Dunia Penuh Gosip - MBSA Dunia Penuh Gosip: MBSA - All Post
Memaparkan catatan dengan label MBSA. Papar semua catatan
Mungkin rezeki anak selepas sahaja berumah tangga pasangan Ernie Zakri dan Syamel telah melimpah ruah. Pada malam AIM23 berjaya membawa pulang tiga kategori yang dimenangi iaitu Lagu Pop Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan juga kategori utama Lagu Terbaik menerusi lagu duet 'Goodbye Hello'.



Setelah 5 tahun tiada penganjuran kerana di behentikan makan kini kembali lagi untuk mengiktiraf seni muzik tempatan. Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) telah berlangsung dengan jayanya semalam di Dewan MBSA. Sebanyak 21 kategori dipertandingkan pada malam anugerah kali ini dimana penyertaan 105 buah lagu yang telah diterbitkan bermula Jan 2021 hingga Jun 2022 sahaja layak untuk bertanding padal AIM23 kali ini.



AIM 23 telah dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin. Persembahan pentas yang hebat daripada beberapa barisan artis tempatan seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ella, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Aina Abdul, Amir Masdi, dan ramai lagi. Juga terdapat penampilan istimewa daripada Keisya Levronka dari Indonesia.

Tahniah kepada semua senarai pemenang pada malam AIM23. Senarai penuh pemenang di AIM23 semalam:-

Album Terbaik : Yonnyboii (Yonny, Deluxe Version) - Wolfy
Lagu Terbaik : Goodbye Hello - Syamel & Ernie Zakri
Artis Baru Terbaik : Vanessa Reynauld - Buat Ku Sempurna
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) : Arddley Nicholas - Pilu
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) : Ernie Zakri - Sinar Mata Hati 
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) : V.E - Tunggu
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu : Shila Amzah & Liza Hanim - Bahagiankan Dia
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama : Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim
Kulit Single/Album Terbaik : Ziha Salleh (Adat Kasih) - Patrick Leong Kok Soong
Rakaman Lagu Terbaik : Dayang Nurfaizah (Tudung Periuk) - Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito
Rakaman Album Terbaik : Dayang Nurfaizah (Belagu) - Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu : Dayang Nurfaizah (Tudung Periuk) - Aubrey Suwito
Video Muzik Terbaik : Janna Nick (Gatal) - Chuan Looi
Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara : Tak Ingin Usai - Keisya Levronka
Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik : Fun, Lust, Love - Late Night Frequency 
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Game of Charades - Sophia Zuhri 
Lagu Cina Tempatan Terbaik : Wu Ren Qian Shou De Xin Fu - Uriah
Lagu Rock Terbaik : Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila (SOG)
Lagu Pop Terbaik : Goodbye Hello - Syamel dan Ernie Zakri 
Lagu R&B/Hip Hop Terbaik : CIAO - Joe Flizzow ft MK, Jay Park
Lagu Pop Etnik Terbaik : Adat Kasih - Ziha Salleh
Lagu Nasyid Terbaik : Thank You Allah - Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris
Anugerah Sri Wirama : Mr Tan Su Loke