Archive for November 2013

Tajaan 13Juta Pun Salah Bukan Duit Korangkan - Rozita & Zain

Dasyat apabila majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti 2013 apabila telah mendapat tajaan perkahwinan sebanyak RM13 juta. Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ,40, dia mengganggap segala tajaan untuk hari bahagia itu nanti adalah sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan bakal suami Zain Saidin, 29. "Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya," Katanya kepada Harian Metro. 
 

Jelas Che Ta lagi, dia tidak mahu ramai pihak salah pihak yang mana segala urusan penajaan bukanlah diminta olehnya tetapi penaja terbabit yang mencarinya dan menawarkan kesudian untuk menaja. "Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu."

Antara penaja terbesar perkahwinan pasangan ini ialah barang kemas Habib Jewels iaitu sebanyak RM10 juta selain 27 penaja lain seperti Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photograpy, Manggis Production, Kad Lestari dan Seri Catering. Sementara itu, pasangan ini menafikan dakwaan yang mengatakan mereka telah berhutang dengan pihak bank yang mana sebaliknya segala persiapan barang hantaran seperti cincin nikah dan kahwin adalah hasil duit mereka sendiri.

Rozita bakal menerima wang hantaran daripada Zain bernilai RM23 ribu yang merupakan simbolik kepada tarikh lahir Zain selain mas kahwin sebanyak RM9,300 yang turut sempena tarikh lahir Che Ta berserta sebentuk cincin kahwin dianggar RM93 ribu. Pasangan ini akan bernikah 11 Disember depan di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat maghrib dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria saluran 104 bagi majlis akad nikah dan persandingan nanti.

Pasangan ini yang seperti pinang dibelah dua ini juga sudah berkira-kira untuk bercuti selama 19 hari selepas majlis persandingan dan memilih mengelilingi Eropah seperti Rom, Milan, Venice, Frankfurt, Amsterdam untuk menikmati saat bulan madu.


 *Berita daripada Yahoo Malaysia







0 comments:

12 Lagu Layak Ke AJL 28

Tahniah buat semua barisan artis yang layak ke AJL 28 yg telah di umumkan semalam dalam acara Muzik-muzik separuh akhir bagi minggu ke3. Setalah semua 30 buah lagu bertarung dalam mencari kedudukan 12 teratas pihak juri telah memilih 12 buah lagu yg terbaik. Senarai penuh lagu2 yg layak ke Anugerah Juara Lagu 28.

 
1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

Kebanyakan daripada senarai ini adalah lagu2 baru yg berentak rancak dan pop. Ia menyaksikan buat pertama kali pencalonan lagu secara berduet atau feat begitu banyak sekali layak ke peringkat akhir. Terdapat juga nama2 yg sudah biasa di pentas akhir Juara Lagu seperti Jaclyn dan juga Hafiz. Siapakah bakal merangkul lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu 28. Sama2 kita saksikan nanti. Tahniah kepada semua yg layak.








0 comments:

'Britain Got Talent' Rakyat Malaysia Pertama Layak

 

Nama Raja Syahiran mungkin tidak dikenali ramai tetapi dia merupakan rakyat Malaysia pertama yang terpilih untuk lepasi peringkat pertama ujibakat program realiti terkenal "Britain's Got Talent".

Pemuda yang berasal dari Subang Jaya itu berjaya melayakkan diri pusingan pertama program itu dengan berbekalkan kebolehan meniru mimik suara "Chipmunk" dan kemampuan menghasilkan bunyi 'beat box'.

Bukan calang-calang peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya kerana hanya yang terbaik sahaja yang dipilih dan disitu kita boleh lihat Syahiran ini seorang individu yang berbakat besar.

Semoga Raja Syahiran, 20, dapat terus memberi persembahan memukau untuk berjaya melayakkan diri menjadi peserta akhir program itu yang bakal bersiaran Januari depan.

Program "Britain's Got Talent" ini adalah sebuah program yang mencari bakat-bakat luar biasa daripada para peserta yang hadir yang akan dipilih oleh Simon Cowell , Alesha Dixon, Amanda Holden and David Walliams sebagai juri.



*Artikel daripada Yahoo Malaysia





0 comments:

Masterchef Malaysia All Stars Menyajikan Hidangan Pembalasan

Setelah berakhir 2 musim Masterchef Malaysia dan juga 2 musim Masterchef Selebriti Malaysia kini program yang menjadi fenomena masakan di Malaysia bakal kembali lagi. Dengan tema Sajian Hidangan Pembalasan menampilkan 20 org peserta. 10 peserta daripada program Masterchef Malaysia dan 10 peserta daripada program Masterchef Selebriti Malaysia bakal berentap.


Masterchef Malaysia All Stars akan besiaran di Astro Ria bermula 23 November setiap hari Sabtu hingga Selasa jam 9 malam. Semua peserta akan bersaing untuk menjadi juara bagi musim kali ini dan juga secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rumah kebajikan yang di wakili mereka. Mengekalkan barisan 3 juri yang sama sebelum ini iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.

Senarai nama yg gah dalam industri tanah air telah di pilih dan mereka adalah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Syanie dan Enot. Manakala bagi 10 peserta daripada program Masterchef Malaysia adalah seperti Brian, Emelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik  dan Shahriah

Siapa bakal begelar juara utuk edisi kali ini dan masakan apakah yg akan di tampilkan oleh mereka untuk memberi tentangan hebat kepada peserta lain. Mampukah ia menjadi fenomena kembali kepada peminat kulinari di Malaysia. Sama2 kita nantikan Masterchef Malaysia All Stars di Astro Ria dan Astro Maya HD. 






1 comments:

Undian SMS Berubah Penentu Juara AF 2013 Milik Faizul

Berakhir sudah sebuah lagi program realiti yg kembali di Astro, Akademi Fantasia 2013. Menampilkan 6 peserta akhir Faizul, Amira, Indah, Nabila, Aisyah dan kemasukan semula Azheal setelah tersingkir pada minggu separuh akhir. Debaran peminat siapa bakal juara telah di ketahui secara langsung di Astri Ria dan juga penonton Stadium Negara Kuala Lumpur. 


Siapa sangka penternak kambing ini begelar juara AF2013 kerana sebelum ini nama Faizul tidak pernah berada di kedudukan tempat pertama atau kedua. Selalu berada pada kedudukan selamat dan tidak pernah juga berada pada kedudukan bawah sekali. Mungkin merendah diri dan terlalu lurus menjadikan anak muda berusia 25 tahun ini menjadi pilihan penonton pada konsert akhir.

Ramai menyangka bahawa Azheal yg menerima Anugerah Buzz pada malam itu kerana pengikut yang ramai di Facebook, Twitter dan Instagram sebagai juara. Namun undian penonton adalah segalanya dan juga ia sungguh mengejutkan. Namun mengikut persembahan pada malam akhir itu menonjolkan kehebatan Faizul dengan dua lagu yang di sampaikan iaitu Hanyut dan juga lagu baru Sepasang Sayap.

Tahniah kepada semua pelajar AF2013 kerana anda telah begelar artis dan kini telah masuk dunia hiburan sebenar. Tahniah juga kepada Inspire dan juga barisan tenaga pengajar yg telah berjaya melatih pelajar2 AF2013 ini dengan teknik dan kehidupan dunia hiburan sebenar. Moga kelahiran Faizul sebagai juara AF2013 menjadi penyeri dalam dunia hiburan tanahair yg dahagakan bakat2 baru yang hebat.







0 comments:

Terakhir Faizal Ismail Mengacara Majlis Anugerah ASK 2013

Setelah bertahun2 kita melihat pelbagai gaya dan juga fesyen artis di majlis anugerah kini tiba giliran ASK 2013 atau Anugerah Skrin 2013 yg bakal berlangsung pada 29 Nov 2013 secara langsung di TV3. Bertemakan Kaca pasti ia satu majlis anugerah yg lebih gempak daripada Media Prima. Tujuan memartabatkan drama tempatan dan juga mereka bergiat aktif dibelakang tabir.


Namun satu yg cukup istimewa dalam majlis anugerah ini ialah apabila Faizal Ismail penyampai radio HotFm bakal menjadi penyampai terakhir pada mlm tersebut. Ini kerana Faizal Ismail telah pun menhantar surat peletakan jawatan sebagai penyampai radio tersebut pertengahan bulan lepas. Dan ia adalah anugerah terakhir yg akan di acarakan oleh beliau. Namun kehebatan ASK 2013 tidak dapat di nafikan lagi.

Menariknya, persembahan ASK 2013 akan memberi penghormatan dan drama 'TV Legend' di hati penonton. Antara artis yang yerlibat dqlam persembahan malam itu ialah seperti Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Amir Jahari, Jaafar Onn, Melissa Saila, Adira, Hafiz dan ramai lagi. 

Secara keseluruhan, ASK 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman serta 6 kategori teknikal. Bagi kategori drama, 16 buah drama, 13 buah drama rantaian dan 4 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk ASK 2013 ini. Antara drama yang layak bertanding seperti Akhirnya Kisah Perempuan, Aku Bukan Malaikat, Anak lorong dan banyak lagi.








0 comments:

KJ Menteri Pertama Menang Dalam Anugerah Hiburan

Dalam sejarah Malaysia apabila seorang yg berpangkat menteri menang dalam satu anugerah hiburan tanah air. Itulah yg dibuktikan oleh Khairy Jamaluddin apabila beliau telah di nobatkan sebagai juara bagi kategori "Wired Celebrity Award". Beliau juga mengalahkan barisan artis2 popular tanah air seperti Yuna dan Aaron Aziz. Ini menunjukan sapa sahaja yg boleh menang dalam anugerah ini sekiranya beliau cukup popular kerana pilihan penonton.


Selain itu juga, Zizan antara barisan artis paling byk menerima anugerah pada mlm itu apabila menang 2 kategori yg di pertandingkan. Zizan membawa pulang kemenangan bagi kategori "Best On-Screen Chemistry Award" dan juga "Favourite TV Personality Award". Turut sama menang 2 kategori pada malam itu adalah Hafiz Suip iaitu "Popstar Award" dan "Power Vocal Award".


Namun majlis anugerah yg penuh gilang gemilang dengan pembukaan yg cukup hebat menggamit penonton yg hadir dan penonton di rumah. Bersama dengan barisan artis yg membuat persembahan hebat pada mlm itu seperti Jo Flizow, Rashmonu and juga Menifesto. Namun ada yg kurang enak apabila kebanyakan barisan pemenang pada mlm itu tidak dpt hadir sendiri untuk menerima anugerah mereka dan kalau di lihat dari barisan kerusi artis juga byk yg kosong dan ramai yg tidak hadir majlis anugerah tersebut.

Senarai penuh barisan pemenang Shout Awards 2013.

MUSIC

1. Rockstar Award -Bunkface

2. Popstar Award -Hafiz Suip

3. Power Vocal Award -Hafiz Suip

4. Flava Award -Mizz Nina menampilkan Jay Park

5. Music Video Award -Semalam Tanpamu - KRU menampilkan Stacy

6. Break-Out Award (Best New Act) -Jay Walia


TV/FILM
7. Best On-Screen Chemistry Award -Zizan Razak & Johan (Gelanggang Raja Lawak 7)

8. Fresh TV Series Award -Sebenarnya Saya Isteri Dia (TV3)

9. Breakthrough Local Feature Award -Kil

10. Favourite TV Program Award -Versus 2 (TV9)

11. Favourite TV Personality Award -Zizan Razak (Melodi)


RADIO

12. Coolest Radio Announcer Award -Fara Fauzana (Hot FM)

13. Favourite Radio Show Award -Johara Pagi Era (Era FM)


WORKS

14. Hot Chick Award -Nur Fazura

15. Hot Guy Award -Aaron Aziz


SOCIAL MEDIA

16. Wired Celebrity Award -Khairy Jamaluddin (@Khairykj)

17. Shout Aloud Award -Matluthfi90

18. The Ultimate Shout! Award -Joe Flizzow




0 comments:

Alyah, Najwa & Akim Dua Pencalonan Separuh Akhir Muzik-Muzik 28

Setelah hampir setahun pencalonan di buka kepada barisan pengiat muzik tempatan dan juga penyanyi untuk satu anugerah berprestij setiap tahun ini. Muzik-Muzik 28 telah sampai ker peringkat separuh akhir dimana 30 lagu telah pun terpilih untuk persingan bagi merebut tempat ker peringkat akhir. Hanya 12 lagu terbaik akan terus ke peringkat akhir iaitu majlis Anugerah Juara Lagu 28.


Tiga minggu di peruntukkan untuk persaingan peringkat separuh akhir dimana 10 lagu akan bersaing setiap minggu. 8 Nov, 15 Nov dan 22 Nov setiap Jumaat berturut2 akan berlangsung peringkat separuh akhir secara langsung di TV3. Di sini senarai penuh 30 buah lagu yg akan bersaing dalam separuh akhir Muzik-Muzik 28.

1. Jagalah Diri - Jaclyn Victor
Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim

2. Kembali - Akim & Stacy
Komposer & Lirik: Akim Ahmad

3. 5 Minit - Ramlah Ram & Caprice
Komposer: ID Mifzal
Lirik: B.A.M Ariz

4. Sahabat - Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul
Komposer: Najwa Latif
Lirik: Ika Latif

5. Kalau Aku Kaya - Altimet & Awi Rafael
Komposer: Omar K & Audi Mok
Lirik: Altimet

6. Bosan - Stacy
Komposer & Lirik: Audi Mok & Omar K

7. Cinta Kasih - Nubhan & Mila
Komposer & Lirik: Zaidi

8. In Love With You - Noh Salleh & Aizat Amdan
Komposer: Aizat & Anas Amdan
Lirik: Noh Salleh

9. Tak Cuba Kembali - Asfan
Komposer & Lirik: Asfan

10. Penghibur Jalanan - Amir Jahari
Komposer & Lirik: Amir Jahari

11. Jangan Pergi - Loka
Komposer & Lirik: Andriansyah & Daniel Loka

12. Setia Hujung Nyawa - Fiq & Mell Sakura
Komposer & Lirik: Faz Alberto

13. Kau Yang Terindah - Alyah
Komposer: Citra
Lirik: Erma Fatima

14. Anugerah Hidup - Estranged
Komposer: Estranged
Lirik: Richael L. Gimbang

15. Dewi Cinta - Adira
Komposer & Lirik: Mohd Atlas & Aiman

16. Bahagiaku Deritamu - Hafiz
Komposer: LY
Lirik: Baiduri

17. Adamu - Najwa Latif
Komposer: Najwa Latif
Lirik: Ika Latif

18. Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter
Komposer: Light & Bakri
Lirik: Dark

19. Hanya Aku - Hyper Act
Komposer: Hyper Act
Lirik: Frozen

20. Kita - Forteen
Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim

21. Dwihati - Aizat Amdan & Yuna
Komposer: Aizat & Anas Amdan
Lirik: Noh Salleh & Aizat Amdan

22. Aku Pelat - Salammusik
Komposer: DJ Fuzz & Salam
Lirik: Eyzabahra & Jaytan

23. Penglipurlara - Hazama & The Penglipurlara
Komposer: Omar K
Lirik: Zell

24. Menunggu - Akim Ahmad
Komposer & Lirik: Akim Ahmad

25. Permata - Alyah & Ben
Komposer: Zuriani
Lirik: Alyah

26. Rumah Kita - Hujan
Komposer & Lirik: Noh Hujan

27. Takkan Terpisah - Black
Komposer & Lirik: Kunci Demak

28. Agenda Jahiliah - Bunkface
Komposer & Lirik: Sam Bunkface

29. Ikut Rentakku - Jaclyn Victor
Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim

30. Tetap Menantimu - Nomad
Komposer: Akid
Lirik: Poji






0 comments:

Maharaja Lawak Mega 2013 Bakal Menggeletek Anda

Telah masuk musim ke 3 Maharaja Lawak Mega 2013, masih mengekalkan format lama dimana terdapat peserta yg layak dan juga peserta yg akan mengejar hot seat untuk 3 tempat lagi. Senarai peserta masih terdapat peserta lama dan juga peserta baru hasil gabungan muka lama dam muka baru. Kumpulan baru yg masuk adalah Wala,Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai dan SYJ


Terdapat juga peserta yg merebut kerusi panas di mana 12 kumpulan bakal berentap bagi merebut peluang terpilih secara automatik ke pentas Maharaja Lawak Mega 2013 kelak. 12 kumpulan yang bakal berentap ialah Shake, Glory,Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross. Manakala pengacara juga masih di kekalkan iaitu Dato AC Mizal yg memang kita tahu kelakarnya bila pulak turn Dato untuk masuk Maharaja Lawak Mega ni.


Juga penjuri masih di kekalkan iaitu 70% juri tetap manakala 30% daripada undian SMS para penonton di rumah. Tak sabar untuk menyaksikan gelagat pelawak otai Malaysia, Indonesia dan Singapura bersaing. Sapalah bakal menjadi juara untuk musim ketiga seperti mana Osbon dan juga Jozan sebelum ini. Adakah Sephatu bakal juara kerana adanya Jep dalam kumpulan itu. Nantikan kehebatan mereka setiap Jumaat bermula 8 Nov 2013 di Astro Warna.







0 comments:

Johan Tewas Kali Kedua, Jep Terus Meningkat Dalam Super Spontan

Tahniah kepada Jep Sephatu kerana telah membuktikan bahawa usaha keras dan juga ketabahan dalam dunia lawak mampu merubah kedudukan sesorang. Ini terbukti setelah Jep telah berjaya menjadi juara Super Spontan 2 dengan menewaskan 5 lagi peserta lain. Lagi manis buat Jep ia adalah kemenangan kedua beliau tahun ini melalui undian penonton dimana sebelum ini Jep pernah memenangi anugerah Pelawak Lelaki Pilihan di Anugerah Lawak Warna.

Jep sebelum ini lebih di kenali dalam kumpulan Sepah dan telah di tukar kepada Sepahtu kerana ketiadaan Mamat. Kini Jep lebih senang untuk bergerak sendiri dalam semua program lawak di Astro dan lawaknya lebih segar dan bersahaja. Tahniah sekali lagi buat Jep atas kejayaan di Super Spontan dan melayakan Jep untuk memenangi wang tunai RM100,000 dan juga trofi dan kereta.


Namun berita kurang senang buat Johan yg tewas buat kali kedua dalam Super Spontan. Pada musim pertama Johan di kalahkan oleh Zizan dan untuk musim kedua di tewaskan pula oleh Jep. Adakah ini petanda bahawa lawak Johan tidak berkuali atau penonton sudah bosan dengan lawak Johan. Mingkun perlu kepada perubahan agak nama Johan tak tenggelam dalam industri lawak ini. Atau Johan makin hilang taring kerana telah tidak bergabung dalam Jozan lagi.

Penonton makin berani dan makin tahu dimana pilihan mereka dan ia adalah perkara biasa dalam dunia insudtri hiburan ada naik bangunnya. Apa pun kita nantikan dalam Anugerah Bintang Popular menentukan siapa paling popular pilihan penonton. Tahniah kepada peserta akhir Super Spontan dan kepada penganjur kerana berjaya menghiburkan penonton.





1 comments: