Memaparkan catatan dengan label Program Realiti. Papar semua catatan
Pereka duo yang menggunakan label Wan & Mary dinobatkan sebagai juara program pencarian pereka fesyen tempatan Gen F musim pertama. Wan & Mary milik Hazzerwan Lee, 28, dan Mariam Musa, 28, berjaya menewaskan 9 jenama fesyen lain untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000.


"Alhamdullilah syukur, di bulan yang mulia ini, Wan & Mary dinobatkan sebagai juara GenF musim pertama," ucap pereka duo Wan & Mary. Serentak dengan kemenangan itu, Wan & Mary berpeluang untuk menghasilkan koleksi kapsul tajaan FashionValet.

Pusingan akhir menyaksikan Wan & Mary berentap dengan jenama fesyen popular Seth & Luna sebelum diumumkan sebagai juara pada Rabu lalu. Selain itu, lapan jenama fesyen lain yang turut berentap dalam Gen F 2018 ialah Kahou, Jubahsouq, Lolo, Ridzuan Alias, HN, Larf, Calaqisha dan Clothesology.


Gen F dihoskan oleh Hisham Hamid dan melantik pengarah urusan FashionValet, Vivy Yusof serta pereka fesyen ternama Datuk Rizalman Ibrahim sebagai juri tetap setiap minggu. Gen F telah bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).






Berakhirlah sudah program realiti Gema Gegar Vaganza akhir tadi yang berlansung di Astro Ria HD dan Astro Oasis. Juara telah dinobatkan kepada peserta solo Fitri Haris membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi. Fitri yang tekejut dan bersujud setelah diumumkan juara telah dipapah oleh pengacara untuk menerima anugerah pada malam akhir tersebut.


Tempat kedua dan ketiga juga milik peserta solo iaitu Adeep Nahar serta Awi Rafael. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM30,000 dan RM20,000 beserta trofi dari Astro. Tempat keempat pula milik kumpulan InTeam, tempat kelima milik Heliza & Hazwani dan tempat keenam milik kumpulan Brothers.

Malam akhir GGV telah diadili oleh juri profesional 100% iaitu Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk M.Nasir. Majlis telah diacarakan juga oleh pengacara setiap minggu Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan juga Fakhrul daripada kumpulan UNIC.


Semua enam peserta akhir dikehendaki membawa dua persembahan dimana persembahan pertama secara individu dan juga persembahan kedua adalah better. Dimana Fitri Haris better bersama dengan Adeep Nahar manakala Heliza & Hazwani bertarung bersama Awi Rafael. Dua lagi kumpulan Inteam dan kumpulan Brothers better bersama.

Manakala Adeep Nahar dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori pentas paling bergema atas persembahan yang memukau. Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh dan hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.






Setelah lapan minggu peserta bagi rancangan realiti ‘Manhajj Mutawwif’ iaitu Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki, Zeinal Abidin Abdul Hakam, Ahmad Syafik Samat, Muhammad Mustakim Abd. Rahim, Muhammad Syafiq Abdul Rashid, Muhammad Hazim Radzi, Faris Aiman Suliman, dan Raja Muhammad Hafiz Raja Mohd. Saleh bersaing untuk begelar juara. 


Jumaat lepas telah sampai minggu akhir menampilkan Shuib Sepahtu dan Amin Idris sebagai pengacara dan juga hanya 4 peserta sahaja yang layak ke peringkat akhir. Malam Akhir telah berlangsung di Astro Oasis dan Maya HD.

Akhirnya tuah milik peserta Mutawwif Ahmad dinobatkan sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trifo. Manakala tempat kedua milik Mutawwif Shafiq, tempat ketiga milik Mutawwif Taufik dan tempat keempat jatuh kepada Mutawwif Akim.


Program ini memartabatkan Mutawwif seabgai atu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Moga ia dapat melahirkan lebih ramai lagi Mutawwif yang berwibawa dan penuh pengalaman untuk membantu orang ramai mengerjakan ibadah mulia ini.






Chubb-E berjaya merangkul gelaran juara program realiti Ceria Megastar yang berlangsung malam semalam. Membawakan lagu Khazanah Dari Malaya di konsert akhir Ceria Megastar, Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Shahrul Ashlyn Ag Ashrul Affandy yang berusia 19 tahun berjaya membawa pulang hadiah RM20,000 beserta trofi.


Peserta cilik, Hazury berjaya menyandang gelaran naib johan dan membawa pulang hadiah RM12,000 beserta trofi. Hazury menyampaikan lagu Fantasia Bulan Madu. Kumpulan duo Warissa yang dianggotai oleh Erissa dan Wafiy berjaya menduduki tempat ketiga. Membawakan lagu nyanyian asal Meet Uncle Hussein, Laguku Untukmu, Warissa membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 beserta trofi. 


Vanessa berpuas hati di tempat keempat dan membawa pulang hadiah RM8,000 dan trofi. Di konsert akhir, Vanessa membawakan lagu Bunga nyanyian asal Ara Johari. Iqbal yang kurang sihat berjaya merangkul tempat kelima dan membawa pulang hadiah RM5,000 dan trofi. Iqbal membawakan lagu yang pernah dipopularkan oleh Haqiem Rusli, Segalanya.


Penjurian dibuat melalui sistem pengiraan markah sebanyak 50 peratus dari juri profesional, 30 peratus lagi datangnya daripada undian online manakala 20 peratus markah ditentukan menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). Datuk Aznil Nawawi dan Johan bertindak selaku juri tetap manakala Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu dijemput sebagai juri undangan. Dihoskan oleh Nabil Ahmad, konsert Ceria Megastar yang bersiaran setiap Jumaat bermula 2 Mac lalu disiarkan di Astro Ceria, Astro Prima, Astro Maya HD dan Astro GO.





Kalau korang selalu tengok persembahan artis seperti Misha Omar, Anur Zain, Ning Baizura dan banyak lagi wajah Elvira ini sering kelihatan. Beliau ini ada dalam dunia seni muzik tanah air telah lama ada tapi kemunculan beliau hanya kadang-kadang pelengkap persembahan artis. Tapi dengan pengalaman dan juga bakat yang ada kini beliau mampu buktikan menjadi bintang bersinar.


Elvira telah diumumkan sebagai juara Mentor Otai akhir yang telah berlangsung malam tadi. Beliau menewaskan 3 lagi lawan lain iaitu Azee anak didik Zarul yang mendapat tempat kedua, manakala Kak Alina anak didik mentor Siti Sarah di tempat ketiga dan AJ anak didik Tam Spider di tempat keempat. 

Melalui kemenangan ini Elvira dan protege Misha Omar ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi juara Mentor Otai. Pada malam akhir beliau membawa dua buah lagu secara solo dan berduet bersama Azlan Typewriter. Persembahan yang bertenaga dan mendapat pujian daripada dua orang juri tetap pada malam tersebut iaitu Edry Abdul Halim dan Mark Adam.

Selepas ini akan terus berkembang bakat dan juga kerjaya Elvira dalam dunia seni ini dan mejadi bintang yang bersinar kerana beliau begitu berbakat. Suara yang lantang dan tinggi adalah kelebihan wanita berusia 38 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur ini. 





PESERTA dari Selangor, Fadhli Hariz Fayahet, 25, muncul sebagai juara pertandingan akhir Bintang RTM 2018 (BRTM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.


Melalui kemenangan tersebut melayakkan Hariz membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan trofi. Pada peringkat akhir itu, menyaksikan Hariz berduet bersama Mel Sakura menyanyikan lagu Fantasy vs Polaroid secara battle dan mash up.

Hariz kemudian menyampaikan lagu baharu ciptaan Manusia Putih 'Yang Terbaik', diikuti pusingan battle dan melayakkannya memenangi Vokal Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM5,000, sijil dan trofi.

Tempat kedua dimenangi oleh Heidi Vanessa Moruning dan melayakkan peserta berusia 24 tahun dari Sabah itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, lagu baru ciptaan komposer tempatan, sijil berserta trofi.

Manakala Muhammad Hafiz Zainal, 26, memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM10,000, lagu baru ciptaan komposer tempatan, sijil berserta trofi.

Anak kelahiran Johor Bharu ini juga turut dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sijil dan trofi.

Manakala tiga peserta lain iaitu Ferona Paimin, 22, Muhammad Yasser Sharifudin, 22, dan Nur Jannah Abu Hanipah, 20, terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai berjumlah RM1,000, lagu baru ciptaan komposer tempatan, sijil berserta trofi.

Pada peringkat akhir itu, kesemua peserta BRTM 2016 diberikan tiga tugasan iaitu menyanyikan lagu secara battle dan mash up bersama vokalis band terkenal, menyampaikan sebuah lagu baharu yang digubah komposer terkenal dan pusingan battle antara peserta lelaki dan perempuan.

Persembahan akhir Bintang RTM 2018 diadili sepenuhnya oleh Adibah Noor, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat.

Program Bintang RTM 2018 dikendalikan oleh Aqasha dan Misha Omar, turut disiarkan secara siaran tertunda menerusi TV2 bermula jam 10.30 malam.

Bagaimanapun program berkenaan terlebih dahulu dimulakan pada jam 8.35 malam dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live RTM.

Pertandingan itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Datuk Awie, Ella, Sufian Suhaimi.


*Berita dari Sinar Harian Online



Telah temat semalam petandingan akhir Gegar Vaganza 4 yang telah di adakan secara langsung di Johor. Menyaksikan 6 peserta iaitu Aishah, Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman dan Tia Jinbara bersaing dengan membuar dua persembahan. Persembahan pertama adalah lagu solo manakala persembahan kedua adalah lagu battle yang luar daripada forte mereka.  


Pada malam itu Aishah mendapat lagu All By Myself lagu yang menjadi makanan beliau dan mampu diberikan satu persembahan bernada tinggi. Manakala Liza Hanim pula mendapat lagu Meniti Titian Usang yang tidak sesuai dinyanyikan dalam pertandingan hebat seperti ini kerana ia tidak mnguji vokal beliau sebenar. Sepatutnya cuba bagi dua artis ini lagu yang sama hebat dengan vokal mereka baru nampak seimbang dan puas hati siapa juara.

Namun apa pun keputusan telah dibuat oleh juri dan berpihak kepada Aishah dan memang nak menaikkan beliau yang lebih otai dalam industri ini. Aishah berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi, barang kemas, baucer GoShop, percutian dan juga tanah lot banglo. 

Manakala Liza Hanim membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi, barang kemas, baucer GoShop, percutian dan juga tanah lot banglo. Manakala tempat ketiga Lan Solo pula berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi, barang kemas, baucer GoShop dan percutian. 

Tempat ke 4 adalah milik Hazami, ke 5 adalah milik Firman dan tempat ke 6 adalah Tia Jinbara. Malam itu juga turut diadili oleh 2 lagi juri jemputan iaitu Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim. Tahniah kepad semua peserta anda tetap terhebat dihati peminat moga bakat anda terus kembang besaing dengan lagu zaman sekarang. 








Minggu separuh akhir pada malam tadi menyaksikan bahawa hanya 6 orang finalist yang akan ke peringkat akhir Gegar Vaganza. Peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah Aishah sudah pasti, Hazami, Firman, Tia, Liza Hanim dan Lan Solo. Semua keputusan adalah di tangan 4 orang juri untuk peringkat separuh akhir ini.


Dua juri jemputan pada malam itu adalah Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Dato Wah Idris. Pada malam itu persembahan Syura bagi Tok Ram sangat teruk dan banyak masalah teknikal. Juga ditambah komen oleh Hetty Koes Endang apabila Syura bertukar kepada rentak dangdut bagaikan tembak tidak mengenai sasaran. Ini menyebabkan juara program Masterchef Celebriti Malaysia Musim ke 2 ini tersingkir.

Pada malam separuh akhir ini semua peserta menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagi solo dan satu lagi lagu OST filem. Aishah terus menyerlah dan mendapat pujian melambung daripada Dato Ramli serta dato memberikan terus tiket ke final buat Aishah selepas habis persembahan pertama beliau pada malam itu.


Minggu depan adalah minggu final yang akan di adakan di Studio Iskandar Johor Bahru secara langsung dari sana dan di Astro Ria serta Ria HD. Tiket juga telah habis dijual kepada semua yang mahu menyaksikan secara langsung di sana. Tema minggu akhir adalah battle dan lagu solo. Siapa kali ini bakal dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke 4.





Minggu ini adalah minggu ke 6 dan merupakan minggu suka akhir untuk program yang paling ramai peminat di Malaysia iaitu Gegar Vaganza. Minggu ini menyaksikan 8 peserta yang tinggal menyanyikan lagu dengan teman "Jangan Kata Tak Tahu" iaitu lagu-lagu popular zaman sekarang dan 90an. 


Aqasha adalah satu-satunya peserta yang menyampaikan lagu bahasa Inggeris pada minggu ini dan menjadi mangsa penyingkiran. Menurut kata juri yang memberi komen Dato Ramli. M.S. persembahan Aqasha tiada apa yang boleh dikomen kerana terlalu teruk. 

Juri pada minggu ini menampilkan 4 orang juri termasuk 2 juri jemputan iaitu Dato AC Mizal dan Datuk Mokhzani. Manakala persembahan terbaik pada minggu ini adalah milik Aishah yang menyampaikan lagu popular sekarang iaitu Tergangtung Sepi nyanyian Haqiem Rusli. Persembahan bersahaja dan bertenaga mendapat sorakan dan jeritan penonton pada malam tersebut.


Malam itu juga menyaksikan Lan Solo berada dua terbawah juga kerana masalah kesihatan yang beliau alami. Lan kelihatan lemah dan bertongkat ketika menaiki pentas dan turun pentas akibat sakit buasir yang beliau alami minggu lepas.

Apa pun minggu depan adalah minggu separuh akhir dan menyaksikan semua peserta akan menyampaikan 2 buah lagu daripada tema OST. Siapa pula bakal tersingkir dan siapa bakal menyerlah. Nantikan secara langsung di ASTRO Ria dan RIA HD.







Semalam dalam program paling ramai peminat dan penyokong Gegar Vaganza 4 digemparkan dengan dua berita sedih sekaligus. Semua orang tak sangka dan ini bukan drama tapi realiti kerana program ini memang real dan nyata ok bukan sebab nak naik ranking.


Berita sedih pertama adalah minggu terakhir buat Elyana yang tersingkir pada malam minggu ke 5. Elyana yang membuat persembahan penuh semangat dan bersunguh-sungguh akhirnya terpaksa akur dengan keputusan juri yang tidak menyebelahi beliau. El menyampaikan lagu Sepi dengan konsep baju tidurnya.

Berita sedih kedua pula adalah pada masa sama penyingkiran Elyana itu beliau juga turu membuat pengumuman bahawa beliau adalah seorang pesakit kanser tahap 4 yang sedang yang telah bertarung selama 7 tahun penyakit ini. Juga memohon kepada semua mereka diluar sana yang mengidap sakit agar terus bersemangat untuk berjuang demi kelangsungan hidup jangan mengalah.


Setalah pengumuman itu dibuat ramai peminat dan penonton di dewan mahupun di rumah bagaikan terkejut dan tak kurang yang juga turut bersimpati dengan nasib menimpa Elyana ini. Menurut sumber bahawa Elyana sekarang serang melawan sakit kanser Limfoma yang serius. Tapi El nampak bergitu ceria sihat bila buat persembahan di atas pentang memang hebat.

Respek pada beliau kerana ia membuktikan bahawa orang sakit jangan hanya menunggu dah terbaring jer kat rumah tapi kena berusaha untuk melawannya dengan cara masing-masing. Sama-sama kita dioakan kepada kesihatan kepada Elyana melawan penyakit yang dihadapi sekarang. 

Malam minggu ke 5 ini juga persembahan hebat kelihatan pada persembahan Aishah, Hazami, Lan Solo dan juga Liza Hanim. Minggu depan semua 7 peserta yang tinggal akan mebawa teman "Jangan Kata Tak Tahu' iaitu tema lagu popular budak-budak baru nak up serta yang popular tahun 90an. Selamat maju jaya semua.





