk mengiktiraf lagu hasil karya tempatan. Tahniah sekali lagi buat Yuna and team dan juga kepada semua peserta lain yg berjaya memberikan persembahan terbaik pada mlm itu.


1 comments:

Anugerah Juara Lagu ke 27 Siapa Bakal Unggul

Bakal berlansung hujung minggu ini anugerah yg di nantikan setiap tahun oleh peminat dan juga penggiat hiburan muzik tanah air. Aungerah Juara Lagu yg kini cecah usia 27 tahun ini bakal melakar sejarah tersendiri pada tahun ini. Dengan menampilkan 12 finalist tahun ini gabungan artis lama dan juga baru serta komposer baru dan lama juga memeriahkan muzik tempatan lagi. Cabaran tahun ini adalah memastikan mereka memberi kelaian dan juga perubahan dalam AJL yg telah mula matang dalam industri..


Senarai semua peserta dan juga komposer yg terlibat untuk lagu tahun ini.


1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
PENULIS LIRIK: Dark
KOMPOSER: Audi Mok

2. Pelangi senja ( Stacy )
PENULIS LIRIK: Taja (Meet Uncle Hussien)
KOMPOSER: Taja (Meet Uncle Hussien) 

3. Terukir di bintang ( Yuna )
PENULIS LIRIK: Yuna Zarai
KOMPOSER: Yuna Zarai

4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
PENULIS LIRIK: Jimmy Palikat
KOMPOSER: Jimmy Palikat

5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
PENULIS LIRIK: Sharad sharan
KOMPOSER: Nurzaidi Abd Rahman 

6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
PENULIS LIRIK: Amir Jauhari
KOMPOSER: Amir Jauhari

7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
PENULIS LIRIK: Ahmad Farid Abdul Jalal
KOMPOSER: Ajai 

8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
PENULIS LIRIK: Malique
KOMPOSER: Malique 

9. Ku Akui ( Hafiz )
PENULIS LIRIK: Ajai
KOMPOSER: Ajai

10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
PENULIS LIRIK: Zel Firdhaus Haduan
KOMPOSER: Audi Mok 

11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
PENULIS LIRIK: Edry Abd Halim
KOMPOSER: Edry Abd Halim 

12. Patah Seribu ( Shila Amzah )
PENULIS LIRIK: Shila Amzah
KOMPOSER: Shila Amzah


Siapa bakal juara untuk Anugerah Juara Lagu 27 yg akan berlansung pada 6 Januari 2013 di Stadiuk Putra Bukit Jalil jam 9 mlm. Secara langsung di TV3 dan juga boleh lihat streaming kat http://www.anugerahjuaralagu.com atau dgr sahaja di radia rasmi AJL 27 mana lagi kalau bukan HotFM...





0 comments: