Dunia Penuh Gosip - The Band Dunia Penuh Gosip: The Band - All Post
Memaparkan catatan dengan label The Band. Papar semua catatan
Kini Astro muncul pula dengan sebuah lagi program realiti yang mencari bakat nyanyian tetapi secara berkumpulan. The Band ialah program TV realiti pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa.

Bakat-bakat baru ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair/antarabangsa dan sesuai dengan konsep program ini, penekanan akan diberikan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop yang boleh diketengahkan untuk pasaran peringkat antarabangsa. Aspek tersebut termasuklah kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan imej busana dan aura penghibur. 


Syarat-syarat Penyertaan

Terbuka kepada warganegara Malaysia, Singapura & Brunei
Berumur dari 18 – 30 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
Terbuka kepada lelaki & wanita
Bebas untuk menyertai ujibakat ini secara solo ataupun secara berkumpulan
Anda dikehendaki menyanyikan sebuah lagu pilihan sendiri dari genre pop yang boleh menonjolkan bakat nyanyian dan tarian anda dalam masa yang sama
Sila bawa salinan Kad Pengenalan, 2 keping gambar terbaru berukuran 4R dan CD Minus One/Karaoke

Lokasi Ujibakat akan di adakan seperti dibawah ini.


Layari laman web The Band sekarang untuk mendapatkan borang penyertaan. Serlah bakat nyanyian anda secara berkumpulan seperti mana band pop terkemuka dunia.