Archive for Mac 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


0 comments:

Movie Review OZ The Great and Powerful

Sebuah lagi movie yg masih hangat di tayangkan di seluruh panggung wayang seluruh Malaysia sekrang OZ The Great and Powerful. Sebuah kisah adaptasi daripada sebuah novel menggunakan kena 3D lebih hebat dan lebih mantap. Kisah kehidupan seorang ahli silap mata yg mahu mencari kejayaan dalam dunia silap mata. Barisan lakonan hebat seperti James Franco selaku OZ manakala Mila Kunis sebagai Thedora dan Rachel Weisz sebagai Evanora dan ramai lagi.


Daripada hasil tontonan di pawagan cerita ini sesuai untuk totonan seisi keluarga kerana ia berunsur kecerian dan juga di selitkan dengan jenaka bersahaja daripada watak2 yg di cipta untuk merancakkan lagi jalan cerita ini. Namun cerita ini masih mempunyai kekurangan kerana terlalu byk unsur yg meleret daripada segi dialog dan juga kurang kepada aksi sebenar seorang ahli silap mata dan ahli sihir.


Di sini sedikit ulasan terhadap jalan cerita movie ini untuk rujukan anda yg mahu menonton cerita ini.


Cerita yg mengisahkan seorang ahli silap mata yg masih mencari kejayaan dalam kerjaya silap matanya mengalami sesuatu kisah yg sungguh pelik dan aneh. OZ telah di bawa kepada sebuah dunia yg jauh berbeza oleh puting beliung yg melanda kawasan beliau membuat silap mata. Setelah berada di sebuah negara yg bernama OZ yg jauh lebih unik hebat dan lain ini merubah kehidupan OZ. Bertemu dengan Thedora telah membawa beliau kepada sebuah jajahan dua beradik yg di miliki oleh Evanora. Mereka memerlukan seorang ahli sihir untuk melawan kuasa jahat yg mengusai kawasan mereka di panggil Wicked Witch. Ahli sihir yg di katakan adalah Wicked Witch iaitu pemilik jajahan tempat yg rakyatnya jauh lebih baik dan mesra. Akibat pegelutan kuasa dan hak penjajahan maka kesemua adik beradik ini bertelengkah dan saling bergaduh satu sama lain. Dalam perjalanan untuk mencari Wicked Witch OZ telah bertemu dengan Finley iaitu sekor monyet terbang dan juga China Girl anak patung seramik yg yatim piatu. Untuk menyaksikan kehebatan dan kuasa OZ dalam cerita ini dan bagaimana beliau mengalahkan kuasa jahat anda boleh tonton sendiri di pawagam berhampiran anda. 


Tidak tugi gak lah pergi tonton dengan belanja tiket wayang bagi movie ini. Untuk rangking daripada 5 bintang saya bagi 3 bintang sahaja. Kepada semua selamat menonton....



0 comments:

Peserta Recycle dalam Program Realiti

Makin lama makin tak tentu arah program realiti di Malaysia ni. Meniru dan juga mengikut konsep yg sama menjadi trend kepada pengusaha stesen tv tempatan. Demi meraih keuntungan yg cepat dengan menggunakan SMS sebagai method pemilihan pemenang ia bagaikan tidak terkawal. Baru2 ni lak lahir satu lagi program realiti yg mencari pelapis barisan pelawak tempatan.

Katanya sebelum ni stesen tv ini pernah membuat program yg seakan sama dengan ini tapi kali ni lebih kepada konset mentor mentee. Di mana ada barisan sifu yg akan melatih mereka2 ini untuk beraksi lebih hebat di pentas lawak. Tak kisah lah niat mereka bagus nak melahir pelapis untuk generasi baru tapi mungkin cara tu tak berapa nak betul.

Gambar sekadar hiasan

Mungkin kerana melihat kejayaan program seakan sama daripada sebuah stesen tv berbayar makin mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan. Maka mereka juga sibuk nak mencari bakat yg sama berlawak dan menyanyi. Tapi saya semasa sesi memperkenalkan peserta nampak seperti sebuah program realiti yg men'Recycle' senarai peserta yg pernah keluar dari program yg hampir sama tu.

