Dunia Penuh Gosip - Audition Dunia Penuh Gosip: Audition - All Post
Memaparkan catatan dengan label Audition. Papar semua catatan
Jika anda seorang yang penuh dengan semangat, bertenaga dan seorang penghibur luar biasa, Resorts World Genting perlukan anda! Penyanyi berkebolehan, penari dan penghibur maskot amat dialu-alukan bagi menghadiri sesi uji bakat pada 17 November ini untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang terawal menyertai taman tema yang akan dibuka tidak lama lagi.


Sesi uji bakat sehari ini akan berlangsung pada hari Ahad di Studio Sole to Soul Dance, Petaling Jaya. Penghibur yang berminat terlebih dahulu digalakkan mencipta profil dan mendaftar untuk sesi uji bakat di www.gentingauditions.com sebelum tarikh sesi uji bakat berlangsung.

Sesi uji bakat untuk Penari Teknikal, Penari Komersial dan penghibur berkarakter akan bermula pada pukul 1.00 petang, dan diikuti penyanyi, pelakon dan penari. Penyanyi Yang Boleh Berlakon & Belajar Koreografi diadakan pada pukul 4.00 petang.

Para penari yang datang untuk uji bakat kategori pertama perlu berkebolehan dalam gaya tarian teater muzikal dengan berupaya untuk segerak bibir, dan perlu memiliki tahap stamina tinggi dan berwajah ekspresif. Calon juga perlu serba boleh, mampu menari hip-hop dan jazz serta berupaya untuk belajar tarian Latin dan Samba. Perwatakan mesra keluarga dicari untuk Penari Komersial.

Sementara itu, penari yang mampu mendekati para penonton secara dekat dan berminat untuk menjadi Penghibur Karakter perlu memiliki tahap motivasi tinggi untuk menghidupkan watak berkostum (maskot)  serta mampu bercerita menerusi pergerakan dan koreografi.

Penghibur yang datang untuk uji bakat sebagai watak utama bagi menjadi penyanyi/pelakon/penari perlu memiliki semangat klasik Hollywood manakala kategori terakhir yang disebut mencari seorang penyanyi yang dinamik dengan bunyi suara pop/rock dan boleh berdialek Americana.

Semua penghibur diingatkan untuk berada di tempat uji bakat sejam lebih awal bagi sesi pendaftaran. Calon-calon yang berjaya bakal mendapat pakej dengan pelbagai faedah menarik selain berpeluang mencipta sejarah bersama taman tema keluarga Resorts World Genting.

Pencarian bakat Resorts World Genting November ini turut akan diadakan di Melbourne pada 21 November, Brisbane pada 22 November dan di Manila pada 24 November. Semua pemohon dari Manila, sila layari www.tinyurl.com/rwgentingauditionsph untuk pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rwgenting.com atau untuk sebarang pertanyaan boleh diajukan di auditions@rwgenting.com atau hubungi +603-6101 1118.