Archive for November 2015

Yus Jambu Meninggal Dunia Mengejutkan Semua Peminat

Berita yang sangat mengejutkan pagi ini apabila melihat ramai orang memuat naik status pemergian pelawak yang popular dari kumpulan Jambu yang lebih di kenali sebagai PakYus atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo. Melalui laman instagram rakan sekumpulan beliau Taukeh yang memuat naik status seperti di bawah.


Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang setelah sesak nafas pulang daripada satu majlis di Dataran Merdeka malam tadi. Kehilangan ini adalah satu yang sangat2 menyedihkan buat industri hiburan dan lawak tanahair. Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Sama2 kita mendoakan untuk arwah moga roh Allahyarham di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan juga di cucuri rahmat olehNya. Selepas ini tiada lagi kumpulan Jambu dan apakah nasib yang terjadi kepada kumpulan Kobis Pedas dalam rancangan Juara Parodi yang turut di sertai Allahyarham bersama dengan penyanyi Misha Omar. Sama2 kita doakan terbaik untuk mereka. Amin.





0 comments:

Diantara Aktiviti Yang Boleh Di Lakukan Ketika Cuti Sekolah Yang Tiba

Sepcial offer dan aktiviti daripada Menara KL untuk adik2 yang sedang bercuti sekolah. Jangan buang masa anda dengan perkara tidak berfaedah jadi kunjungilah Menara KL perlbagai aktiviti berguna yang boleh di lakukan. Ibubapa pun ramai yang bercuti untuk bawa anak2 mereka beriadah dan ini lah masa yang sesuai untuk bersama keluarga setelah setahun bekerja.



Untuk maklumat lanjut dan lebih detail tentang aktiviti ini boleh layari laman web www.menarakl.com.my. Pasti sekeluarga bergembira dan bahagia selalu. Selamat bercuti kepada semua adik2 di luar sana.










0 comments:

Pada Usia 37 Tahun Kevin Zahri Tidak Malu Baru Khatam Quran

Sapa kata kita tidak mampu berusaha dalam mempelajari Al Quran pada usia yang lewat. Al Quran itu perlu di perlajari dan di ngajikan setiap masa dari mula usia muda sehingga kita meninggal dunia. Bukan lah perlu malu sekiranya usia sudah lewat untuk belajar mengaji Al Quran kerana walaupun kita melihat ayat Al Quran sudah mendapat pahala apatah lagi membacanya.


Bukan nak berceramah kepada semua pembaca tapi tersentuh dengan kesungguhan seorang personaliti kesihatan yang popular dengan ilmu senaman dan juga menjaga tubuh badan. Kevin Zahri meluahkan rasa syukur setelah berjaya khatam Quran walaupun pada usianya yang lewat. Status baru beliau pada laman facebook bukanlah bertujuan untuk menunjuk2 tapi nak bagi motivasi kepada semua orang di luar sana.

Korang boleh baca kenyataan yang di tulis oleh Kevin Zahri pada laman facebook mengapa beliau lewat belajar mengaji Al Quran. Tersentuh juga dengan kisah hidup beliau yang dulu langsung jauh kepada semua ilmu agama ini. 


Namun kini setelah berumah tanggah di tambahan pula mempunyai anak2 beliau tekat untuk mempelajari ilmu agama dan khatam Al Quran. Setelah 4 tahun berusaha dengan sikit2 dan kesibukan beliau bekerja maka buat pertama kali beliau khatam juga Al Quran. Tapi langsung tidak rasa malu dan malah rasa syukur sangat dengan kejayaan beliau. Lihat ustazah yang juga mengaja beliau begitu muda tapi langsung tidak melunturkan semangatnya.

Moga niat baik dan juga hasrat murni Kevin Zahri dapat di terima dan terus menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada semua orang di luar sana. Nak belajar Al Quran tidak kira usia dan masa yang penting kesungguhan dan juga niat perlu di betulkan. Agar semua kita mendapat petunjuk dan hidayah daripadaNya untuk mendalami ilmu agama. 








0 comments:

Kehamilan Dato Siti Nurhaliza Bukan Rahsia Lagi

Inilah berita yang paling di nantikan seluruh rakyat Malaysia bahkan juga peminat beliau di serata nusantara ini. Sapa tak suka jika berita gembira seperti ini yang di tunggu sejak dari tahun 2006 perkahwinan Dato Siti dan Dato K. Ia adalah pasangan paling meriah di raikan pada tahun itu yang di gelar Wedding of The Year. Saban tahun di asak dengan soalan bila mahu menimang cahaya mata Dato Siti bijak menangkis segalanya.


Namun tahun 2015 segala bukan lagi rahsia setelah di sahkan bahawa Dato Siti mengandung dan kini usia kandungan telah memasuki bulan ke 2. Segala mula di hidu oleh media apabila beliau mengupload gambar kurman dan susu kambing di Instagram. Ia menjadi viral dengan semua orang memperkatakan isu kehamilan Dato Siti, dan beliau masih tidak lagi berkata apa2 bila di ajukan soalan berkaitan isu ini.


Namun kini semua akhbar telah mengeluarkan kenyataan daripada sumber terdekat dan juga keluarga Dato Siti tentang kehamilan beliau. Menurut sumber dan akhbar mereka mendapat sumber dari keluarga yang siti telah masuk bulan kedua kehamilan. Ia adalah satu berita yang sangat2 menggembirakan buat seluruh peminat yang menantikan saat ini.


Masih belum ada pengesahan daripada tuan punya badan mahupun suaminya Dato K. Apa pun semua pihak terus memberikan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Dato Siti dan kandungannya. Di jangkana akan melahirkan pada bulan Jun 2016 nanti apakah riaksi peminat. Bagaimanakan rupa anak yang dilahirkan. Adakah akan ada liputan rasmi kelahiran anak artis No 1 di Malaysia ini. Sama2 kita doakan terbaik buat beliau dan sihat sehingga kelahiran nanti.








0 comments:

Semua Pemenang Mengikut Kategori Anugerah Skrin 2015

Bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada malam tadi anugerah yang penuh prestij menobatkan semua pengiat seni drama dan filem daripada pelakon kepada mereka yang bekerja belakang tabir. Anugerah Skrin 2015 yang bertemakan Meraikan Bintang pada malam itu cukup meriah dengan pelbagai persembahan. Yang paling menarik hati adalah persembahan daripada barisan pelakon yang selama ini hanya belakon tapi di ASK2015 mereka menjadi penyanyi dan menari.


Kelainan yang di tampilkan tahun ini begitu menarik dan unik untuk satu2 majlis anugerah. Lorong Kecil Ke Syurga menjadi drama terbaik keseluruhan dan filem Lelaki Harapan Dunia dinobatkan sebagai filem terbaik. Tahniah kepada semua pemenang dan di sini senarai penuh semua pemenang mengikut kategori masing2.

Drama Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
Lakon TV Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
Pengarah Drama Terbaik – Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga)
Pelakon Lelaki Terbaik – Amar Asyraf
Pelakon Wanita Terbaik – Sara Ali
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Izuan Fitri
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Raja Illya
Drama Rantaian Komedi Terbaik – Rubberband
Drama Rantaian Terbaik – Hidayahmu Ramadhan
Drama Rantaian Popular Media Sosial – Rindu Awak 200%

Filem Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Lakon Layar Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Pengarah Filem Terbaik – Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairi
Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Sharnaaz Ahmad
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Ayu Raudhah

Rancangan Bual Bicara Terbaik – Wanita Hari Ini
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Welcome To The Real World
Laporan Khas Berita Terbaik – Berita Nasional 5
Rancangan Hiburan Terbaik – The Gagabout Barber
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29
Rancangan Realiti Terbaik – Mentor Legend Akhir

Videografi Terbaik – Hip-Hoppin’ Asia (The Saga Continues)
Suntingan Terbaik – The Gadabout Barber
Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29
Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik – Mentor Legend Akhir
Rekabentuk Set Terbaik – Mentor Legend Akhir
Montaj Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29







0 comments:

Kategori Pencalonan Penuh Anugerah Skrin 2015 Terbongkar

Tahun ini adalah tahun ke 17 ASK2015 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. ASK 2015 bakal menggandingkan dua pengacara popular iaitu Awie dan Fara Fauzana untuk mengemudikan majlis penganugerahan manakala acara karpet merah akan dikendalikan oleh Hani Hatim, Muadz dan Ain Edruce. Siaran langsung keseluruhan acara yang bermula dengan karpet merah pada jam 7.45 malam juga boleh dilayari secara global melalui komputer, tablet dan telefon pintar di laman web rasmi www.anugerahskrin.com. 


Secara keseluruhan, ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori yang meliputi 12 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 8 drama rantaian, 3 drama rantaian komedi dan 3 drama rantaian popular media sosial telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula, 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.

Antara drama yang layak bertanding ialah Ada Sejadah Panjang Terbentang, Cahaya Cinta, Cahaya Malaika, Dari Pintu Neraka, Hak, Jalan Taubat, Kereta Kita, Kerana Seorang Ammar, Lorong Kecil Ke Syurga, Penyabong, Pulangnya Tok Misai, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta, Seligar, Sujud Ibuku, Sinar Ya Rob dan Talak.

Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2015 menerima pencalonan seperti Angin Syurga, Astana Cinta Aleesa, Cinta Ilahi, Hidayahmu Ramadan, Mukhlis, Puteri Gunung Ledang, Tabuh Merdeka dan Zahira. Kategori drama rantaian komedi pula menerima pencalonan seperti Asam Pedas Untuk Dia, Menantu Mak Uteh dan RubberBand.


Manakala filem yang layak bertanding termasuk Mat Tudung, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah, Nasi Tangas, Amir & Lokman Pergi Kelaut, Dollah Superstar, Dendam Orang Mati, Anak Jantan, Kelibat, Lelaki Harapan Dunia, Gila Baby, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Ophilia, Terbaik Dari Langit, Villa Nabila, Suamiku Encik Perfect 10, Puaka Balai Gombak, Jalan Puncak Alam, Cicakman 3, Isyarat Cinta , Jengka, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Pilot CafĂ© dan Suamiku Ustaz.

Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial yang diperkenalkan pada tahun lepas kini dikenali sebagai Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial. ASK 2015 menyaksikan Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati tercalon dalam kategori ini. Uniknya, pemenang bagi kategori ini bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai di laman Twitter & Instagram dari 5 Oktober – 5 November 2015. Untuk mengundi, anda perlu letak hashtag drama pilihan anda iaitu #rinduawak200peratus, #setitiskasihdarmia atau #tentanghati berserta dengan #ask2015. 







0 comments: