Archive for Mei 2013

Ujibakat Akademi Fantasia 10 Telah Dibuka

Setelah hampir 2 tahun kehangatan program realiti yg penuh dengan kejutan itu meninggalkan peminat mereka dari kaca tv. Tapi kini ia bakal kembali dengan penuh lagi kejutan kerana Akademi Fantasia 10 kini tiba ke fasa ujibakat. Setelah majlis pelancaran di umumkan oleh Astro baru-baru ini makan betul lah ura-ura mengatakan bahawa AF kini kembali. Tampil dengan format baru kini AF10 dilihat lebih segar dan lebih terkini.

 

Dengan memberi peluang kepada peserta untuk tampil solo atau duo menjadikan peluang AF10 kali ini lebih luas dan jarak umur yg lebih bnyk membuka peluang pada mereka yg tidak sempat merasai dunia AF terdahulu. Uji bakat bakal berlangsung seperti jadual di bawah.


Sapa yg rasa diri tu berbakat boleh tampil untuk menyerlahkan bakat anda dalam dunia nyanyian ini. Jangan pendam bakat anda kerana ini adalah peluang keemasan yg dtg sekali. Tapi pastikan anda sedia dengan latihan dan juga kesungguhan dtg penuh semangat agar tak sia2 kena bantai oleh juri. 

Syarat-Syarat Ujibakat:

  1. Penyertaan terbuka kepada peserta Solo dan Duo
  2. Penyertaan 18 – 35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
  3. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura
  4. 1 Salinan kad pengenalan untuk warganegara Malaysia dan untuk warganegara Singapura mereka dikehendaki membawa salinan kad pengenalan Singapura dan Salinan Pasport Singapura
  5. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari aras pinggang)
  6. Bebas menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella.
  7. Borang penyertaan boleh di muat turun di laman Akademi Fantasia
Tapi AF10 ni lebih hangat apabila gosip liar menyatakan bahawa pelawak Zizan Razak bakal menjadi pengacara untuk program ini. Tapi adakah ia benar atau sekadar gosip untuk menaikkan rangking program ini semula. Tapi apa pun perubahan yg positif ini dapat memeriahkan lagi industri kita kerana kita pelu pada perubahan dan juga aura baru. Tapi nanti bila bab2 sedih tak boleh nak nangis lah mesti nak ketawa kalau Zizan mengacara huhuhuhu.


Lepas ni bakal lahir satu lagi bintang dlm duni seni muzik tempatan ini. Makin meriahlah negara kita dengan bakal2 juara peringkat antarabangsa seperti Hafiz dan ramai lagi. Mungkin akan jadi bakat sehebat Shila Hamzah juga mana tahukan...




0 comments:

Anugerah Lawak Warna 2013 Di Astro Warna

Selangkah lagi Astro dalam dunia seni tanah air terutama kepada pengiat seni dalam dunia komedi yg semakin mendapat perhatian dan terus dpt pujian. Bermula dengan mencari bakat pelawak dalam program Realiti Raja Lawak Astro yg kini telah masuk musim ke 7. Di teruskan pula dengan program Realiti Maharaja Lawak Mega pula yg memartabatkan otai2 dari tiga buah negara bergabung menghiburkan peminat di Malaysia.


Anugerah Lawak Warna kini telah membawa seni komedi itu sendiri ketahap yg lebih tinggi. Byk nya rancangan TV dan filem yg menggunakan journal lawk sebagai asas kepada tarikan peminat Malaysia. Moga persaingan ini menjadi satu persaingan sihat antara pengiat seni negara dah terus bertambah baik dan makin maju. Senarai kategori yg bakal di pertandingkan dalam Anugerah Lawak Warna ini dan semua di nilai oleh juri profesional. Tapi anda juga mampu membuat pemilihan dengan beberapa kategori pilihan penonton.

Anugerah Terbaik oleh Juri Profesional
1. Filem Komedi Terbaik
2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)
4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
6. Siri Animasi Komedi TV Terbaik
7. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)
8. Siri TV Komedi Terbaik
9. Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik
10. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)
11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)
12. Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)
13. Skrip Komedi TV Terbaik
14. Skrip Komedi Filem Terbaik
15. Pengarah Komedi Terbaik (TV)
16. Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

Anugerah Popular oleh undian SMS
1. Pelawak Lelaki Paling Popular
2. Pelawak Wanita Paling Popular
3. Most Popular Original Viral Video Content
4. Segment Komedi Radio Paling Popular

Anugerah Khas Juri oleh Jawatan Kuasa Penganjur
1. Konsep/Idea Asal Komedi Terbaik

Tak sabar lagi nak tunggu majlis anugerah yg lain daripa lain ini dan pasti lebih penuh dengan kecerian dan komedi daripada barisan pelakon hebat. Majli anugerah yg di jangka bakal di langsungkan di Istana Budaya pada bulan Ogos. Jom kita sokong industri seni tanah air kerana kita ada ramai bakat2 yg hebat boleh di ketengahkan. Jom tgk Raja Lawak musim ke 7 setiap Jumaat jam 10 mlm di Astro Warna.





2 comments: