Dunia Penuh Gosip - Mentor Milenia Dunia Penuh Gosip: Mentor Milenia - All Post
Memaparkan catatan dengan label Mentor Milenia. Papar semua catatan
PROTEGE Apex Tadjudin melakar kejayaan manis apabila muncul juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi. Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, yang juga protege kepada mentor Hazama menerima hadiah wang tunai RM100,000 tunai berserta trofi dan dua buah motosikal jenis Benelli RFS 150i.


Apex juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir serta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000 serta dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Apex yang berasal dari Terengganu menyampaikan lagu Merisik Khabar serta berduet dengan Hazama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu dan Langit dan Bumi. Tempat kedua menjadi milik Daus Husny yang menyampaikan lagu Apokalips dan berduet dengan Ernie Zakri menerusi lagu Kerana.

Peserta bernama sebenar Muhammad Firdaus Abdul Rafi, 20, dari Johor ini memenangi hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi. Aedy Kama yang menyampaikan lagu Sinar dan Lagu Untukmu dan berduet dengan Black menerusi lagu Seniman Menangis & Antara Hujan dan Air Mata pula menduduki tempat ketiga.

Aedy atau nama sebenarnya Muhammad Aidil Kamarulzaman, 22, membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi. Tempat keempat jatuh kepada Rika Riana atau nama sebenarnya Erika Rianty Anthony, 19, dan berjaya membawa pulang RM10,000 berserta trofi.


Pemarkahan protege pada musim ini ditentukan dengan 60 peratus persembahan daripada pihak juri dan 40 peratus undian awam. Undian dibuat menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/mentormilenia.

Mentor Milenia 2019 dibawa khas oleh penaja utama KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari dan penaja bersama, OPPO A9 2020. Pentas final membariskan juri profesional terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Altimet dan Faizal Tahir serta dihoskan Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty HotFM.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir dengan lagu Ragaman. Selain itu, Top 10 protege musim ini turut menyanyi medley lagu Rampas (nyanyian asal Akim & The Majistret) dan Sumpah (nyanyian asal Naim Daniel) dalam irama pop yeh yeh.






Berakhir sudah program Mentor Milenia akhir malam tadi apabila peserta paling muda dari Sabah protege Akim iaitu Elica dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Elica menewaskan 3 lagi peserta akhir iaitu Usop, Along dan Sheera. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan juga percutian ke London


Tempat kedua pula milik protege Hazama iaitu Usop yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi. Ramai peminat dan penonton berharapkan Usop boleh menjadi juara namun persembahan yang tidak bergitu mantap dan pemilihan lagu yang kurang tepat menjadi punca kekalahan beliau. 

Manakala ditempat ketiga milik protege Tomok iaitu Along yang membawa pulang wang tunai RM20,000 dan juga trofi. Di tempat keempat pula milik protege Black iaitu Sheera membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. 

Peserta akhir diadili juri tetap dan jemputan yang mewakili 50%, manakala selebihnya juri awam sebanyak 20% dan 30% undian online penonton. Peserta akhir Mentor Milenia 2017 membuat dua persembahan solo dan duet dengan penyanyi jemputan antaranya Siti Nordiana, Misha Omar, Hael dan Salma.





Program realiti tv yang penuh dengan kontroversi ini akhirnya sampai ke kemuncaknya malam tadi. Program apa lagi kalau bukan Mentor Milenia yang mana kontroversi daripada segi penaja yang over shadow dan terlampau lebih2 daripada penerbit. Juga proram yamg menggunakan barisan mentor muda yang kurang bepengalaman.


Mentor Milenia akhir malam tadi berlangsung secara langsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam dan stesen TV3. Membariskan 3 protege yang layak ke akhir iaitu Qody dan Wanie protege Black manakala Fareez protege Hazama. Sebelum ini 8 protege semuanya dan telah melalui 8 minggu yang penuh dengan cabaran.


Pada persembahan akhir kesemua protege di kehendaki membuat dua persembahan iaitu secara solo dan duet dengan mentor mereka sendiri. Pada mula persembahan dan sokongan peminat memihak kepada Qody namun itu semua andaian penonton pada peringkat awal. Ramai yang meramalkan bahawa Qody boleh menjuarai program ini.

Tapi semua terpulang kepada undian juri awam di studio sebanyak 20markah dan juga undian penonton di rumah melalui laman web mereka. Tuah akhirnya menyebelahi Fareez anak kepada pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang dinobatkan sebagai juara. Berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi. Manakala tempat kedua milik Qody dan tempat ketiga milik Wanie.

Tahniah kepada semua pemenang tapi ada juga pihak yang tidak senang dengan keputusan pada malam itu seperti ada yang tidak kena. Ramai pihak menyatakan dalam laman sosial tentang kemenangan Fareez. Tapi itu semua rezeki dan tuah yang menyebelahi yang penting Dato Vida puas hati selaku penaja besar pada malam itu. Tahniah semua.