Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 kini kembali menemui penonton dengan menyaksikan 14 peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.


Walaupun telah 2 kali menjadi juara MLM kumpulan Bocey masih tetap menyertai program ini untuk kali ini. Bukan niat nak merebut juara tapi memberi saingan sihat kepada semua peserta baru dan lama.  

Program MLM 2018 kali ini menyaksikan kehadiran peserta baru iaitu kumpulan Kiut, Abata dan 2B yang merupakan dari program Gegar Lawak.

Masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara program kali ini bersama tiga juri tetap yang akan diumumkan pada program ini yang akan disiarkan secara langsung selama 12 minggu.

Program MLM 2018 akan bermula pada 2 November ini jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.





Satu keputusan yang sangat mengejutkan dan memang tidak disangka-sangka kerana ramai peminat dan penonton meramalkan bahawa pasangan suamai isteri #Fattzura salah seorang akan menang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke 31. Ini kerana Fazura paling banyak membawa pulang anugerah termasuk Pelakon TV Wanita Popular, Pasangan Serasi Drama dan Pasangan Serasi Filem


Tapi semuanya meleset dengan pengumuman yang dibuat oleh penyampai Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatimah pada malam akhir ABPBH 31. Nama penyanyi yang berjaya merangkul anugerah katergori Penyanyi Wanita Popular iaitu Wany Hasrita berjaya membawa pulang hadiah utama pada malam tersebut. Memenangi sebuah kereta, wang tunai dan juga trofi menjadikan Wani sebagai artis paling muda menang hadiah utama Bintang Paling Popular.


Pada malam tersebut juga ramai penonton yang menyatakan rasa tidak puas hati kepada gabungan pengacara utama iaitu Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick. Nampak sangat tiada keserasian dan juga ada banyak sangat kekurangan. Alasan yang diberikan nanti mesti kerana baru pertama kali mengacara. Tapi mungkin juga betul mereka ini adalah pengacara murah nak banding dengan pengacara popular yang lain semua dah mahal.

Tapi semua keputusan telah dibuat dan kemenang telah diadili tahniah kepada pemenang ABPBH 31 yang telah berlangsung di PICC Putrajaya malam tadi. Senarai penuh pemenang seperti di bawah :- 

Kategori Utama
Artis Paling Popular: Wany Hasrita
Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular: Emma Maembong
Pelakon TV Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular: Fazura
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakrie
Artis Komedi Popular: Zizan Razak
Artis Versatil Popular: Alif Satar
Pengacara TV Popular: Neelofa
Penyampai Radio Popular: Haziq Hot FM
Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita
Artis Baharu Lelaki Popular: Fendy Bakry
Artis Baharu Wanita Popular: Farah Nabilah

Kategori online
Artis Sensasi Popular: Neelofa
Pasangan Serasi Drama: Fattah Amin & Fazura
Pasangan Serasi Filem: Fazura & Zul Ariffin
Personaliti Media Sosial Popular: Fatimah Omar Mukhlis
Instafamous Cilik Popular: Ariff Jiwa




Tahniah kepada penyanyi No. 1 negara setelah kelahiran anak beliau makin murah rezeki dan menyanyi makin sedap dan mantap. Ini terbukti melalui lagu terbaru beliau iaitu Anta Permana. Lagu dan lirik ciptaan oleh Heal Husaini dan Ezra Kong. Sebab tu kalau korang dengar betul-betul lagu ini guna earphone ada sedikit bit muzik daripada lagu popular Heal iaitu Hajat.


Namun bagi saya lagu ini sangat dinantikan dan sangat begitu unik kerana menggabungkan banyak eliment dalam sebuah karya agung. Kalau perasan ada cantuman antara rentak pop, tradisional dan juga instrumental. Satu yang sangat dinantikan bagi peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza seluruh Asia Tenggara.

Saksikan muzik video rasmi yang diarahkan oleh Rifaiee Omar tak silap ni pengarah muda yang sebelum ni mengarahkan video muzik Alyah.


Agak mengecewakan kerana ramai yang komen kurang suka dan tak kurang juga yang mengkritik untuk muzik video ini tapi tetap puji untuk nyanyian Tok Ti yang memukau. Lirik penuh lagu Anta Permana yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti. 

