Archive for Januari 2015

Virus Gabungan Yang Tidak Menjadi Tersingkir Di Peringkat Separuh Akhir

Apa sudah jadi kepada kumpulan Virus yg telah tersingkir di peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega semalam. Kumpulan Virus gabungan antara kumpulan Jambu dan juga Zizan telah di umumkan tidak layak ke peringkat akhir oleh pengacara Dato AC Mizal. Pengumuman tersebut sgt mengejutkan buat peminat kumpulan tersebut yg cukup memberi sokongan penuh kepada kumpulan ini.


Bagi juri juga agak terkejut dengan penyingkiran kumpulan Virus. Di mana silapnya atau memang kumpulan ini tidak serasa semenjak awal penggabungan mereka. Ini kerena minggu demi minggu kelihatan lawak Virus tidak konsisten. Ada masa kadang2 lawak mereka langsung tidak menjadi dan seperti masing2 masih belum ada keserasian.


Hanya beberapa minggu sahaja dapat di lihat lawak kumpulan Virus ini menjadi seperti mana yg di katakan oleh Dato Jalaludin Hassan. Mungkin juga kerana kontroversi antara Zizan dan juga Fazura yg berlaku minggu lepas. Adakah kerana ini ramai peminat agak meluat dan menyampah dengan lawak Zizan. Tapi semua itu hanya spekulasi sahaja dari penonton dan juga keyboard warrior.

Apa pun tahniah kepada 5 kumpulan lagi yg telah layak ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega. Sepahtu juga hampir tersingkir pada mlm separuh akhir bersama dengan kumpulan Shiro. Namun kejutan untuk kumpulan Zero yg telah berjaya melayakan diri ke peringkat akhir kerana MLM sebelum ini mereka tersingkir awal. Apa pun pasti akhir Maharaja Lawak Mega 2014 akan lebih meriah dan lebih memberi saingan kepada mereka2 yg pernah menjadi juara dan juga peserta peringkat akhir. Tahniah kumpulan Zero, Bochey, Sepahtu, Nabil dan juga Shiro siapa bakal menjadi juara.







0 comments:

Yusri Sahkan Lisa Surihani Mengandung

Akhirnya apa yg ditunggu bukan sahaja pasangan suami isteri ini tetapi juga peminat seluruh industri filem tempatan terhadarp berita ini. Secara rasmi Yusri selaku suami mengumumkan bahawa Lisa Surihani kini sudah hamil. Walaubagaimana pun tiada kenyataan lebih detail tentang berapa usia kandungan Lisa dan juga jantina anak yg di kandungkan itu.


Menurut Yusri semua itu masih terlalu awl dan juga adalah tidak elok jika di hebohkan kepada umum tentang kehamilan Lisa. Yusri yg sedang sibuk mempromosikan filem terbaru beliau Cicakman 3 kini menyambut berita gembira dengan senang hati. "Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut," ujarnya yang ditemui selepas pelancaran filem Cicakman 3 di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini Lisa pernah di katakan mengalami keguguran kandungan pertama beliau dan kini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan tentang kehamilan Lisa. Yusri juga mengharapkan peminat dan juga penonton mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Lisa bersama kandungannya. Tahniah buah Lisa dan Yusri yg bakal menimang cahaya mata juga akhirnya.





 

0 comments:

Datuk Chef Wan Sakit Selepas Kutuk Dato Vida Qu Puteh

Masih kencang lagi di telinga dan juga di media tentang majlis Anugerah Juara Lagu ke 29 yg telah berlangsung baru2 ini. Tapi lagi kencang tentang kisah dua ikon yg cukup popular di Malaysia ini. Sapa lagi kalau bukan Datuk Chef Wan dengan Dato Vida. Semua ini bermula apabila celebriti chef ini telah memuat turun status di Instagram yg memberi tahu beliau jelak dengan ulangan yg terlalu kerap daripada penaja.

Penaja pula sapa lagi kalau bukan pemilik wanita putih ini Dato Vida yg menjadi penaja utama dalam AJL 29. Kalau sapa2 tonton majlis tu pasti akan tgk setiap 15 minit adakan ada iklan, malah siap ada sesi promosi di belakang pentas produk Qu Puteh ini. Pengacara juga seringkali mengulangi kata2 hikmah ini "Qu Puteh Qu Puteh... Barulah Putih...".  Kerana isu ini juga Chef Wan tidak menonton anugerah itu sehingga habis dan menutup tv kerana bosan dengan promosi itu.


Kisah ini belarutan sehingga pengasas produk kecantikan itu membidas segala tomahan dan juga kritikan daripad penonton AJL 29, termasuk membidas kenyataan Chef Wan. Apa pun harap kes ini selesai dengan baik antara dua pihak. Tapi belum sempat isu ini damai Chef Wan kini telah di masukan ke wad kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut akaun Instagram anak beliau Serina Redzuawan menyatakan ayahnya di masukan ke wad hari ini akbitan kesihatan semakin menurun. Namun ramai pula yg menyatakan dan meluahkan perasaan atas gambar yg di muat turunkan itu. Ada sesetengah menytakan bahawa ini adalah balasan untuk seorang yg mulut celupah dan juga mungkin ini tanda untuk beliau dan kena minta maaf dengan org yg di kutuknya.

Apa pun kita doakan kesihatan yang baik kepada Datuk Chef Wan dan juga moga hubungan beliau dengan pengasas Qu Puteh Dato Vida semakin baik. Lagi baik kalau Dato Vida perli melawat Chef Wan di hospital sebagai tanda mereka tidak bergaduh dan saling berkawan. Apa pun sakit ni menghapuskan dosa2 kecil tapi kalau dosa2 terhadap manusia ni tak boleh terampun melainkan kita minta maaf dengan org yang kita katakan itu. 








0 comments:

Hip Hop Berjaya Menguasai AJL 29 Kemenangan Lagu Apa Khabar

Menantikan detik yg begitu bersejarah dan bermakna dalam industri muzik tempatan AJL 29 kini mencatat sejarah tersendiri. Telah berlangsung secara langsung yang di pancarkan oleh Pamoga Qu Puteh di Stadium Putra Bukit Jalil dan TV3. AJL 29 berjalan dengan lancar dan telah sekali lagi menobatkan juara buat kali ke 29. 


Tahniah buat lagu Hip Hop menjadi sejarah pertama kali di nobatkan sebagai Juara Lagu sepanjang penganjuran 29 tahun AJL. Lagu ciptaan Sona One dan lirik Joe Flizzow Apa Khabar di nobatkan sebagai juara keseluruhan AJL 29. Lagu yg mencaritakan kisah benar hubungan antara Joe Flizzow dan juga rakan karibnya Maliq. Penuh dengan bersahaja dan ringkas persembahan pada malam itu menjadi lagu tersebut sebagai juara.

Naib Juara Anugerah Juara Lagu 29 pula di menangi oleh pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi yang sama sapa lagi kalau bukan Shila Amzah. Melalui lagu Masih Aku Cinta membuat persembahan penuh dengan cermin pada malam tersebut. Vokal dan persembahan Shila juga tidak kurang hebat pada malam tersebut. 


Namun bertuah bagi Dayang Nurfaizah apabila beliau memenangi dua anugerah pada malam tersebut iaitu Vokal Terbaik dan juga Pemenang Tempat Ketiga. Persembahan melalui lagu Di Pintu Syurga membawa artis yg mempunyai vokal nyaring dan gemersik ini merangkul Vokal Terbaik. Tapi kelihatan agak keko bila Dayang menaiki tangga dengan baju putih yg agak keras semasa mengambil anugerah.

Apa pun persembahan kumpulan Mojo berganding dengan kumpulan Caliph Buskers berjaya menambat hati penonton dengan memenangi persembahan terbaik melalui undian penonton. Penuh tenaga dan juga penuh dengan gaya bersahaja persembahan Roman Cinta memukau dan mendapat tepukan gemuruh daripad penonton. Tahniah kepada Edry yg berjaya mencungkil bakat mereka yg kurang upaya ini. 

Tahniah kepada semua pemenang dan juga tahniah kepada penganjur AJL 29. Tahun ini akan ada pula AJL 30 untuk menobatkan lagu juara seterusnya. Nak baca perkara yang pelik terjadi sepanjang belangsung AJL 29 boleh baca di sini.





0 comments:

Cacat Cela Di Sebalik AJL 29

Anugerah AJL 29 telah berlansgung dengan gahnya di Stadium Putra Bukit Jalil. Menobatkan lagu Apa Khabar nyanyian Sona One dan Joe Flizzow sebagai juara keseluruhan. Tahniah kepada pemenang pada malam AJL 29. Namun biasalah setiap acara langsung pasti ada yg tidak sempurna walaupun telah rehearsal sebagainya. Kita merancang tapi Tuhan menentukan. Mari kita lihat cacat cela di sebalik acara secara langsung AJL 29.


1) Semasa persembahan Dato Hattan dan Waris melihatkan kedua2 penyanyi ini mengalami masalah untuk menyampaikan lagu ini kerana mereka ada masa tersangkut di hujung lagu. Seolah-olah tidak sampai nafas tapi kedua2 saling membantu satu sama lain untuk tidak terlihat kecacatan tersebut.

2) Persembahan Indah terdapat kecacatan apabila lampu candelier yg di gantungkan di sebelan kanan pentas tidak jatuh seperti mana yg di rancang. Mengakibatkan persembahan pentas kelihatan agak cacat sedikit namun Indah tetap meneruskan persembahan dengan jayanya.

3) Gaya Alyah yg bersahaja menggunakan skrin LED pada malam tersebut adalah satu kelainan. Tetapi terdapat kekurangan kepada susunan skrin sehingga kelihatan kain yg lebih apabila Alyah melalui skrin tersebut.


4) Nyanyi artis jemputan Mojo kumpulan Caliph Buskers memang memberi kejutan kepada semua penonton pada malam tersebut. Selain ia menyentuh perasaaan dan juga memukau dengan vokal yg terbaik. Persembahan tersebut juga mendapat Standing Ovation daripada semua penonton di stadium dan merangkul persembahan terbaik pilihan penonton pada mlm tersebut.

5) Pada persembahan artis jemputan Headwind kelihatan kain rentang di belakang tidak jatuh sepenuhnya. Ia seakan sama seperti persembahan Indah kerana kain di sebelah kanan pentas juga tidak jatuh dan ia menghalang persembahan Headwind pada malam tersebut.

6) Stacy membawa gaya persembahan yg cukup menarik dengan prop yang bertukar2 dan penari yang ramai di belakang. Akan tetapi ia kelihat begitu kelam kabut dan kadang2 nampak serabut sehinggakan kita tidak boleh nampak persembahan tarian Stacy.

7) Kelihatan Scha Alyahya tidak begitu selesa dengan baju rekaan untuknya pada malam tersebut. Nampak Scha Alyahya begitu terlalu bergantung kepada Que Card. Apapun buat pertama kali baju pengacara di malam anugerah yg gilang gemilang tidak di tukar hanya memakai satu pasang baju sahaja dari mula sehingga habis malam AJL. Knp sponser tak cukup ker hehehehe.

8) Kelihatan sgt cacat apabila majlis penyampaian anugerah di saat pemenang diumumkan tiada jemputan VVIP di atas pentas untuk menyampaikan anugerah tersebut. Anugerah hanya di sampaikan oleh pambawa trofi sahaja, adakah semua VVIP telah pulang awal termasuk Dato Vida.









1 comments:

Finalis AJL 29 Buat Gimik Awal

Sekarang tgh hangat di perkatakan Anugerah Juara Lagu yg tinggal beberapa hari sahaja lagi. Riuh di corong radio dan juga stesen TV3 mempromosikan anugerah berprestij ini. Siapa bakal di nobatkan juara dan siapa pula bawa pulang persembahan terbaik dan juga vokal terbaik. 12 buah lagu bakal bertanding pada 18 Jan 2015 ini yg akan berlangsung secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil.


Namun ada beberapa gimik yg telah di lakukan oleh beberapa org finalis AJL 29 tahun ini sebelum majlis berlangsung. Adakah gimik ini untuk mempromosi diri atau nak menjadi juara, anda boleh nilai sendiri. Mari kita saksikan beberapa perkara yg di katakan gimik finalis AJL 29 yg tgh hangat di perkatakan sekarang.

Yuna di gantikan dengan penyanyi lain

Lagu Lelaki nyanyian Yuna pada peringkat separuh akan di gantikan dengan penyanyi lain. Najwa Mahiaddin adalah peganti yg akan bertanggungjawab membawa lagu ini pada peringkat akhir. Adakah ini taktik Yuna seperti mana yg di lakukan pada AJL 27, apabila lagu beliau di gantikan oleh Aizat dan telah di nobatkan sebagai juara. Nantikan di AJL 29 bagaimana persembahan mereka.

Vokalis Mojo keluar kumpulan


Satu lagi gimik yg mendapat perhatian daripada finalis AJL 29 adalah kumpulan Mojo. Cerita bermula apabila penyanyi asal Awira di katakan tidak puas hati akibat ada org ketiga yg akan menyanyi bersama beliau di final. Awira di katakan menarik diri dan keluar dari kumpulan Mojo akibat tidak puas hati dengan pilihan Edry selaku pencipta lagu. Vokalis Mojo di gantikan oleh Ryan Brakhma dari Indonesia yg telah di pilih sendiri oleh Edry.

Kisah rumah tangga Alyah

Alyah tiada angin tiba2 saja kisah rumah tangga beliau menjadi hangat dan begitu mendapat perhatian peminat industri tanah air. Alyah yg mengupdate gambar suaminya Dato' Ramli M.S bersama wanita lain yg dikatakan isterinya mendapat perhatian. Alyah seolah2  mencari cerita di sebalik kehangatan AJL 29 tahun ini. Tapi Dato' Ramli MS hanya berdiam diri dan tidak berkata apa2 terhadap isu ini. Namun Alyah lebih banyak emosi terhadap perkara ini, adakah ia satu gimik atau sekadar masalah dalaman rumah tangga.

Shila Amzah tarik diri

Hari ini pula tiba2 artis yg popular di China, Shila Amzah yg merupakan finalis AJL 29 telah membuat pengumuman menarik diri daripada pencalonan akhir ABPBH 2014. Berita ini sedikit sebanyak memberi kejutan kepada peminat beliau dan juga industri. Penarikan diri Shila adalah di sebabkan rasa kecewa beliau dengan sesetengah media yg terus memboikot beliau. Adakah ini juga gimik AJL untuk mendapat perhatian daripada peminat mereka nantikan di pentas akhir AJL 29.

Hafiz bertunang


Artis yg pernah mendapat gelaran juara Anugerah Juara Lagu ini juga membuat kejutan apabila berita perancangan pertunangan beliau bulan dua telah di ketahui umum. Hafiz yg di katakan telah bercinta lama dengan gadis ini akan melansungkan majlis pertunanga pada bulan February ini. Adakah ini salah satu gimik yg di lakukan oleh finalis AJL 29. Sama2 kita nantikan dan saksikan secara langsung pada Ahad ini ok.









0 comments:

Kerana Diboikot Shila Amzah Tarik Diri Dari ABPBH 2014

Tu lah kalau artis dah merajuk mcm2 boleh mereka buat walaupun tidak besar tapi kesan juga kepada mereka yang menganjur. Tak tahulah mana salah dan silapnya tapi artis yang cukup popular di negara China ini telah membuat keputusannya hari ini. Pagi tadi melalui radio HotFM, Shila Amzah telah di undang untuk menjadi artis jemputan bagi Anugerah Juara Lagu. Shila adalah salah seorang finalist bagi AJL melalu lagunya Masih Aku Cinta.


Tapi Shila Amzah telah membuat satu pengumuman yg mengejutkan. Hasil perbincangan bersama pengurusan dan juga pihak yg bertanggungjawab membawa Shila ke mercu kejayaan, maka dengan rasmi Shila Amzah menarik diri daripada menyertai ABPBH 2014 tahun ini. Shila Amzah yg telah di senarai pendek top 5 bagi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular membuat keputusan itu secara langsung di radio.

Menurut kata Shila kerana ada sesetengah media Malaysia yang telah memboikot beliau makan beliau telah membuat keputusan itu. Adakah kerana merajuk atau terasa hati dengan tindakan sesetengah media Malaysia maka Shila membuat keputusan ini. Atau itu sebahagian daripada tanda protes artis ini kepada media yg telah memboikot beliau. Hanya Shila yang tahu dan mungkin telah kaji kesan baik buruk terhadap tindakan beliau itu.

Apa pun tunggu jawapan daripada penganjur ABPBH 2014 adakah mereka akan menggugurkan nama Shila Amzah dari senarai top 5 dan menggantikan dengan artis lain. Menurut rekod Shila Amzah pernah memenangi anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH 2012. Adakah Shila Amzah akan tidak bertanding bagi ABPBH kali ini sahaja atau terus tidak bertanding selamanya. Itu Shila Amzah akan terangkan kemudian. Apa pun kepad apeminat Shila Amzah besabar dan terus menyokong artis kesayangan anda ini.








0 comments:

Artis KPop Peluk Gadis Tudung Ramai Nak Jadi Ustaz Dan Ustazah Express

Itulah lumrah kita rakyat Malaysia yg suka buat hujah dan juga fatwa sendiri bila timbul isu2 seperti ini. Ramai yg nak tunjuk hebat tak kurang yg nak menyalahkan pihak2 tertentu. Bukan kerja kita nak tuding jari pada sapa2. Yang penting ia jadi pengajaran buat kita semua kerana mungkin sekarang ni kita mengata org tapi tak tahu akan dtg org pula mengata kita. 


Tak kurang hebat keyboard warrior yang juga nak tunjuk hebat bila berbincangkan isu ini di alam maya. Apa pun kita ada pihak berkuasa dan pihak berwajib bila terjadi isu ini. Biar mereka setelkan semuanya. Tapi tak tahu lah pulak kalau yg nak cari populariti daripada isu ini. Mungkin kita kena tgk dari semua sudut lah bukan peluk artis KPop sahaja berdosa. Kalau pegang tangan bukan Mahram kita sendiri pun dah berdosa.

Apa pun ustaz dan ustazah express ni kurang2 kan lah buat perkara yg tak dtg faedah ini. Kita sendiri yg berbalah kat negara kita sedangkan arti KPop tu bersuka ria dan gembira kat negara dia kerana berjaya buat negara kita huru-hara dengan isu ini. Jgn lah nak lagi salah2kan org lain ok biar mereka buat kerja mereka sendiri, kita buat keje kita sendiri. Moga isu ini cepat di stelkan jgn lah belarutan lagi.

Anda boleh dapatkan berita lebih panas di sini.










0 comments:

Ayai Illusi Juara Gegar Vaganza Bintang Kembali Menyengat

Itulah dia penangan artis vateran dan org otai ini semua masih mampu memberi saingan kepada artis2 baru yg ada sekarang. Itu tandanya kalau anda tidak pandai membawa diri anda akan terus di tenggelami oleh artis2 lama ini.  Itu yg di buktikan melalui program Gegar Vaganza melalui Astro Ria dan Astro Maya HD. Setelah 7 minggu 12 peserta bersaing hingga akhir malam semalam terbukti mereka masih menyengat.


Ayai kumpulan Illusi telah membukti usia bukan penghalang dan bakat yg ada adalah segalanya. Ayai di nobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 2014. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM100 ribu, trofi dan juga membuat single album bersama Astro. Wow memang hebat tenyata Ayai masih mempunyai peminat di Malaysia. Saya pun suka suara Ayai yg serak2 basah dan menyanyikan lagu Jangan Kau Rayu & Semangat Lamin memang memukau.


Tahniah juga kepada pemenang kedua milik Haleeda yg mempunyai kekuatan tersendiri. Haleeda membawa pulang wang tunai RM50 ribu bersama trofi. Manakala tempat ketiga di menangi oleh Mamat Exist bersama memenagi hadiah persembahan terbaik hasil dari undian penonton melalui SMS.  


Tempat ke empat pula di menangi oleh Rahmat Mega dan tempat ke lima Ifa Raziah dan tempat ke enam Fazli Zainal. Tahniah buat semua pemenang persembahan memang hebat mlm tadi memukau dengan gaya persembahan tersendiri. Astro berjaya membawa kembali artis2 lama ini ke medan persembahan pentas termasuk artis yg buat persembahan pada mlm tersebut iaitu Amelina yg telah 15 tahun menyepi kini kembali. Tahniah kepada semua....






0 comments: