SJMC Meraikan 37 Tahun Kecemerlangan dan Semangat Komuniti | Dunia Penuh Gosip

SJMC Meraikan 37 Tahun Kecemerlangan dan Semangat Komuniti

Sempena ulang tahunnya yang ke-37, Subang Jaya Medical Centre (SJMC) telah membuka sebuah kapsul masa yang disimpan pada tahun 1990, sambil menyumbang balik kepada komuniti Subang Jaya.



SJMC berada di barisan hadapan industri penjagaan kesihatan swasta di Malaysia sejak membuka pintunya pada tahun 1985. Semenjak itu, SJMC dikenali sebagai sebuah hospital yang merintis pelbagai pencapaian julung kali dan merupakan nama yang diiktiraf dalam pelancongan perubatan. SJMC terus melayar gelombang inovasi demi mencapai keunggulan dalam bidang perubatan. Pada bulan yang lalu, hospital tersebut dinamakan sebagai Hospital Terbaik Tahun 2022 oleh Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Award untuk tahun kedua berturut-turut.

Orang ramai merupakan intipati keraian ulang tahun kami. Sambil saya melihat sekeliling dewan ini, saya ingin memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah membina legasi SJMC dengan membentangkan asas yang kukuh melalui kepakaran serta semangat dan dedikasi yang tidak berbelah bagi sepanjang 37 tahun ini,” kata Encik Bryan Lin, Ketua Pegawai Eksekutif SJMC, dalam ucapan alu-aluan beliau kepada perhimpunan ketua-ketua dan kakitangan SJMC, termasuk mereka yang telah menyertai acara tersebut secara maya dari luar negara.



Beliau menambah, “Pada hari ini, kami terus membina kekuatan kami di peringkat tempatan dan antarabangsa. Penduduk Subang Jaya merupakan antara penyokong terkuat kami. Ramai bayi Subang dilahirkan di sini dan kemudiannya membesarkan keluarga mereka sendiri. Jadi, pada hari yang istimewa ini, saya amat berbesar hati kerana dapat menyumbang kembali kepada penduduk Subang Jaya.

Encik Lin telah menyampaikan replika cek untuk 37 pemeriksaan mamogram 3D percuma kepada YB Michelle Ng, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, serta sebuah lagi replika cek kepada Encik Kelvin Chew dari Persatuan Bantuan Kecemasan Dan Bomba Komuniti Subang Jaya sebagai tanda sokongan terhadap ambulans komuniti Subang Jaya. Beliau juga menyampaikan anugerah khidmat setia kepada 31 orang doktor dan kakitangan yang telah berkhidmat selama lebih 31 tahun.



Mustamir bin Mohammad, Ahli Lembaga Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH), Encik Peter Hong, Ketua Pegawai Eksekutif RSDH dan Dato’ Dr Jacob Thomas, Pengarah Kumpulan Perubatan RSDH, turut serta membuka kapsul masa pada majlis sambutan itu. Kapsul masa tersebut mengandungi album gambar dan segulung dokumen yang tertera tandatangan saksi-saksi perasmian Pusat Pesakit Luar SJMC pada tahun 1990. Majlis sambutan tersebut dikelolakan oleh pelawak Harith Iskander dan berakhir dengan jamuan teh di CafĂ© 35.



Sebagai hospital utama Kumpulan RSDH, SJMC ditauliahkan oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) dan Joint Commission International (JCI), pentauliahan perkhidmatan perubatan yang diiktiraf di seluruh dunia. Makmal SJMC juga terkenal di peringkat antarabangsa dan diiktiraf dengan pensijilan MS ISO 15189 sejak 2009.








0 comments: