Dunia Penuh Gosip - Famili Duo Dunia Penuh Gosip: Famili Duo - All Post
Memaparkan catatan dengan label Famili Duo. Papar semua catatan
Lepas ni mungkin boleh tukar tajuk program Lawak Famili Duo kot. Bukan lagi program pencarian juara nyanyi duo seperti mana pada konsep musim pertama dan kedua. Ini mungkin akan lebih ramai lagi pelawak yang akan menyertai program ini dimasa akan datang tanpa ada bakat menyanyi yang bagus. Asal boleh hiburkan penonton dan juri dengan lawak mereka dah boleh juara. Nyanyi hanya sekadar persembahan sambilan sahaja sepertimana program lawak lain yang ada minggu muzikal.



Itu pandangan netizen selepas pelawak Syaiful dan Sharif Zero dinobatkan sebagai juara program Famili Duo musim ketiga. Malah mereka yang tidak pernah ada single dan juga lagu sendiri boleh mengalahkan bekas Juara Lagu sebelum ini. 

Cukup sekadar menyanyikan lagu orang lain dan juga buat persembahan lawak dipentas boleh dinobatkan juara. Adakah kreadibiliti juri boleh dipertikaikan. Ye lah sebab juri pun di ambil dari ahli keluarga sendiri sahaja. 



Apa pun keputusan telah dibuat terima sahajalah. Tahniah diucapkan kepada pasangan duo adik-beradik, yang dianggotai Syaiful dan Sharif Zero sebagai juara program Famili Duo musim ketiga (FD3) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Pentas akhir FD3 turut menyaksikan persembahan dua finalis lain iaitu pasangan sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta pasangan adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi.

Program FD3 disiarkan secara langsung di TV3 diacarakan pasangan pengacara, Izzue Islam dan Janna Nick serta menampilkan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri.





Malam ini juga adalah pentas akhir Famili Duo Musim Ke-2. Ia berlansung secara langsung di TV3. 4 pasangan famili duo yang berjaya ke peringkat akhir ialah Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Naim Daniel & Sissy Imann, Bella Astillah & Wani Kayrie serta Ayda Jebat & Fyna Jebat.



Namun tuah milik pasangan pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo Musim ke 2. Pasangan adik beradik anak kepada lagenda Dato' Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM100,000. 

Pada malam akhir semua pasangan peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu tema pusingan pertama lagu Juara Lagu dan manakala persembahan pusingan kedua bertemakan Bebas. Pasangan pemenang membawakan dua lagu iaitu Pelukan Angkasa (SOG ft shila Amzah) dan Hutang (Floor88) & Bunga (Altimet) untuk persembahan pusingan kedua.

Famili Duo musim ke 2 diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Manakala juri tetap masih kekal Ajai dan juga mummy Mas Idayu. Format malam akhir peserta akan diadili sebanyak 80% markah oleh juri tetap dan 20% markah lagi dari undian peminat. Tahniah kepada pasangan adik beradik yang makin meningkat nama ini dan diharap terus meraih populariti selepas ini dah berjaya menghasilkan lagu seperti mana kehebatan ayah mereka juga.