Dunia Penuh Gosip - ASA 2022 Dunia Penuh Gosip: ASA 2022 - All Post
Memaparkan catatan dengan label ASA 2022. Papar semua catatan
Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) telah berlangsung 2 malam 29 & 30 Oktober 2022, pukul 9:00 malam secara lansung (live) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Malam Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) bertemakan Kemuncak Kecemerlangan ASA 2022 seiring dengan sambutan Jubli Emas.



Pengacara Anugerah Seri Angkasa 2022 menampilkan Awal Ashari bersama Jeed Zulkefli. Sebanyak 38 kategori dipertandingkan termasuk kategori TV dan radio. ASA 2022 turut memperkenalkan lima kategori Media Baharu iaitu :

  1. Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  2. Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  3. Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  4. Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  5. Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik

Anugerah Seri Angkasa (ASA) mula dianjurkan pada tahun 1972 . ASA merupakan acara pengiktirafan Kerajaan dalam memartabatkan penggiat seni dan para karyawan dalam industri kreatif tanah air.



Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022)

1. Anugerah promo radio terbaik — Promo Pentas (BestFM)
2. Pengulas Radio Terbaik — Rosdi Omar (Nasional FM)
3. Penyampai Berita Radio Terbaik — Tan Xin Rui (988)
4. Buletin Radio Terbaik — Utama Waktu Ini (Bernama Radio)
5. Liputan Berita Radio Terbaik — Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (BernamaRadio)
6. Drama Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik — Kampung Malar Deepavali (Astro Gempak)
7. Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik — Syawal Pertama (Asyik FM)
8. Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik — YouTube Buletin TV3
9. Majalah Radio Terbaik — Untukmu Malaysia (Nasional FM)
10. Dokumentari Radio Terbaik — Cabaran Pendidikan Norma Baharu (Nasional FM)
11. Bicarawara Radio Terbaik — Mukjizat Terangung (Salam FM)
12. Rancangan Interaktif Radio Terbaik — Dondang Sayang Warisan (Melaka FM)
13. Rancangan Agama Radio Terbaik — Tanyalah Ustaz Suffan (Sandakan FM)
14. Pelakon Pembantu Lelaki Radio Terbaik — SoFi Jikan (Nasional FM)
15. Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik — Kuna Muzani. Drama: Prihatin Tandanya Sayang (Selangor FM)
16. Set TV Terbaik — Mohamad Izwan Munshid - Halaqah 2020 (TV3)
17. Tatarias TV Terbaik — Azri Haji Seman - Yang tersembunyi (TV Okey)
18. Grafik TV Terbaik — Muhammad Aqil Aiman -Imbauan 2020 (TV9)
19. Kesan Khas TV Terbaik — Tuan Nazraififie Abdul
20. Rahman — Halaqah 2021 (TV3)
21. Pengulas TV Terbaik — Rasdi Jumaat - Laporan Harian Sukan Olimpik Tokyo 2020 (TV Okey)
22. Liputan Berita TV Terbaik — Faris Izzat Shahrudin & Andy Reza Rohadian (RTM)
23. Laporan Khas Berita TV Terbaik — Kajang Bypas : Lebih Raya Atau Pusara - Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik (Astro Awani)
24. Promo TV Terbaik — Lagu Cinta Kita 3 - Ahmad Shahril Osman (TV3)
25. Montaj TV Terbaik — Fatkhul Aarif Hilaluddin - Berita Perdana (RTM)
26. Suntingan Rancangan TV Terbaik — Izhar Masuri - Capa Rengat Gulai Rawo (TV1 RTM)
27. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik — Ustaz Kartun Dan Robojim (TV Al-Hijrah)
28. Animasi Tempatan TV Terbaik — The Five Elves: A New World (Astro Xiao Tai Yang)
29. Candawara (Gameshow) TV Terbaik — Panggung Memori (Astro Warna)
30. Rancangan Realiti TV Terbaik — Hijrahkan Laguku (TV Al Hijrah)
31. Bicarawara TV Terbaik — Lambaian Tidak Kesampaian (TV3)
32. Rancangan Agama TV Terbaik — Al Qariah (TV Al Hijrah)
33. Rancangan Sukan TV Terbaik — Aksi -Episod 1 (TV1)
34. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik — Phua Chandler-Howdy My Friends (Astro Xiao Tai Yang)
35. Pelakon Komedi TV Terbaik — Noorkhiriah -Madu (TV Okey)
36. Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik —Hilal Azman -Amanat (TV3)
37. Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik — Nabila Huda Jeti (TV3)
38. Drama Bersiri TV Terbaik — Dukun Diva (Astro Citra)
39. Anugerah Khas Juri — Halaqah (episod 7) : Bencana Muahasabahkah kita?