Dunia Penuh Gosip - Bulan Puasa Dunia Penuh Gosip: Bulan Puasa - All Post
Memaparkan catatan dengan label Bulan Puasa. Papar semua catatan
Berpuasa bukan hanya sekedar menahan diri dari makan, minum, dan semua hal yang dapat membatalkannya. Namun, puasa juga bertujuan untuk mendidik nurani serta melatih empati diri kita untuk peka kepada nasib golongan yang kurang berkemampuan.


Mahu berkongsi ilmu dan maklumat, TV AlHijrah menyeru seluruh umat Islam terutamanya penonton setia stesen ini untuk melaksanakan ibadah puasa mengikut acuan Islam.


Menurut Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub, “ TV AlHijrah meraikan kedatangan Ramadan 1440H kali ini dengan mengangkat tema Ramadan Menyuci sebagai kempen istimewa sepanjang sebulan berpuasa”.


“Tema ini membawa maksud yang jelas iaitu mengajak penonton membudayakan ibadat berpuasa mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW seperti besederhana dalam setiap  perbuatan, mengelakkan pembaziran dan lain-lain.” katanya.


“Kita mahu semua yang menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk mempertingkatkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan.” tambah beliau lagi.

Perencanaan kempen Ramadan Menyuci ini didokong oleh sebelas program baru yang bukan sahaja boleh ditonton di kaca televisyen, namun juga boleh dilayari di platform digital iaitu menerusi laman sesawang https://alhijrahmedia.com/ dan juga laman sosial Facebook.



Sebanyak 450 jam diperuntukkan khusus untuk kandungan istimewa Ramadan yang meliputi program dokumentari, rancangan kanak - kanak, bual bicara, masakan, majalah dan kerohanian. 



Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan Ihya’ Ramadan, Moment Ramadan, Interaksi Bersama Al Quran, Tali Allah, Jom Taranum, Motokar Muallaf, Sentuhan Hati Dari Haramain, Kasihku, Mutiara Kasih, Senang Je Masak Ni dan Ekspress Iftar.






Disamping program-program ramadan ini, TV AlHijrah juga sedang menyusun dan merangka strategi bagi kempen musim haji yang akan datang. Kerjasama dari pihak-pihak korporat yang berminat untuk menaja pada kempen musim haji hadapan amatlah dialu-alukan.



Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu anda pada bulan ramadan ini. Banyak perkongsian bermanfaat untuk semua lapisan umur telah disediakan.