Wanita Ungguli Vokal Mania Juara Rookie Milik Aisha Retno dan Juara Idol Milik Aina Abdul | Dunia Penuh Gosip

Wanita Ungguli Vokal Mania Juara Rookie Milik Aisha Retno dan Juara Idol Milik Aina Abdul

Program realiti Vokal Mania yang ditayangkan setiap hari sabtu di TV3 telah melabuhkan tirai dengan menobatkan kedua-dua juara adalah wanita. Juara Rookie milik peserta AishaRetno, manakala Aina Abdul pula Juara Idol selepas sembilan minggu bersaing secara langsung.



Kedua-dua juara masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 bagi 'Rookie' dan RM50,000 (Idol), kerusi 'gaming' berserta trofi.

Selain Aisha, tiga lagi Rookie yang bertanding di pentas akhir yang berlangsung malam tadi itu ialah Alif Kadim, Danial Chuer dan Eranzz Lambert. Keempat-empat mereka menentang empat Idol yang bertanding iaitu Tomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila selain Aina Abdul.

Kesemua peserta Rookie dan Idol memulakan pusingan pertama dengan persembahan solo yang menampilkan dua lagu medley.

Rookie kemudiannya tampil dalam pusingan 'battle' menentang barisan Idol sebelum berentap dalam pusingan 'battle' seterusnya menentang sesama Rookie.

Kesemua persembahan Rookie dan Idol dinilai oleh juri tetap, Misha Omar dan Yusry Abdul Halim serta Adibah Noor pula juri jemputan yang membawa 70 peratus daripada markah keseluruhan, sementara baki 30 peratus lagi melalui undian penonton.






0 comments: