Dunia Penuh Gosip - Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee Dunia Penuh Gosip: Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee - All Post
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee. Papar semua catatan
Tahniah buat pengarah dan juga barisan pelakon telefilem Redhaku Untukmu apabila merangkul separuh daripada anugerah yang dipertandingkan pada malam penuh gilang gemilang Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee baru-baru ini. Majlis yang berlangsung secara langsung di Angkasapuri dan di TV1 menyaksikan persaingan hebat 15 telefilem yang ditayangkan di RTM.


Rezeki menyebelahi pengarah Dira Abu Zahar apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik pada malam tersebut. Juga 3 anugerah yang dimenangi oleh telefilem ini adalah Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Telefilem Terbaik. Juga turut sama bersaing hebat merangkul 3 anugerah pada malam tu adalah telefilem Sri Bulan.

Kemenangan itu membolehkan telefilem itu membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi. Senarai penuh pemenang pada malam anugerah tersebut.

Pelakon Lelaki Terbaik - Che Kem (Sri Bulan)
Pelakon Wanita Terbaik - Sharifah Sakinah (Redhaku Untukmu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Iedil Putra (Redhaku Untukmu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Aida Khalida (Sri Bulan)
Skrip TerbaikDatin Paduka - Shuhaimi Baba (Sri Bulan)
Sinematografi Terbaik - Junaimeramfizal Rahmat (Saling)
Pengarah Terbaik - Dira Abu Zahar
Telefilem Terbaik - Redhaku Untukmu
Anugerah Khas - Kembara Nak Dara

Senarai telefilem yang bertanding pada malam akhir Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee.






Tahun ini kembali lagi satu anugerah tribute kepada lagenda agung dunia lakonan tanah air Tan Sri P.Ramlee. Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee akan berlangsung pada 4 Mac ini secara langsung 9.00 malam hanya di TV1. Memberi tema CINTA pasti akan menghangatkan malam anugerah dengan adegan kisah cinta agung dalam filem-filem Allahyarham sebelum ini.


Tribute P.Ramlee 2016 membariskan 15 pengarah dan 11 penulis skrip bersaing menghasilkan telefilem terbaik yang dibintangi oleh pelakon-pelakon yang berbakat dan terkenal. Kesemuanya telefilem yang dipertandingkan telah ditayangkan dibawah slot "Tribute P.Ramlee" bermuala 15 Oktober 2016 sehingga 4 Februari 2017 lalu di saluran TV1.

Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee diacarakan oleh pasangan Awal Ashaari & Scha Al Yahya. Tonton secara langsung 'live streaming' di MyKlik dan aplikasi RTM Mobile, juga Facebook TV1. Layari tribute.rtm.gov.my untuk maklumat lanjut.

Senarai 15 drama yang bertanding :
1) REDHAKU UNTUKMU
2) HEY MISSY
3) MALAM KU BERMIMPI
4) KEMBARA NAK DARA
5) SABOTAJ
6) KALAU JODOH TAK KE MANA
7) SRI BULAN
8) APEK DAN SITI
9) PELUANG KEDUA
10) AKU DAN DIA
11) PUTIH KEMBOJA
12) SEGALANYA DIA
13) TANYA SAMA POKOK
14) BIAR BIOLA BERBICARA
15) SALING


Senari 9 katgori Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee :
1) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
2) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
3) Senimatografi Terbaik
4) Skrip Terbaik
5) Pelakon Lelaki Terbaik
6) Pelakon Wanita Terbaik
7) Pengarah Terbaik
8) Telefilem Terbaik
9) Anugerah Khas Juri