Bicara minda
dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
Terduga diuji

*Chorus

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
dibawa pawana
iringi cintamu

Ulang Chorus*

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta ANTA PERMANA






Siapa sangka dari seorang Mualaf kini mampu bergelar juara DA’I musim keenam. Tahniah kepada  Muhammad Adam Muhibullah Abdullah yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM60,000 berserta trofi dan tiket umrah untuk dua orang tajaan Almas Beauty & Health. Anak kelahiran Ranau, Sabah itu turut diangkat sebagai Da'i Pilihan Almas menerima wang tunai RM2,000 dan produk Almas bernilai RM2,000.


Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Imran Mohd Zaki dan Da'i Haziq Safwan Norazman masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan berkenaan. Imran membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, trofi dan tiket umrah untuk seorang, sementara Haziq pula memperoleh wang tunai RM10,000, tambahan wang sagu hati RM2,000 serta produk Almas bernilai RM2,000.

Haziq turut dinobatkan sebagai Da'i Pilihan penonton menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan juga sebuah trofi. Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam diacarakan Datuk Rosyam Nor dan Da'i Izzhar dengan diadili juri tetap Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud serta Profesor Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

Peringkat akhir pertandingan itu turut diserikan dengan kehadiran Oki Setiana Dewi sebagai Tetamu Nusantara. Juga turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Tomok, Aizat Amdan dan Azmi Caliph Busker. Tahniah kepada semua peserta Dai' tahun 2018.






Walaupun industri muzik serantau ini penuh dengan cabaran daripada muzik luar namun masih mampu menghasilkan karya yang terbaik dan berkualiti. Tapi kelihatannya Anugerah Planet Muzik tahun ini agar begitu suram dan tidak segah seperti mana penganjuran tahun sebelum ini. Dari segi pencalonan dan juga penganjuran yang seperti 'Melepas Batuk Di Tangga'.



Apa pun keputusan telah dibuat dan kemenang telah dirangkul oleh semua. Tahniah kepad Judika apabila paling banyak membawa pulang anugerah pada malam tersebut. Tidak kurang juga kepada Ayda Jebat yang pertama kali menang Lagu Terbaik Malaysia walaupun ia adalah keputusan yang sengaja dibuat. Tak perlu nak bangga sangat lah sehingga nak perli orang lain kau menang sebab semua yang calon tak sedap dalam kategori tu. 


Senarai penuh pemenang APM 2018


Artis Baru Terbaik (Lelaki) : ADRIAN KHALIF - FLAWLESS / MERONA

Artis Baru Terbaik (Wanita) : SARA FAJIRA - YOU KNOW

Kolaborasi Terbaik (Artis) : DATO’ SRI SITI NURHALIZA & JUDIKA - KISAH KU INGINKAN

Duo/Kumpulan Terbaik : GAMALIEL AUDREY CANTIKA (GAC) - SUARA

Band Terbaik : SHEILA ON 7 - FILM FAVORIT

Lagu Paling Popular (Singapura) : AKU SENDIRI - SUFI RASHID

Lagu Paling Popular APM : TERGANTUNG SEPI - HAQIEM RUSLI

Ikon Media Sosial : KHAI BAHAR

Artis Paling Popular (Singapura) : SUFI RASHID

Artis Paling Popular APM : KHAI BAHAR 

Lagu Terbaik (Singapura) : RACUN - FARHAN SHAH

Lagu Terbaik (Indonesia) : JIKALAU KAU CINTA - JUDIKA 

Lagu Terbaik (Malaysia) : MATA - AYDA JEBAT

Lagu Terbaik APM : JIKALAU KAU CINTA - JUDIKA 

Artis Terbaik (Lelaki) : JUDIKA - JIKALAU KAU CINTA

Artis Terbaik (Wanita) : ISYANA SARASVATI - LEMBARAN BUKU

Anugerah Khas Planet Muzik : ROSSA


Apa pun pada malam tersebut yang paling dinantikan adalah persembahan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan lagu baru Anta Permana dan juga Judika yang berjaya memukau semua penonton dengan persembahan hebat. Tahniah kepada semua pemenang kita tengok kat anugerah yang akan datang dia yang bangga tu boleh menang lagi ker.






Detik 11 malam 22 September 2018 lalu, penonton TV AlHijrah menjadi saksi apabila Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah Binti Mohd Rozli mengalirkan airmata kegembiraan saat Syamsul Debat & Farah Diana Anuar mengumumkan bahawa beliau dinobatkan menjadi Juara Pendakwah Muslimah 2018.


Berbekalkan semangat, keyakinan dan ilmu di dada, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah yang menggunakan tagline 'Dakwah Bilhikmah Pasti Kemah!'  mengungguli dengan pungutan markah keseluruhan tertinggi lantas berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, Pakej Umrah serta trofi kemenangan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Dalam acara kemuncak yang diadakan di Alhijrah Big Studio Cyberjaya, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah  atau turut dipanggil Pendakwah Muslimah Raudhah itu berjaya mengatasi saingan sengit dari Pendakwah Muslimah Nurul Amirah dan Pendakwah Muslimah Noor Hidayah yang berpuashati dengan kedudukan kedua dan ketiga.


Manakala Pendakwah Muslimah Nora, Pendakwah Muslimah Azizah dan Pendakwah Muslimah Erni pula membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 dan trofi sumbangan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Sewaktu ditebak tentang perasaan bergelar Juara, Pendakwah Muslimah Raudhah berkata, dia sendiri agak terkejut dan tidak menyangka akan bergelar Juara memandangkan saingan hebat yang diberikan oleh lima finalis lain.


Pendakwah Muslimah 2018 telah melabuhkan tirai. Acara gemilang ini turut mendapat sokongan barisan selebriti yang hadir seperti Ustazah Isfadiah, Muniff Isa, Mas Muharni, Ustaz Taha Hassan, Hannan Abd Rahman, Harry Zainal, dan ramai lagi. Pentas akhir Pendakwah Muslimah turut dimeriahkan dengan kemunculan Lah Ahmad dan Ikhwan Fatanna yang menyampaikan dua buah lagu sebagai selingan.








Akhirnya berakhir sudah program realiti untuk Budak-budak Baru Nak Up atau #BBNU yang menjadi fenomena selama lapan minggu. Lima peserta akhir yang bersaing pada minggu final adalah Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afiq Shazwan, Wani Kayre dan Baby Shima. Kesemua lima peserta pada malam akhir membuat dua persembahan iaitu lagu pilihan dan juga lagu baru ciptaan untuk mereka


Mempunyai sifat yang rendah diri serta seorang yang selalu ceria memberi tuah kepada anak kelahiran Rawang Selangor iaitu Sarah Suhairi apabila beliau akhirnya dinobatkan sebagai juara bagi program ini. Sarah mengumpul markah tertinggi daripada keempat-empat juri dan undian TikTok sebanyak 66.05% dan membawa pulang wang tunai RM100,000 sserta trofi dari Astro.

Manakala tempat kedua pula dengan perbezaan markah hanya 1.68% sahaja dari juara milik Syafiq Farhain. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi. Manakala tempat ketiga dengan markah keseluruhan 62.17% adalah milik Afiq Shazwan membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. 


Tempat keempat pula adalah milik Wani Kayre dengan perbezaan markah hanya 0.02% dari pemenang ketiga. Sangat sikit perbezaan markah dan beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. Manakala tempat kelima adalah milik Baby Shima dengan markah keseluruhan 58.56%. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi. 

Pada malam akhir ini terdapat dua juri jemputan selain daripada dua juri tetap. Juri jemputan adalah Mark Adam dan juga Mas Idayu yang pernah menjadi juri jemputan pada konsert mingguan sebelum ini. Selain itu juga penonton dihiburkan dengan persembahan dari pada juri tetap iaitu Faizal Tahir dengan lagu terbaru berliau Ragaman dan Datuk Seri Siti Nurhaliza berduet bersama Alif Satar melalui lagu Kisah Ku Inginkan.


