Dunia Penuh Gosip - Akim & The Majistret Dunia Penuh Gosip: Akim & The Majistret - All Post
Memaparkan catatan dengan label Akim & The Majistret. Papar semua catatan
Bila sebut jer nama Akim & The Majistret ramai akan terbayang kehebatan lagu Mewangi kemudian lagu Potret yang telah menjadi juara AJL 30 dan banyak lagi karya hebat kumpulan rock anak muda ini. Tapi baru-baru ini kumpulan ini tidak berjaya mempertahankan keduduk mereka untuk berada dalam AJL 32 apabila lagu terbaru Lagu Untuk Laila tidak terpilih keperingkat akhir.


Namun Akim dan kumpulannya percaya rezeki tidak sampai disitu sahaja dan kini tengah rancak mempromosikan konsert mereka yang bakal diadakan di Singapura pada tahun 2018 nanti. Dengar cerita kumpulan ini agak kecewa dan membawa diri ke sana untuk merawat hati yang luka melalui konsert besar-besaran mereka di sana.

Konsert yang dirancang akan diadakan pada 26 Januari 2018 bertempat di Esplanade Theater bakal membawa hampir ke semua lagu popular mereka. Tiket juga telah mula dijual melalui dalam talian yang berharga RM200 hingga RM500. 

Kenapa Akim & The Majistret tidak membuat konsert berskala besar seperti ini di Malaysia. Adakah tidak yakin atau kecewa dengan peminat di sini. Tapi apa pun sapa-sapa yang memang meminati kumpulan ini boleh dapatkan tiket sekarang dan bersama dengan mereka di negara jiran itu. Moga maju jaya buat kumpulan ini.