Memaparkan catatan dengan label Anugerah Juara Lagu. Papar semua catatan
Tahniah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 33 milik lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah. Hael mengulangai kejayaan yang beliau kecapi pada AJL32 tahun lepas. Acara ini telah berlangsung secara gemilang dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Tempat kedua pula adalah milik lagu Bunga nyanyian Ara Johari manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga. Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik. Dengan itu Misha membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.  

Namun persembahan yang menusuk kalbu ramai penonton pada malam AJL33 itu adalah milik Sufian Suhaimi. Persembahan dengan vokal yang hebat tiada lagi rasa gentar atau takut di atas pentas seperti mana persembahan pada kemunculan pertama di AJL31. Paling berkesan adalah penggunaan prop dengan membawa konsep 'Pelamin angan ku musnah' berjaya menambat hati penonton dan sekaligus merangkul Anugerah Persembahan Terbaik. Sufian membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi serta sebuah telefon pintar Samsung A9. 


Siap Dato Sri Siti Nurhaliza puji persembahan Sufian Suhaimi kat laman twitter rasmi beliau.


AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff. Tahniah kepada semua pememang korang memang hebat. Jumpa lagi tahun depan.







Malam tadi telah berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu 32 yang penuh berprestij anjuran TV3. Menyaksikan 12 buah lagu dan komposer bersaing dalam merebut gelaran juara. Program yang telah berlangsung secara langsung di dewan Axiata Arena Bukit Jalil. Membawa tema Fesyen dan Muzik mengetengahkan pereka fesyen hebat negara Rizman Ruzaini.


Semua peserta membuat persembahan penuh bertenaga dengan pembukaan majlis di meriahkan oleh persembahan dari Stacy. 12 buah lagu yang bertangding adalah Lebih Sempurna (Syamel), Sejati (Azmi), Aku Yang Sebenar (Hazama), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Akhirnya Cinta (Salma), Jampi (Hael), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Bayang (Khai Bahar), Amboi (Altimet), Aku Cinta (Syamel & Ernie) Warkah Untukku (Ara) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rosli).

Rezeki telah memihak kepada lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael iaitu Jampi yang telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 32. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000.00 dan baucer dari CJ WoW Shop bernilai RM10,000.00 beserta trofi.


Manakala tempat kedua milik lagu Sejati nyanyian Azmi Chaliph Busker manakala tempat ke tiga di menangi oleh lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rosli. Persembahan Syamel dan Ernie melalui lagu Aku Cinta berjaya membawa mereka kepada kemenangan Vokal Terbaik. Manakala persembahan terbaik di menangi oleh Altimet melalui lagi Amboi.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga barisan lagu yang bertanding anda semua hebat. Malam tersebut memang begitu meriah dan persembahan yang bertenaga daripada semua peserta. Juga tidak kurang hebat penyokong artis kesayangan mereka. Serta paling best adalah gandingan pengacara yang sangat melampau iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad membuat kita ketawa sepanjang rancangan memang best lah korang.





Tahniah kepada Dayang Nurfaizah kerana buat pertama kali begelar juara dalam majlis anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu 31 semalam. Dayang menerusi lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan lirik oleh Iman Imran menewaskan 11 lagi lagu yang turut bertanding.


Majlis anugerah yang ditayangkan secara langsung di TV3 dan juga Tonton live streaming juga di GSC Melaka mendapat perhatian ramai. Ini kerana kebanyakan peserta gandingan muka baru dan juga lama yang telah otai dalam AJL. Namun persaingan hebat diberikan oleh semua peserta pada malam tersebut.


Dayang juga turut menang melalui kategori Vokal Terbaik untuk kali ketiga berturut-turut yang membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. Manakala kumpulan Khalifah menang kategori Persembahan Terbaik melalui undian penonton. Senarai penuh pemenang pada malam akhir Anugerah Juara Lagu ke 31. 

Juara (RM50 ribu) - Dayang Nurfaizah (Lelaki Terakhir)
Naib Juara (RM35 ribu) - Hafiz/Misha Omar (Terimaku Seadanya)
Tempat ke3 (RM20 ribu) - Projector Band (Sudah Ku Tahu)
Vokal Terbaik (RM12 ribu) - Dayang Nurfaizah (Lelaki Terakhir)
Persembahan Terbaik (RM12 ribu) - Khalifah (Hang Pi Mana)


Tahniah kepada semua pemenang dan juga tidak kurang hebatnya persembahan semua peserta lain yang memberikan saingan. Namun apakan daya bukan rezeki menyebelahi peserta lain. Paling best persembahan Akim & Majistret, Hazama dan juga Hafiz bersama Misha memang memukau.





Satu lagi majlis anugerah yang penuh prestij telah berlangsung malam tadi dengan menobatkan juara baru. 3 Dekad Mencipta Fenomena itulah tagline untuk Anugerah Juara Lagu yang telah mencecah usia 30 tahun. Berlansung di Stadium Melawati Shah Alam secara langsung di TV3, secara online di Tonton dan juga keudara di HotFM


12 lagu daripada 12 penyanyi dan pencipta lagu mempertaruhkan kehebatan masing2 pada malam anugerah ini. Diantara lagu yang bertanding pada malam itu adalah Bunkface - Malam Ini Kita Punya, Noh Salleh‬ - Angin Kencang, Faizal Tahir‬ - Assalamualaikum, Kaka‬ & Aliff - Bukan Hal Aku, ‎Hazama‬ - Sampai Mati, Caliph Buskers‬ - Hanya NamaMu, ElizabethTan‬ - Knock Knock, ‎Drama Band‬ - Biarkanlah, Stacy‬ - Not For Sale, ‎Black‬ - Mana Mungkin, Akim & The Majistret‬ - Potret, Dayang Nurfaizah‬ - Tak Pernah Menyerah.

Tahniah buat juara yang telah diumumkan pada penghujung rancangan iaitu milik lagu Potret komposer Hang Nadim dan penulis lirik Kamar Empayar. Manakala tempat kedua milik lagu Assalammualaikum ciptaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K dan Ezra Kong. Di tempat ketiga pula adalah milik lagu Hanya NamaMu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim


Manakala bagi ketegori lain yang dipertandingkan pada malam itu juga iaitu Persembahan Terbaik yang dimenangi oleh Akim & The Majistret manakala Vokal Terbaik masih kekal milik Dayang Nurfaizah 2 tahun berturut-turut. Juga turut di umumkan malam itu adalah pemenang anugerah khas iaitu Anugerah Lagu Diva yang dipilih oleh peminat terhadap lagu2 yang pernah menjadi juara AJL sebelum ini.

Anugerah khas ini diumumkan sendiri oleh pengasas Vida Beuty Sdn Bhd iaitu Dato Seri Vida dimenangi oleh lagu Cindai nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Lagu ini telah dinobatkan juara AJL pada tahun 1998. Malam tu Dato Siti Nurhaliza juga dijemput membuat persembahan pembukaan bersama dengan juara AJL sebelum ini iaitu Yassin dan Jamal Abdillah melalui lagu medle lagu Cindai, Gazhal Untuk Rabiah dan juga Mimpi Laila.


Tapi bagaikan ada tidak kena pada malam anugerah kali ini, dari segi pentas, dari segi pengacaraan dan juga susun atur program. Seperti kelam kabut dan juga banyak yang tidak kena dengan susun atur acara menjadikan ia terlalu padat dan serabut bagi penonton di TV. Juga pengacara yang bagaikan lawak tidak kena serta nak cepat untuk umumkan nyanyian peserta macam tak sempat2.

Namun satu yang perasan dari dulu sampai sekarang untuk Anugerah Juara Lagu ini walaupun telah cecah 30 tahun penganjuran namun hadiah wang tunia yang ditawarkan tidak segah majlis anugerahnya. Ini kerana juara hanya menang wang tunai RM50,000, sedangkan program lain yang juaranya boleh menang sehingga RM200,000 seperti Mentor. Kenapa taraf juara lagu serendah itu dah lah hadiah sikit menang kena kongsi antara penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik. Banyangkann......










Menantikan detik yg begitu bersejarah dan bermakna dalam industri muzik tempatan AJL 29 kini mencatat sejarah tersendiri. Telah berlangsung secara langsung yang di pancarkan oleh Pamoga Qu Puteh di Stadium Putra Bukit Jalil dan TV3. AJL 29 berjalan dengan lancar dan telah sekali lagi menobatkan juara buat kali ke 29. 


Tahniah buat lagu Hip Hop menjadi sejarah pertama kali di nobatkan sebagai Juara Lagu sepanjang penganjuran 29 tahun AJL. Lagu ciptaan Sona One dan lirik Joe Flizzow Apa Khabar di nobatkan sebagai juara keseluruhan AJL 29. Lagu yg mencaritakan kisah benar hubungan antara Joe Flizzow dan juga rakan karibnya Maliq. Penuh dengan bersahaja dan ringkas persembahan pada malam itu menjadi lagu tersebut sebagai juara.

Naib Juara Anugerah Juara Lagu 29 pula di menangi oleh pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi yang sama sapa lagi kalau bukan Shila Amzah. Melalui lagu Masih Aku Cinta membuat persembahan penuh dengan cermin pada malam tersebut. Vokal dan persembahan Shila juga tidak kurang hebat pada malam tersebut. 


Namun bertuah bagi Dayang Nurfaizah apabila beliau memenangi dua anugerah pada malam tersebut iaitu Vokal Terbaik dan juga Pemenang Tempat Ketiga. Persembahan melalui lagu Di Pintu Syurga membawa artis yg mempunyai vokal nyaring dan gemersik ini merangkul Vokal Terbaik. Tapi kelihatan agak keko bila Dayang menaiki tangga dengan baju putih yg agak keras semasa mengambil anugerah.

Apa pun persembahan kumpulan Mojo berganding dengan kumpulan Caliph Buskers berjaya menambat hati penonton dengan memenangi persembahan terbaik melalui undian penonton. Penuh tenaga dan juga penuh dengan gaya bersahaja persembahan Roman Cinta memukau dan mendapat tepukan gemuruh daripad penonton. Tahniah kepada Edry yg berjaya mencungkil bakat mereka yg kurang upaya ini. 

Tahniah kepada semua pemenang dan juga tahniah kepada penganjur AJL 29. Tahun ini akan ada pula AJL 30 untuk menobatkan lagu juara seterusnya. Nak baca perkara yang pelik terjadi sepanjang belangsung AJL 29 boleh baca di sini.





Bakal berlansung hujung minggu ini anugerah yg di nantikan setiap tahun oleh peminat dan juga penggiat hiburan muzik tanah air. Aungerah Juara Lagu yg kini cecah usia 27 tahun ini bakal melakar sejarah tersendiri pada tahun ini. Dengan menampilkan 12 finalist tahun ini gabungan artis lama dan juga baru serta komposer baru dan lama juga memeriahkan muzik tempatan lagi. Cabaran tahun ini adalah memastikan mereka memberi kelaian dan juga perubahan dalam AJL yg telah mula matang dalam industri..


Senarai semua peserta dan juga komposer yg terlibat untuk lagu tahun ini.


1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
PENULIS LIRIK: Dark
KOMPOSER: Audi Mok

2. Pelangi senja ( Stacy )
PENULIS LIRIK: Taja (Meet Uncle Hussien)
KOMPOSER: Taja (Meet Uncle Hussien) 

3. Terukir di bintang ( Yuna )
PENULIS LIRIK: Yuna Zarai
KOMPOSER: Yuna Zarai

4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
PENULIS LIRIK: Jimmy Palikat
KOMPOSER: Jimmy Palikat

5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
PENULIS LIRIK: Sharad sharan
KOMPOSER: Nurzaidi Abd Rahman 

6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
PENULIS LIRIK: Amir Jauhari
KOMPOSER: Amir Jauhari

7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
PENULIS LIRIK: Ahmad Farid Abdul Jalal
KOMPOSER: Ajai 

8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
PENULIS LIRIK: Malique
KOMPOSER: Malique 

9. Ku Akui ( Hafiz )
PENULIS LIRIK: Ajai
KOMPOSER: Ajai

10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
PENULIS LIRIK: Zel Firdhaus Haduan
KOMPOSER: Audi Mok 

11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
PENULIS LIRIK: Edry Abd Halim
KOMPOSER: Edry Abd Halim 

12. Patah Seribu ( Shila Amzah )
PENULIS LIRIK: Shila Amzah
KOMPOSER: Shila Amzah


Siapa bakal juara untuk Anugerah Juara Lagu 27 yg akan berlansung pada 6 Januari 2013 di Stadiuk Putra Bukit Jalil jam 9 mlm. Secara langsung di TV3 dan juga boleh lihat streaming kat http://www.anugerahjuaralagu.com atau dgr sahaja di radia rasmi AJL 27 mana lagi kalau bukan HotFM...