Dunia Penuh Gosip - Hael Dunia Penuh Gosip: Hael - All Post
Memaparkan catatan dengan label Hael. Papar semua catatan
Malam tadi telah berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu 32 yang penuh berprestij anjuran TV3. Menyaksikan 12 buah lagu dan komposer bersaing dalam merebut gelaran juara. Program yang telah berlangsung secara langsung di dewan Axiata Arena Bukit Jalil. Membawa tema Fesyen dan Muzik mengetengahkan pereka fesyen hebat negara Rizman Ruzaini.


Semua peserta membuat persembahan penuh bertenaga dengan pembukaan majlis di meriahkan oleh persembahan dari Stacy. 12 buah lagu yang bertangding adalah Lebih Sempurna (Syamel), Sejati (Azmi), Aku Yang Sebenar (Hazama), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Akhirnya Cinta (Salma), Jampi (Hael), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Bayang (Khai Bahar), Amboi (Altimet), Aku Cinta (Syamel & Ernie) Warkah Untukku (Ara) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rosli).

Rezeki telah memihak kepada lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael iaitu Jampi yang telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 32. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000.00 dan baucer dari CJ WoW Shop bernilai RM10,000.00 beserta trofi.


Manakala tempat kedua milik lagu Sejati nyanyian Azmi Chaliph Busker manakala tempat ke tiga di menangi oleh lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rosli. Persembahan Syamel dan Ernie melalui lagu Aku Cinta berjaya membawa mereka kepada kemenangan Vokal Terbaik. Manakala persembahan terbaik di menangi oleh Altimet melalui lagi Amboi.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga barisan lagu yang bertanding anda semua hebat. Malam tersebut memang begitu meriah dan persembahan yang bertenaga daripada semua peserta. Juga tidak kurang hebat penyokong artis kesayangan mereka. Serta paling best adalah gandingan pengacara yang sangat melampau iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad membuat kita ketawa sepanjang rancangan memang best lah korang.