Dunia Penuh Gosip - Bintang Bersama Bintang Dunia Penuh Gosip: Bintang Bersama Bintang - All Post
Memaparkan catatan dengan label Bintang Bersama Bintang. Papar semua catatan
Pelawak Shuk Sahar, dinobatkan juara Super Bintang Bersama Bintang (BBB) 2019 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam semalam. Shuk dilihat bijak mengguna peluang apabila kehangatan drama Nur 2 yang popular di TV3 baru-baru ini digunakan sebagai jalan cerita komedinya.


Membawakan watak Ustaz Adam dalam persembahan komedinya, Shuk berganding dengan Jihan Muse sebagai Nur serta Azhan Rani yang dikecam dengan watak Ustaz Syed Hamadi. Kemenangan Shuk itu sekali gus menyaksikan empat pelawak lain tewas iaitu Achey, Sharif, Mamak Puteh, dan Chiwan.

Program BBB 2019 disiarkan selama lapan minggu di TV3 dengan kesemua peserta bertanding kali ini pernah menang RM10,000 setiap minggu. Achey yang turut diramal juara sebelum ini, pernah menang sebagai juara mingguan sebanyak tiga kali ini dan membawa pulang RM30,000.

Sehubungan itu, persembahan peserta program BBB 2019 setiap minggu dinilai juri tetap iaitu pelakon Saiful Apek dan penyanyi, Mark Adam. Tidak ketinggalan, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom bertindak sebagai pengacara.

Antara selebriti yang menjadi tetamu undangan untuk persembahan pada malam kemuncak Super BBB 2019 ialah Datuk Afdlin Shauki, Fikry Ibrahim, Heliza Helmi dan Black Hanifah.








Siapa sangka bakat penyanyi Mark Adam teserlah dalam dunia lawak apabila dinobatkan sebagai juara Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018. Malam kemuncak SBBB 2018 yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, di sini, diadili juri tetap, Saiful Apek dan juri jemputan, Fasha Sandha. 


Sebaik dinobatkan juara, Mark mengumumkan hasrat memberi RM15,000 setiap seorang kepada Achey, Ajak, Shuk dan Issey yang bersaing dengannya dalam program itu. Niat membahagikan RM60,000 daripada RM100,000 hadiah wang tunai yang dimenanginya pada pentas akhir program realiti itu diluahkan terus setelah diumumkan sebagai pemenang.

Pusingan awal yang dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang 2018 adalah medan lawak era baharu yang menonjolkan cabaran enam peserta iaitu Ajak, Issey, Mark Adam, Achey, Shuk dan Abam. Bagaimanapun, Abam menjadi peserta tunggal yang tersingkir pada episod penyingkiran minggu keenam program realiti itu.

Setiap minggu, peserta paling menyerlah dengan sketsa sarat mesej berpeluang membawa pulang RM10,000. 





Malam ni sampai kemuncak program realiti Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang di taja penuh oleh produk Pamoga dan Qu Puteh. Malam yang penuh meriah dan juga lawak jenaka yang sungguh lain daripada lain membuatkan malam akhir ini menjadi saingan hebat. 4 kumpulan yang berjaya menempatkan diri peringkat akhir iaitu Titan, Cilok, Bocik dan satu peserta solo Achey. Kesemua peserta di berikan dua tugasan untuk di selesaikan pada malam akhir ini.


Namun sebelum ini Achey telah memenangi sebanyak 3 kali hadiah wang tunai RM10,000.00, kumpulan Titan 2 kali dan kumpulan Bocik juga 2 kali, tapi kumpulan Chilok baru menang sekali sahaja. Wang tunai itu adalah juara mingguan yang telah di pilih oleh 80% markah dari juri profesional dan juga 20% undian penonton di rumah. Itu semua tidak mampu mejaminkan bahawa mereka bakal menjadi juara keseluruhan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.

Namun semua kuasa Yang Maha Esa kerana siapa sangka kumpulan yang selama ini hanya Under Dog sebelum ini telah muncul sebagai juara akhir Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada malam tadi. Kumpulan Chilok akhirnya telah di umumkan sebagai juara yang membawa pulang wang tunai RM50,000.00 sekali gus menafikan 3 lagi peserta lain. Keputusan yang memang mengejutkan bukan sahaja penonton malah juga kelihatan di wajah juri profesional yang mengadili mereka iaitu Dato Vide, Ajai dan juga Kak Ogy.

Kumpulan Chilok Juara Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Achey pula telah di pilih sebagai pemenang untuk tugasan khas melalui rakaman Youtube yang membawa pulang wang tunai RM3,000.00 dan juga kumpulan Titan tempat kedua membawa pulang wang tunai RM2,000.00. Ternyata bukan populariti yang membawa kepada kemenangan peserta akhir tetapi juga lawak yang berkualiti dan juga undian penonton di rumah banyak membantu mereka sebagai juara.

Tahniah buat kumpulan Chilok yang telah mencilok di saat akhir dengan menewaskan peserta lain yang juga menjadi pilihan ramai orang termasuk juri profesional. Selepas ini adakah akan ada lagi program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang mengabungkan peserta daripada program Bintang Mencari Bintang. Harap ada lagi program yang telah melahirkan ramai juga pelapis pelawak negara tapi harap tak recycle peserta2 dari program lain. Nanti kita akan ketandusan pelawak yang bekualiti di luar sana asyik2 muka yang sama jer bosan.