Apa pun keputusan telah dibuat dan tahniah kepada juara serta pada semua peserta akhir mahupun yang tersingkir. Anda telah berjaya merubah dunia seni hiburan tanah air dengan kehadiran orang-orang baru lebih berkualiti.  Selamat maju jaya diluar sana. Lepas ni kita dihiburkan pula dengan peserta program yang dinanti ramai Gegar Vaganza Lima.





Setelah empat tahun pelawak Fad dari kumpulan Bocey menyertai program Super Spontan dan akhirnya tahun ini beliau berjaya menjulang gelaran juara. Tahun lepas Fad hanya berada di kedudukan kedua apabila ditewaskan oleh Kamal Adli. Fad berjaya memenangi wang tunai RM100,000 dan trofi. Pada program akhir Super Spontan Xtravaganza yang berlangsung semalam setelah beraksi dengan lima lagi peserta akhir lain iaitu Izzue Islam, Joey, Achey, Artu dan Shahrol


Seperti biasa program super spontan akhir penilaian adalah berdasarkan prestasi persendirian tidak seperti minggu sebelum ini dimana semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung dan Lobster Leleh. Pada minggu akhir ini menyaksikan permarkahan 50% daripada juri profesional dan 50% dari undian penonton.

Dalam rancangan akhir kali ini juga menyaksikan penyertaan pertama kali daripada seorang yang bukan background pelawak iaitu Izzue Islam. Tapi tidak mengecewakan dimana beliau dinobatkan tempat kedua yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala tempat ketiga pula adalah milik pelawak Achey yang membawa pulang RM25,000 dan trofi.

Pada program akhir ini juri tetap adalah Datuk Afdlin Shauki dan juga Adibah Noor. Tapi yang peliknya adalah juri jemputan iaitu Ayda Jebat yang langsung tidak layak menjadi juri untuk program ini. Kenapa beliau dijemput pun tak tahu dah tak ada pelawak lain kot. Apa pun tahniah kepada semua peserta akhir dan pemenang.







Setelah akan tamat program realiti Big Stage yang akan berakhir minggu seluruh rakyat Malaysia terus dihiburkan lagi dengan program yang viral sejak beberapa musim yang lalu. Kini kembali lagi Gegar Vaganza musim ke lima. Bakal mula beraksi pada 30 September di Astro Ria dan Ria HD. 


GV kali ini tampil dominasi oleh peserta perempuan tapi bukan sahaja peserta solo malah ada juga buat pertama kali peserta bekumpulan tahun ini. Kumpulan yang begitu popular era tahun 90an iaitu Elite dan Billy Zulkarnain. Juga ada kumpulan yang baru dan masih hangat juga turut serta untuk GV kali ini iaitu kumpulan Forteen. Sudah kenapa nak masuk program ni korang tak cukup laku ker hehehe atau nak kembalikan semula peminat korang.

Selain itu juga perserta solo lain yang telah lama tidak beraksi dipentas besar seperti ini kembali lagi dan lebih hebat seperti penyanyi dandut Amelina, Safura Yaakob, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene dan Dia Fadilla. Manakala peserta lelaki pula pastinya memberi saingan hebat seperti Zamani dan Shafie dari kumpulan Rio. 

Juga akhirnya tahun ini setelah bertahun-tahun nama beliau selalu sebut bakal beraksi dalam GV kini telah masuk sapa lagi kalau bukan Maya Matahari. GV5 akan bersiaran selama lapan minggu dan seperti biasa diacarakan oleh Nabil Ahmad dan gandingan kelakarnya Jihan Muse. Manakala juri profesional masih tetap lagi iaitu Dato Ramli M.S dan juga Khadijah Ibrahim.

Dengar citer tahun ini penaja baru untuk program ini dan tidak lagi penaja seperti mana tahun-tahun sebelum ini. Mungkin tempias kerana kontroversi yang diterimanya dengan hadiah palsu itu biar mereka satelkan sendiri. Tahun ini abang telajak laris pula ambil alih adakah akan sama macam penaja dulu suka nak overshadow pengacara dan suka buat-buat riuh kat pentas. Sama-sama kita saksikan drama kat GV biasalah Astro kalau tak ada drama tak sah kat program mereka.