Dunia Penuh Gosip - Ernie Zakri Dunia Penuh Gosip: Ernie Zakri - All Post
Memaparkan catatan dengan label Ernie Zakri. Papar semua catatan
Bila sebut nama Ernie Zakri pasti ramai yang kurang pasti sapakah penyanyi ini. Apakah lagu yang pernah d nyanyikan oleh beliau. Tapi kalau sapa yang peminat Bintang RTM beliau merupakn juara program tersebut pada tahun 2009. Masa itu Ernie masih lagi menuntut di UiTM dalam bidang Muzik dan Persembahan. 


Sebenarnya Ernie juga pernah ada sebuah album bertajuk Sinaran yang dikatakan kurang mendapat sambutan. Malah kemunculan beliau dalam dunia seni juga tidak begitu indah seperti mana artis lain dan kurang mendapat perhatian media. Namun artis muda ini tidak pernah putus asa dan juga telah menghasilkan single terbaru beliau yang bertajuk "Ini Yang Ku Mahu". Lagu ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Amzar Viral ini telah lama berada dalam youtube sejak 2015 lagi tapi tidak dicorong radio.


Namun kini beliau lebih kecewa apabila lagu yang di hasilkan itu dikatakan telah meniru sebuah lagu luar negara yang juga popular. Bila didengar sekali lalu memang agak ada persama dengan lagu nyanyian Meghan Trainor iaitu "Like I'm Gonna Lose You" featuring John Legend. Bila betul2 di dengar dalam bahagian korus lagu ini memang tak jauh beza dengan nyanyi artis antarabangsa itu.

Kalau korang nak dengar kesamaan itu boleh dengar di youtube dua2 lagu ini dan cari dimana yang dikatakan sama. Namun Ernie tidak pernah kenal erti kecewa dalam dunia seni dan terus berusaha untuk menaikan nama beliau setanding dengan artis yang sama dengannya mencipta nama. Moga usaha anak muda ini terus dipandang dan lagunya dimainkan di corong2 radio tempatan. Sedap juga bila didengar banyak kali lagu ini apa salahnya.