Tema duet dengan menyampaikan lagu Memori Daun Pisang bersama dengan Ezad menyebabkan Haida tersingkir pada minggu ini. Haida nampak kurang selesa dengan lagu dangdut seperti mana kata juri Haida kurang menghayati lagu dangdut tersebut. Sebelum ini persembahan Haida begitu meningkat dan lain dariapada lain setiap minggu.


Mungkin juga bukan dah rezeki Haida tak apa masih ada peluang untuk terus berjaya dalam industri diluar sana. Juga persembahan yang kurang menyengat adalah Tia Jinbara. Aqasha juga hampir tersingkir dengang persembahan yang banyak kekurangan tapi masih terus terselamat pada minggu ini.

Manakala persembahan paling menyerlah adalah nyanyian Aishah yang memang memukau dapat menarik lagu Ceritera Cinta nyanyian Jac dengan cara sendiri sehebatnya. Juga persembahan memukau dari peserta yang biasa dapat pujian iaitu Liza Hanim, Lan Kristal dan Syura

Minggu ke 5 pula tema Kaun Kerabat menyaksikan lagu yang disampaikan adalah lagu artis yang ada adik-beradik serta sedara mara dalam industri yang sama menyanyi. Sapa pula bakal menyerlah minggu depan dan siapa bakal tersingkir. Juga menarik minggu depan akan ada penampilan istimewa Upiak Isil yang viral dengan lagu Tak Tuntuang nantikan macam mana persembahan beliau bersama pengacara Jihan dan Nabil tu.





Malam tadi macam biasa setiap Ahad di Astro Ria ramai menantikan persembahan mingguan peserta Gegar Vaganza. Tapi yang lebih nampak banyak menyerlah sepanjang 2 minggu ni adalah penaja utama iaitu Dato Sri Vida. Minggu ni lak dengan drama bersama Prof Dato Chef Wan yang acah-acah nak bercouple. Sikit-sikit tu ok tapi bila tengok asyik muka mereka naik muak pulak.


Tapi nak buat macam mana Astro ikutkan sahaja sebab dah jadi hamba penaja. Kalau tak ada penaja tak jalan program ini betul tak. Dato sekarang ni pun dah mula gila glamor lagi lah nak kena layan karenah mereka. Tak kisahlah janji program ini berjalan dengan jayanya betul tak.

Minggu ini semua peserta nampak sangat menonjol dan juga mampu menyempurkan tugasan yang diberi. Paling best minggu ini adalah persembahan Liza Hanim yang memang tak dinafikan siap dapat standing ovation daripada Dato Ramli M.S dan Hetty Koes Endang. Betul lah vokal beliau dari zaman anak dara sampai sekarang memang mantop.


Selain itu juga persembahan hebat pada minggu ini adalah Hazami dan Haida yang nampak banyak peningkatan. Tahniah kepada semua peserta mampu memberikan saingan yang hebat. Tapi persembahan Ferhad bagikan ada tidak kena dan mungkin lagu tu tidak sesuai dengan beliau pada malam itu dan menyebabkan beliau peserta pertama tersingkir dari program ini. Ramai meramalkan Kak Engku bakal tersingkir tapi beliau masih terselamat setelah mendapat kedudukan ke 2 terakhir.

Apa pun minggu depan semua peserta bakal menyanyikan lagu bukan daripada forte mereka dan jauh daripada kebiasaan. Adakah ia bakal memberikan satu lagi persembahan yang mantop dan hebat. Sama-sama kita nantikan.








Program paling hangat dan paling dinantikan oleh peminat industri muzik tempatan Gegar Vaganza kini telah kembali. Pada musim ke 4 kali ini bakal lebih meriah dan memberi saingan hebat. Ini kerana barisan peserta adalah mereka yang memang pernah memenangi banyak anugerah sebelum ini.


Siapa tak kenal Liza Hanim yang pernah memenangi Vokal Terbaik pada AJL19, juga Aishah pernah menjadi Juara Lagu menerusi lagu Janji Manismu pada tahun 1990. Kali ini ada juga Syura yang pernah menang Anugerah Album Pop Etnik Terbaik AIM 2006, Elyana yang juga pernah bertanding dalam AJL 23. 

Juga turut memberi saingan hebat dalam GV 2017 kali ini adalah Aqasha, Hazami, Lan Kristal, Tia Jinbara, Haida dan dua peserta dari negara serberang iaitu Ferhad Singapura dan juga Firman Indonesia.  Namun kehadiran pelakon, penyampai radio dan juga pengacara Kak Engku dalam GV kali juga satu yang nampak menarik. Walaupun pada minggu pertama itu kelihatan hampir-hampir Kak Engku tersingkir tapi format tiada penyingkiran minggu pertama menyelamatkan beliau. 


Pada minggu pertama dengan tema Masih Kau Ingat semua 12 peserta menyampaikan lagu popular masing-masing yang memberi nostalgia. Tapi dari pemerhatian ternyata Liza Hanim, Aishah, Hazami dan Lan Kristal memberi persembahan terbaik mereka. Manakala Syura pula kalau tengok persembahan tak ubah seperti majlis AJL, begitu juga dengan Elyana.

Yang masih nampak lemah adalah Kak Engku, Haida, Ferhad dan Tia Jibara. Tapi minggu pertama apa boleh orang katakan saingan masih sengit lagi 7 minggu akan datang. Siapa bakal juara dan siapa bakal tersingkir minggu depan sama-sama kita nantikan. Disiarkan secara langsung di Astro RIA dan Ria HD setiap hari Ahad jam 9 malam. Masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara walaupun dalam keadaan mengandung 5 bulan.






Super Spontan Superstar telah melabuhkan tirai akhir pada Jumaat lepas dengan menyaksikan 8 peserta berjaya keperingkat akhir. Fad, Achey, Sharol, Syuk, Mamak, Kamal Adli, Ozlyn dan Sharif bersaing secara individu pada malam akhir tersebut. Disiarkan secara langsung di Astro Warna dan Warna HD diacarakan oleh Dato AC Mizal bersama komentator Dato Afdlin Shauki dan Datuk Prof Chef Wan.


Namun pelawak sejati adalah pelawak yang spontan itu tema Super Spontan tahun ini dan terbukti kehebatan pelawak terletak pada bakat. Akhirnya seorang pelakon berjaya menewaskan 7 lagi pelawak dalam program itu di mana Kamal Adli telah dinobatkan sebagai juara.

Kamal berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Manakala tempat kedua milik Fad Bocey yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi serta tempat ketiga milik Achey Bocey berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. 


Namun mereka tidak kecewa dengan kedudukan itu kerana Kamal ternyata memberikan komitmen dalam persembahan akhir. Kamal juga menafikan isu gosip yang tengah hangat antara beliau dengan kekasihnya memain peranan kepada kejayaan beliau pada malam akhir. Ini semua atas undian penuh peminat yang sentiasa menyokong kerjaya beliau. Kelihatan Emma juga turut hadir memberi sokongan kepada beliau pada malam akhir tersebut.

Apa pun tahniah kepada semua peserta akhir dan tidak mustahil akan datang lebih ramai pelakon juga turut serta dalam program lawak seperti ini dimana sebelum ini kelihatan ramai pelakon dan penyanyi mula menjadi pelawak. Mampukan pelawak bersaing selepas ini.






Akhirnya Akademi Fantasia Megastar telah sampai ke minggu final dimana 5 peserta yang layak iaitu Syahir, Syamel, Idayu, Marsha dan Bob membuat persembahan terakhir mereka malam tadi di Auditarium Shah Alam. Semua peserta membuat dua persembahan iaitu menyanyikan lagu baru sendiri dan juga lagu cover.


Namun tidak dapat dinafikan kehabatan daripada minggu pertama hingga ke akhir ini buat Idayu yang telah menyampaikan lagu 'My All' dan juga lagu barunya iaitu 'Selamanya' memukau juri. Ini ternyata apabila Idayu dinobatkan sebagai juara AF Megastar dan membuktikan bahawa beliau yang tersingkir awal sebelum ini adalah satu kesilapan.

Manakala pemenang bagi Anugerah Ultimate Performer adalah milik Syamel dan Marsha menang sebagai Anugerah Terlajak Megastar D'Herbs. Tahniah kepada semua peserta dan memang anda layak untuk sampai ketahap ini. Tapi kalau dinilai semula persembahan Idayu pada malam akhir agak ada kekurangan pada lagu cover dan lagu baru Bob sangat memukau dan melekat walau dengar sekali jer.

Namun dah rezeki nak buat macam mana semua orang ada rezeki masing-masing. Idayu berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi dan percutian ker Turki. Moga lepas AF Megastar bakat mereka ini lebih terserlah jangan jadi tukun sahaja rugi tau.








Tahniah kepada barisana akhir Hero Remaja 2017 yang telah disiakan di Astro Ria setiap hari Khamis. Minggu ini adalah minggu akhir yang membawa 7 peserta untuk bersaing lebih hebat. Cabaran mereka minggu ini adalah bergambar dengan haiwan liar di Bukit Gambang Resort.


7 peserta akhir adalah Haris, Farhan, Adam, Alif, Safwan, Imran dan Nabil. Daripada 20 peserta mereka melalui cabaran demi cabaran miggu demi minggu. Akhirnya malam tadi telah dinobatkan juara kepada Alif Muhaimin berusia 23 tahun. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai, trofi dan pakej percutian. Manakala tempat kedua adalah milik Farhan dan tempat ketiga adalah milik Haris.


Pada malam akhir semua peserta diberikan peluang untuk menggayakan koleksi ciptaan designer terkenal negara iaitu Rizman Ruzaini. Juri pada malam itu adalah Dato Aznil Haji Nawawi. Norman Hakim dan juga Dynas Mokhtar manakala pengacara masih tetap Shca Alyahya dan di hiburkan oleh penyanyi Kaka Azraff.
 

Tahniah kepada pemenang Hero Favourite ramai iaitu Nabil yang mendapat undian paling tinggi. Manakala Anugerah Hero Remaja Khas Juri diberikan kepada Adam kerana ciri dan sifat pilihan dari juri sendiri. Moga Hero Remaja kali ini akan menjadi ikon kepada remaja luar sana dan terus mencapai kejayaan sepertimana Fattah Amin.





Tahniah kepada 5 bintang yang memang selayaknya untuk pergi ke peringkat akhir AF Megastar minggu hadapan. Bagi dua yang tersingkir pada peringkat separuh akhir ini iaitu Amir J dan Amir mungkin diluar sana masih banyak peluang untuk anda kerana usia anda masih muda. 

Bagi peserta yang layak iaitu Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Syahir ini adalah peluang keemasan korang untuk buktikan bahawa korang adalah yang terbaik daripada masa lalu korang. Walaupun Syahir pernah menang AF dahulu tapi tidak semestinya kali ini akan milik beliau lagi kerana bakat adalah segalanya.


Namun daripada pemerhatian kita seperti dah boleh ramal siapa bakal mendapat markah lebih daripada juri dan kedudukan setiap peserta pada minggu akhir ini nanti. Nampak gaya kehebatan Idayu dan Bob tidak boleh dinafikan lagi memang mereka ternyata hebat. Tapi sediakah kita peminat kat luar sana untuk terima orang seperti mereka.

Maksudnya penyanyi yang ada suara sangat sedap dan bakat tinggi tapi fizikal yang tidak seindah mana. Ini yang menyebabkan industri kita hanya pandang pada rupa bukan pada suara. Walaupun Datuk M. Nasir kata Bob adalah aset negara mungkin pertandingan luar negara mereka boleh menang tapi untuk jual lagu atau album kat negara sendiri belum tentu lagi kalau kita peminat tak ubah persepsi itu.

Harap lepas Akademi Fantasia Megastar ini akan membuka mata kita semua bawah sebelum ini kita telah lepaskan lubuk emas yang ada pada bintang-bintang hebat negara ini. Juga mereka yang lahir dari AF Megastar ini akan diberi lagu yang sesuai dengan vokal dan popular agar ia tidak mati begitu sahaja. Semoga maju jaya kepada semua peserta akhir dan pastikan buat yang terbaik untuk diri anda dan peminat. Suka tengok persembahan Marsha dan Idayu.







Selama program ini bermula sejak daripada musim pertama hingga ke musim kedua tidak lepas daripada kontroversi yang dicipta sendiri oleh mereka demi mendapat ranking tinggi. Tapi ia tetap diteruskan sehingga ke tahun ini dan sekarang telah berakhir dan menobatkan juara baru.

Sara Amelia dari Perak telah menjuarai Clever Girl musim ke 2 dan membawa pulang wang tunai RM100,000 serta trofi. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Fadila dari Negeri Sembilan membawa pulang wang tunai RM10,000.


Program ini pada awal menimbulkan kontroversi apabila, salah seorang peserta iaitu Kiera menarik diri dan mendakwa program tersebut bersikap pilih kasih serta memberi jawapan awal kepada peserta pilihan.

Ia bagaikan terbukti apabila minggu lalu salah seorang peserta final iaitu Shazana menjawab soalan yang diajukan Datin Sharifah Shawati sebelum sempat memberi jawapan penuh. Menerusi video yang tular di media sosial, netizen mula mempersoalkan ketelusan program bagi mencari gadis terpintar di Malaysia ini.

CGM juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional. Sebaliknya, setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.







Masuk musim ke 4 Gegar Vaganza tahun ini dan menyaksikan ramai lagi senarai otai bakal beraksi. Pasti tahun ini akan memeriahkan lagi program tersebut dengan ramai artis lama yang menjadi kegilaan ramai.


Senarai majlis terlah berlangusng untuk memperkenalkan peserta GV 2017. Nama-nama tersebut adalah Aqasha, Elyana, Ferhad, Firman, Noorhaida, Hazami, Lan Kristal, Aishah, Liza Hanim, Tia Jinbara, Syura dan Raja Azura. Nama-nama yang hebat kali ini dan pasti kita tak sabar nak nantikan persembahan pertama mereka setelah lama tidak beraksi dipentas.

Ada peserta yang telah terjun dalam dunia politik tapi setelah kalah bertanding pilihanraya masuk balik menjadi peserta tak laku dah ker. Apa pun kita tengok mampukan mereka yang otai ini mengembalikan kegemilangan pada zaman mereka dulu.

Masih mengekalkan penaja yang sama iaitu Vida Beauty atau senang nak tahu Dato Sri Vida adakah kali ini akan ada persembahan Dato sendiri di atas pentas. Adakah akan berlaku aksi rampas mikrofon dan berebut pentas. Juga pengacara masih di kekalkan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pasti ia meriah dan menggamatkan melihat gelagat dua pengacara ini.

Bakal mula siaran langsung pada 29 Oktober 2017 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Masih mengekalkan juga konsep juri profesional tapi tak tahu lagi adakah juri masih kekal yang sama atau ada kejutan tahun ini sama-sama kita nantikan. 









 
Diam tak diam dah sampai ke minggu suku akhir program Akademi Fantasia Megastar kali ini. Tinggal lagi 1 konsert minggu depan separuh akhir sebelum paserta layak bertanding peringkat akhir. Tak tahu berapa peserta yang ada ke peringkat akhir nanti adakah 6,5,4 atau 3 atau juga 2 orang peserta sahaja. Pastinya saingan makin sengit dan makin hebat semua peserta buat yang terbaik.


Namun bukan rezeki buat peserta Indah Ruhaila minggu suku akhir ini kerana beliau menjadi peserta seterusnya yang tersingkir. Menyanyikan lagu biduanita Saloma nampak tidak menjadi buat Indah. Dua lagi peserta yang mendapat bottom 3 adalah Syamel dan juga Shahir. Bagaikan satu kejutan buat peminat apabila nama Syamel disebut bottom 3. 

Tapi memang ada tidak kena pada persembahan Syamel yang menyampaikan lagi Ahmad Jais. Tapi ada beberapa persembahan hebat seperti Idayu, Amir J dan juga Bob memukau ramai juri dan penonton. Kuasa masih ditangan juri dan penonton hanya 40% sahaja.

Nantikan minggu depan siapa pula bakal tersingkir minggu separuh akhir dan siapa bakal beraksi di konsert akhir AF Megastar nanti. Saksikan secara langsung minggu depan Ahad, jam 9 malam hanya di Astro Ria dan Ria HD.