Cliff Umar Tegamam Diumumkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke 7 | Dunia Penuh Gosip

Cliff Umar Tegamam Diumumkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke 7

Bagaikan terkejut tidak percaya penyanyi Cliff Umar apabila nama beliau diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang melabuhkan tirainya malam tadi.



Berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000, pakej penginapan serta trofi, Cliff berjaya mengetepikan enam peserta lain yang berentap di pentas akhir menerusi tiga persembahan.

Cliff sebelum ini pada minggu separuh akhir merupakan peserta terakhir diumumkan layak ke final bagaikan akan tersingkir. 

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Muss dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, pakej penginapan dan trofi.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Ayu Damit serta Noraniza Idris, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan RM20,000, pakej penginapan serta trofi.

Pemenang tempat kelima dan keenam pula ialah Linda Nanuwil dan Oja pula yang berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai RM15,000 serta RM10,000, pakej penginapan serta trofi.

Pemenang tempat ketujuh, Ashira tidak pulang dengan tangan kosong dan turut menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej penginapan serta trofi.

Selain itu, Cliff turut menerima Anugerah Bintang Paling Power Meow secara automatik. Acara kemuncak GV7 yang diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, menampilkan empat  juri iaitu  Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.







0 comments: