Senarai Lagu Layak Ke AJL 29 | Dunia Penuh Gosip

Senarai Lagu Layak Ke AJL 29

Setelah berlangsungnya selama 3 minggu berturut-turut pentandingan separuh akhir Muzik-muzik maka telah terpilih 12 lagu untuk ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke29. Tahniah buat 12 buah lagu yg memang hebat dan mentap bersaing di anugerah nanti. Banyak lagu yg telah di jangka untuk berada dalam senarai akhir dan kebanyakan nama memang telah berpengalaman dalam AJL sebelum ini.


Tapi seperti biasa bak kata pepatah "Rumah siap pahat berbunyi". Masih ada kata2 yg menyangkal keputusan juri profesional dan tidak kurang yg menyelar sesetengah penyanyi kerana gagal membawa lagu dengan sempurna sehingga gagal layak ker peringkat akhir. Senarai penuh lagu dan penyanyi yg telah berjaya melayakan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 29.

1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Memang dah sangka bahawa Alyah, Yuna dan Shila Amzah akan ada dalam senarai akhir ini, dan kebanyakan yg layak adalah lagu yg telah popular. Cuma yg agak muskil tentang kewujudan lagu Gilalah dalam senarai ini sedangkan lagu itu tiada kekuatan dari segi lirik mahupun muziknya. Sedih buat lagi Arjuna Beta yg memang cukup menyentuh perasaan dan juga lirik yg sungguh berkesan tidak pula di pandang. Apa pun keputusan juri adalah muktamad dan segalanya akan di petarungkan di AJL 29 yg akan berlangsung pada 18 Januari 2015 nanti. Saksikan siapa bakal menggondol kemenangan kali ini.






0 comments: