Raikan Cuti Panjang Hujung Minggu Merdeka Di Desaru Coast | Dunia Penuh Gosip

Raikan Cuti Panjang Hujung Minggu Merdeka Di Desaru Coast

Semakin ramai rakyat Malaysia yang mula keluar rumah untuk bercuti, semakin bertambahlah sorotan terhadap pelbagai pilihan destinasi pelancongan yang terdapat di dalam negara. Pelancongan domestik telah meningkat sejak kebelakangan ini kerana penumpuan para pelancong ke tempat-tempat peranginan popular. Namun begitu, tidak banyak tempat, jika ada, yang boleh mendabik dada dengan “memiliki segalanya” di satu kawasan dan pada masa yang sama, memastikan penjarakan fizikal dalam percutian, jauh daripada kesesakan orang ramai – mungkin kecuali satu.


Merdeka ini, permata di persisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia telah menyediakan pelbagai tawaran yang terbaik bagi menarik para pelancong ke sana untuk menikmati semula apa yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat. Dengan keluasan 3,900 ekar di sepanjang persisiran pantai 17-km yang tidak tercemar, Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) sudah tentu memiliki segalannya – hotel dan pusat peranginan yang terkenal di seluruh dunia, keindahan alam semulajadi, salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia, golf, dan juga kemudahan membeli-belah dan gaya hidup, semuanya terletak di lokasi yang kaya dengan kepelbagaian alam yang mudah diakses melalui jalan raya, udara dan laut.

Seperti alunan lagu, mengenali Malaysia adalah mencintai Malaysia. Menjelangnya hujung minggu Merdeka yang panjang ini, Desaru Coast mengalu-alukan kedatangan semua rakyat Malaysia untuk jatuh cinta semula dengan Malaysia dengan pengalaman percutian yang sukar untuk dilupakan.

Jika ada satu destinasi percutian yang boleh menawarkan sesuatu untuk setiap ahli keluarga anda, ia sudah tentunya Desaru Coast!” kata Hoe Teck Wei, Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn Bhd.

Sebagai sebuah negara yang majmuk, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, festival dan hari perayaan dan keunikan ini terserlah di Desaru Coast.  Selain daripada tempat-tempat tarikan dan pantai yang indah, para pengunjung  boleh menikmati pengalaman yang terbaik dari timur mahupun barat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang  dengan teliti dan pilihan makanan serta minuman yang menyelerakan di destinasi kami. Khas sempena Merdeka kali ini, kami telah menyediakan pelbagai tawaran untuk meraikannya,” jelas beliau.


Keseronokan @ Adventure Waterpark

Tidak dapat disangkal bahawa Adventure Park merupakan salah satu tarikan terbesar untuk keluarga di Desaru Coast. Dengan keluasan melebihi 25 ekar, Adventure Waterpark adalah salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia yang menampilkan lebih daripada 20 jenis permainan, gelongsor dan tarikan yang unik, sama ada basah atau kering. Taman air ini berlatarbelakangkan perkampungan nelayan Melayu, di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai permainan dan tarikan yang sesetengahnya tidak terdapat di tempat-tempat lain di dalam negara ini, seperti water coaster yang pertama di rantau ini.

Bagi memudahkan keluarga untuk menikmati pelbagai tarikan yang wajib dikunjungi ini, Adventure Waterpark menawarkan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk semua pemegang MyKad, yang membolehkan anda untuk mendapatkan tiket kedua secara percuma dengan setiap pembelian tiket harian dewasa atau kanak-kanak. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos dan boleh didapati secara eksklusif di laman sesawang Desaru Coast dengan kod promosi ‘WEAREOPEN’.

Kemeriahan bakal berlanjutan di taman tema. Pada tarikh 30 dan 31 Ogos kelak, para pengunjung akan disambut di pintu masuk utama dengan muzik rancak yang diputarkan oleh DJ Murdoc. Namun begitu, muzik tidak berakhir di situ, pengunjung bakal dihiburkan oleh perarakan pancaragam (10.00 pagi, 1.30 petang dan 5.30 petang), persembahan nyanyian jalanan, permainan kuiz kilat dan pesta muzik bersama DJ pada jam 1.00 petang pada kedua-dua hari tersebut. Salah satu acara yang tidak harus dilepaskan adalah sesi berzumba di dalam air yang boleh disertai oleh seisi keluarga pada jam 3.00 petang.

Pelbagai aktiviti, cabaran dan permainan akan disediakan untuk pengunjung dewasa dan juga kanak-kanak pada kedua-dua hari tersebut. Ini termasuk gerai permainan percuma (dibuka pada jam 10.00 pagi), zon permainan berisi angin (inflatable) (dibuka pada jam 12.00 tengah hari), peraduan mewarna Merdeka pada jam 1.00 petang, cabaran Wira Warrior (2.00 petang dan 4.00 petang), Persembahan Solo Angklung Merdeka (10.30 pagi, 2.30 petang dan 5.00 petang). Jika ini tidak mencukupi untuk memenuhi masa lapang sekeluarga, pengunjung juga boleh menikmati permainan dam gergasi, permainan Ular & Tangga gergasi dan beraneka permainan karnival lagi.

Para pengunjung ke Adventure Park pasti merasa rambang mata dengan pilihan makanan dan minuman yang disediakan di sini. Anda sekeluarga boleh mendapatkan penjimatan besar dengan ‘63 Merdeka Combo’ di River Grill. Terdapat dua set pilihan untuk tawaran ini. Set pertama termasuk Sosej Gril, dua hidangan Nasi Ayam Panggang dan tiga cawan minuman ringan. Set kedua pula termasuk satu hidangan Rooster & Cheese Hot Dock, empat ketul ayam goreng, setiap hidangan disertakan dengan kentang goreng kekisi dan sayuran coleslaw pelangi, tiga cawan minuman ringan dan tiga manisan Tropicana Lime Vanilla. Kedua-dua set hidangan ini boleh didapati dengan harga bernilai hebat pada RM63.00 sahaja. Sementara itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan tawaran-tawaran lain yang hebat di Beachside Cabana!


Oh! Rasai kenikmatan hidangan Malaysia

Setelah meluangkan masa di Adventure Waterpark dan sekitar Desaru Coast, tibalah masa untuk menjamu selera dengan pelbagai pilihan hidangan yang disediakan khas  di hotel-hotel dan tempat-tempat tarikan di Desaru Coast. Bermula pada 17 sehingga 31 Ogos, para pengunjung boleh menikmati beraneka juadah yang enak, termasuk makanan tradisional tempatan dan hidangan yang dicipta khas untuk memperingati latar belakang Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya.

“Kepelbagaian citarasa makanan adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Malah, makanan juga boleh mengeratkan lagi perpaduan di antara kita. Dengan itu, Desaru Coast meraikan Hari Kemerdekaan dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan dari seluruh negeri dengan citarasa yang terhasil daripada integrasi pelbagai budaya yang telah berlaku sejak berdekad lamanya,” kata Hoe Teck Wei.

Para pengunjung ke Desaru Coast pada hujung minggu Merdeka ini berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan seperti  minuman istimewa, manisan dan juadah tradisional di restoran-restoran yang mengambil bahagian di Desaru Coast, termasuk Els Club Desaru Coast, Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas.

Pelbagai pilihan dan tawaran tempat penginapan

Bermalam di Desaru Coast adalah satu cara yang terbaik untuk menikmati destinasi ini dengan sepenuhnya memandangkan terdapat banyak tempat untuk dikunjungi dan pelbagai aktiviti untuk dilakukan di sini. Anda pasti akan merasa rambang mata dengan pilihan penginapan yang ditawarkan di Desaru Coast untuk percutian hujung minggu yang jauh daripada kesibukan kota. Inilah destinasi untuk ‘menikmati segalanya, yang jauh dari segalanya!’

Untuk memeriahkan lagi percutian hujung minggu Merdeka, Desaru Coast bakal menawarkan dua pakej percutian yang diperhebatkan –Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Coast – dengan penjimatan sehingga 60%. Tawaran masa terhad ini adalah sah sehingga 23 Disember 2020*. 


Nikmati sinaran suria dalam hidup anda

Promosi Sun-tastic Getaway ditawarkan dengan harga bermula dari RM689 untuk penginapan dua hari, satu malam bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak dengan aktiviti terancang di dalam dan juga di sekitar destinasi Desaru. Pakej ini termasuk penginapan di tiga hotel bertaraf premium – Hard Rock Hotel, The Westin dan Anantara, termasuk kredit sehingga RM100 yang boleh digunakan di dalam pusat peranginan ini.

Pukulan pertama tanpa had

Bagi penggemar golf, Promosi Golf Galore Desaru Coast menawarkan bilik berkatil kembar dengan harga bermula dari RM799 untuk seorang untuk penginapan dua hari, satu malam. Pakej ini termasuk penginapan hotel, permainan golf tanpa had di The Els Club Desaru Coast Ocean Course dan juga akses tanpa had ke padang golf 9 lubang Academy Course dan lapangan sasar.
*Tertakluk kepada terma dan syarat 

Dengan itu, kumpulkan ahli keluarga anda dan kunjungilah Desaru Coast pada hujung minggu Merdeka yang panjang ini untuk menikmati percutian patriotik yang lain daripada yang lain. Tempahan awal adalah disarankan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.desarucoast.com.







0 comments: