Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) | Dunia Penuh Gosip

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018)

Tahniah kepada drama Pendosa Ingin Ke Syurga arahan Rashid Sibir dan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd apabila dinobatkan sebagai Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam majlis anugerah penuh gemilang ASK 2018. Malam itu juga sangat bermakna buat pelakon Jay Iswazir dan Nad Zainal apabila masing-masing berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Wanita kategori drama.


Juga turut meraih kemenang besar pada malam tersebut adalah Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Melayu yang dimenangi melalui drama paling tular tahun ini iaitu Nur. Drama Nur juga membawa pulang dua lagi anugerah melalui pelakon mereka iaitu Syafik Kyle dan Amira Rosli apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian.


Juga diperkenalkan kategori baru tahun ini iaitu Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Cina yang dimenang drama Green Wall. Manakala kategori filem pula hampir disapu habis oleh filem Dukun yang memenangi empat kategori semuanya. 

Senarai penuh pemenang ASK 2018:

KATEGORI DRAMA

Drama Terbaik - Pendosa Ingin Ke Syurga (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
Pengarah Terbaik Drama - Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)
Videografi Drama Terbaik - Nasarudin Ahmad(Nisaa)
Lakon TV Terbaik - Sofia J Rhyland (Aku Nazmi)
Penyunting Drama Terbaik - Mohd Shahrul (Qalbu)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Jay Iswazir (Aku Nazmi)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nad Zainal (Fatonah Azali)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Qalbu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fauziah Nawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)
Drama Komedi Terbaik - Mat Dukun
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Green Wall
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Nur
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Amyra Rosli (Nur)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Syafiq Kyle (Nur)

KATEGORI FILEM

Filem Terbaik - Dukun (Astro Shaw Sdn Bhd)
Pengarah Terbaik Filem - Dain Said (Dukun)
Lakon Layar TV Terbaik - Huzir Sulaiman (Dukun)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku) 
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Umie Aida (Dukun) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Namron (Dukun) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

KATEGORI BUKAN DRAMA DAN TEKNIKAL

Rancangan Majalah Terbaik - 999
Rancangan Realiti Terbaik - Let's Cycle Season 3
Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Skrin 2017








1 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua pemenang..semuanya hebat2 belaka

    BalasPadam