Majoriti daripada peserta itu muka pernah masuk dalam mingguan sms untuk program realiti dari stesen tv berbayar. Tapi untuk mengelak daripada nampak terlalu kitar semula meraka telah memecahkan peserta2 tersebut daripada kumpulan asal. Dan ada pula yg daripada solo telah di gabungkan menjadi kumpulan untuk mendapatkan persembahan yg lain dan mantap katanya. 

Tapi sayang semua perserta tersebut adalah daripada mereka yg telah keluar dari program realiti tersebut dan tidak mendapat job. Maka terpaksa ambil meraka kerana tiada peserta lain yg layak kot. Tak pun nak menarik minat penonton yg pernah melihat mereka ini di kaca tv bagi mendapatkan undian sms yg tinggi. 

Apa pun semua ini adalah mainan politik dalam stesen tv untuk meraih keuntungan semata2. Kita sebagai penonton jgn lah mudah terpedaya tapi kita boleh nak berhibur dengan lawak2 meraka ni. Kebanyakan mereka ni juga ada potensi lawak yg hebat cuma kurang dapat publisiti. Moga2 ia mendapat tempat di hati peminat indutri lawak di Malaysia.





0 comments:

Movie Review Jack The Gaint Slayer

Movei adaptasi daripada kisah dongeng zaman purba mengisahkan pokok kacang yang tumbuh tinggi sehingga menghubungkan negara manusia dan juga negara gergasi. Ia bagaikan trend pengarah dan penerbit Hollywood untk menjadikan kisah dongeng sebagai sebuah filem hebat. Daripada pengarah Filem X-Man ini telah menggunakan kesan CGI yg cukup hebat. Ia dpt di lihat daripada keserasian watak manusia dan juga gergasi yg tidak nampak genjil dan sungguh teliti.


Biasalah bila tgk citer2 dongeng ni mesti akan terbayang pada aksi dan kehebatan apabila mereka masuk medan perang. Saat2 itu paling seronok bila di tonton rasa mcm berada dalam suasana perang sebang penuh semangat perjuangan mempertahankan negara. Filem ni juga menggunakan kesan bunyi yang menarik dari segi teknikalnya.


Sedikit sinopsis hasil daripada tontonan pada hujung minggu lepas untuk filem ini.


Mengisahkan kehidupan seorang anak petani yg hidup menumpang dengan hanya beradu nasib dengan menjual kuda kepada org. Namun nasib mula berubah apabila beliau bertemu seorang sami yg dalam keadaan sama terdesak utk mendapatkan kuda telah menukarkan ia dengan beberapa butir kacang sakti. Nasihat sami supaya menjaga kacang ini dengan baik dan jgn terkena air. Kelalaian anak remaja ini telah mengakibatkan kacang ini tumbuh pada bawah rumahnya dan pada masa sama seorang putri raja telah lari dari istana dan menumpang di rumah petani tersebut. Nasib tidak menyebelahi putri raja itu apabila pokok kacang telah tumbuh dan membawah beliau bersama dengan rumah petani itu terus naik keatas sehingga ke jajahan tanah milik sekumpulan gergasi. Pengembaraan lebih dasyat apabila kumpulan gergasi ini telah menjumpai sekumpulan manusia yg naik untuk menyelamatkan tuan putri tersebut dan telah merancang untuk turun ke bumi bagi tujaun membalas dendam dan menakluk manusia. Apa kesudahan kena tonton sendiri di pawagam dalam bentuk 3D yg lebih real.


Pasti tidak jemu dan sungguh mengkagumkan degan kesan suasana dunia gergasi dan manusia yg jauh berbeza. Serta semangat perjuangan dan juga mempertahankan negara sangat kuat dalam cerita ini. Namun pasti berakhir dengan kesudahan yg baik dan menyeronokan. Nak tahu kena tonton sendiri dan rasai kehebatan cerita ini. Sesuai untuk di tonton bersama seisi keluarga dan juga anak2.

4.5 bintang / 5 bintang.



0 comments:

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia ke 25

Semalam berlangsungnya Anugerah Festival Filem Malaysia ke 25 telah menobatkan filem Bunohan juara keseluruhan dan juga juara paling banyak pada mlm tersebut. Tahniah kepada semua barisan pemenang dan juga tahniah kepada penggiat filem Malaysia kerana kita masih mampu melahirkan filem bertaraf antarabangsa. Di bawah ini adalah senarai penuh pemenang bagi semua kategori yg di pertandingkan kali ke 25.


Anugerah Filem Terbaik - Bunohan
Anugerah Pengarah Filem Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - Maya Karin (Ombak Rindu)
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - Faizal Hussein (Bunohan)
Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik - Petaling Street Warriors
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Normah Damanhuri (Songlap)
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Syafie Naswip (Songlap)
Anugerah Pelakon Harapan Wanita - Jojo Goh (29 Februari)
Anugerah Pelakon Harapan Lelaki - Izzue Islam (29 Februari)
Anugerah Penyunting Terbaik - Wong Hui Lynn (Songlap)
Anugerah Cerita Asal Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Lakon Layar Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Sinematografi Terbaik - Hariss Hue Abdullah (Songlap)
Anugerah Pencapaian Khas - Rhythm & Hue Studio (Life of Pi)
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita - Seniwati Mariani Ismail
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki - Datuk Aziz Sattar
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki - Mano Maniam
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita - Lai Meng
Anugerah Filem Box Offie - Ombak Rindu

Poster Terbaik : Seefood ( Silver Ant Sdn Bhd)
Poster Terbaik : Seefood ( Silver Ant Sdn Bhd)
Anugerah Poster Terbaik - Seafood (Silver Ant Sdn Berhad)
Anugerah Pereka Kostum & Busana Terbaik - 29 Februari (Hasnan Yaaccob)
Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Tee Jing Chen (Hantu Gangster)
Anugerah Lagu Tema Terbaik - Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)
Anugerah Penata Bunyi Terbaik - Bunohan
Anugerah Penata Seni Terbaik - Bunohan
Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik - Bunohan
Anugerah Filem Animasi Terbaik - Ninja VS Pirate (The One Academy)
Anugerah Filem Pendek Terbaik - Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)
Anugerah Pengarah Harap - Syafiq Yusof (SAM)
Anugerah Khas (Anugerah Pengiat Belakang Tabir) - Lim Pew Wah




oster Terbaik : Seefood ( Silver Ant Sdn Bhd)
Pereka Kostum & Busana Terbaik : 29 Februari (Hasnan Yaaccob)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik : Hantu Gangster ( Tee Jing Chen)
Lagu Tema Terbaik : Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)
Penataan Bunyi Terbaik : Bunohan
Penataan Seni Terbaik : Bunohan
Skor Muzik Asal Terbaik : Bunohan
Filem Animasi Terbaik : Ninja vs Pirate (The One Academy)
Filem Pendek Terbaik : Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)
Pengarah Harapan : Syafiq Yusof (SAM)
Anugerah Khas - Anugerah Penggiat Belakang Tabir : Lim Pew Wah
- See more at: http://www.gua.com.my/berita-artis/Bunohan_Dahului_Festival_Filem_Malaysia_25.html#sthash.C7lq3yjT.dpuf

Poster Terbaik : Seefood ( Silver Ant Sdn Bhd)
Pereka Kostum & Busana Terbaik : 29 Februari (Hasnan Yaaccob)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik : Hantu Gangster ( Tee Jing Chen)
Lagu Tema Terbaik : Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)
Penataan Bunyi Terbaik : Bunohan
Penataan Seni Terbaik : Bunohan
Skor Muzik Asal Terbaik : Bunohan
Filem Animasi Terbaik : Ninja vs Pirate (The One Academy)
Filem Pendek Terbaik : Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)
Pengarah Harapan : Syafiq Yusof (SAM)
Anugerah Khas - Anugerah Penggiat Belakang Tabir : Lim Pew Wah
- See more at: http://www.gua.com.my/berita-artis/Bunohan_Dahului_Festival_Filem_Malaysia_25.html#sthash.C7lq3yjT.dpuf

0 comments: