Tahniah Fattah Amin Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 30 | Dunia Penuh Gosip

Tahniah Fattah Amin Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 30

Malam tadi berakhirnya satu anugerah yang sudah cecah usia 30 tahun penganjurannya dan telah menobatkan bintang paling popular setiap tahun. Anugerah yang memberi peluang kepada pemenangnya untuk start demand dan letak harga mahal lepas itu. Inilah dia Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 yang berlangsung di PICC semalam.


Tahniah buat Bintang Paling Popular 2017 iaitu Fattah Amin setelah diumumkan oleh pengacara paling kelam kabut di dunia Kak Ogy dan juga pengacara pasrah Zulin Aziz dan Faizal Ismail. Nampak sangat stage dikuasai oleh Kak Ogy dan membuatkan pengacara dua orang lagi seperti tempelan sahaja.

Lepas anugerah ini membuktikan populariti tidak dinilai daripada bakat cukup sekadar buat perkara yang viral kemudian terus ada peminat dan akhirnya jadi paling popular. So sebab itu industri kita dilabel sebagai tiada kualiti lebih banyak populariti sahaja. Tapi nak buat macam mana anugerah dah dinobatkan pemenang dan naik pentas.

Jom kita lihat senarai penuh pemenang #ABPBH30

Anugerah Bintang Paling Popular : Fattah Amin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Ella

Kategori Utama
Artis Baharu Lelaki Popular : Khai Bahar
Artis Baharu Wanita Popular : Sweet Qismina
Pelakon Filem Lelaki Popular : Zul Arifin
Pelakon Filem Wanita Popular : Fazura
Pelakon TV Lelaki Popular : Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular : Janna Nick
Penyanyi Lelaki Popular : Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular : Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular : Akim & The Majistret
Artis Komedi Popular : Zizan Razak
Artis Versatil Popular : Ifa Raziah
Pengacara TV Popular : Neelofa
Penyampai Radio Popular : Radin (ERA)

Kategori Online
Gandingan Serasi Drama : Fattah Amin + Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
Personaliti Media Sosial : Makhlokmacho
Artis Sensasi : Fattah Amin
Artis Berpengaruh di Laman Sosial : Neelofa








0 comments: