Dunia Penuh Gosip
Anugerah Seri Angkasa (ASA 2026) telah melabuhkan tirainya Sabtu lepas. Anugerah itu mempertandingkan 40 kategori televisyen, 17 kategori radio, 3 kategori media baharu selain 2 kategori khas, iaitu Anugerah Khas Juri dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.



ASA edisi ke-37 bertemakan “Segalanya Bermula Di Sini” menerima 1,106 penyertaan bagi kategori televisyen diikuti radio (421) dan media baharu (74), disiarkan secara langsung di RTM TV2, Facebook dan YouTube rasmi Kementerian Komunikasi.

Dihoskan Datuk Aznil Nawawi dan Sherry Alhadad, ASA 2026 berkonsepkan pementasan muzikal Broadway yang menampilkan kelainan impak tinggi dengan gabungan elemen teater, tarian bertenaga dan alunan muzik secara langsung daripada Orkestra RTM demi meraikan ulang tahun ke-80 Jabatan Penyiaran Malaysia.



Senarai Penuh Pemenang ASA 2026

Anugerah Khas

ANUGERAH TOKOH SERI ANGKASA 2026 – Dato’ Rahim Razali
ANUGERAH KHAS JURI – Kumang And The Ungrateful Phython (Khiu Siaw Fong – TVS)

Kategori TV

Drama TV Terbaik – Serampai Labung (Danny Alamsyah – TV1)
Drama Siri TV Terbaik – BRU (Nik Amir Mustapha – Tonton)
Pengarah Drama TV Terbaik – Bade Hj Azmi (Dosa Tak Terampun – TV1)
Skrip Drama TV Terbaik – Kalam Murabbi (Abror Rivai – TV Alhijrah)
Pelakon Wanita Drama TV Terbaik -Noorkhiriah (Seribu Tahun - Astro Ria)
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik - Azhan Rani (Wok - Unifi TV)
Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik - Dzul Hadziq (Lukisan Hati Umar - TV3)
Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik - Harun Hashim (Bilal dan Abah - TV Alhijrah)
Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik - Elizad Sharifuddin (Detik Waktu - Okey)
Pelakon Komedi TV Terbaik – Zahiril Adzim (Ramadan I Miss You – TV3)
Penyampai Berita TV Terbaik - Otto Othman (World Today - TV2)
Wartawan TV Terbaik - Fahmi Tajuddin (Buletin Utama: (Laporan Khas) Isu Pemerdagangan Manusia - TV3)
Pengimbangan Muzik TV Terbaik - Mohd Zaidi Mohamed Taib (Anugerah Juara Lagu 39-TV3)
Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik - Nur Ashidah Abdul Hamid (Majlis Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA), Sarawak 2024 - Sukan RTM)
Liputan Sukan TV Terbaik - Sollehhuddin Hemsani (Sepak Takraw Piala Asia Akhir Kategori Regu - Astro Arena)
Dokumentari TV Terbaik - Baharunnurdalila Baharunddin (Di Sebalik Bayangan Harimau - TV1)
Majalah TV Terbaik - Hartina Ayu (Jom Dive - Musim 2 Episod 1 - Okey)
Bicarawara TV Terbaik - Shahril Sarapudin (Bicara Naratif: Budaya Buli #YouTouchYouGo - TV1)
Hiburan Muzikal TV Terbaik – Anugerah Juara Lagu 39 (Mohd Jamira Ramli – TV3)
Komedi TV Terbaik – Ro Bin Hud (Ain Suhada Ahmad – TV3)
Rancangan Agama TV Terbaik – Salam Baitullah Khas Aidiladha 2025 (Shahril Sarapudin & Nuraishah Mohd Yusof – TV1)
Rancangan Sukan TV Terbaik - Bola itu Life : Persib Bandung (Eiman Eqmal Emran - Astro Arena)
Liputan Sukan TV Terbaik - Sepak Takraw Piala Asia Akhir Ketegori Regu (Solehuddin Hemsani - Astro Arena)
Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik - Junior Innovathon Episod 5 (Razliza Abdul Razak - TV1)
Animasi Tempatan TV Terbaik - Lauk Ka Indai (Amirul Afiq Husin - TVS)
Jurukamera TV Multi Camera Production (MCP) Terbaik - Fairul Yusoff (Ketua Jurukamera)(Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 - TV1)
Pengacara TV Terbaik - Dinnie Asyraf Salim (Pindaan Akta 134 Orang Asli - Bernama TV)
PSA Dan Kapsul TV Terbaik – Kapsul Hari Kebangsaan 2025 “Suara Yang Hilang” (Syahrul Iman Ibrahim – Berita RTM)
Montaj TV Terbaik – Melodi (Mohd Husinnudin Mohd Mohyi – TV3)
Pengacara TV Terbaik – Dinnie Asyraf Salim (Pindaan Akta 134 Orang Asli – Bernama TV)
Pengulas TV Terbaik– Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 (Ismail Adnan – Berita RTM)
Audio Rancangan TV Terbaik - Ibrahim Ismail (Project: Exit - Astro Citra)
Penataan Cahaya TV Terbaik - Nageswaran Ramanujem (Anugerah Juara lagu 39 - TV3)
Set TV Terbaik - Muhamad Hafizan Muhammad Noor (Anugerah Juara lagu 39 - TV3)
Tatarias TV Terbaik - Mohd Sharil Mahat (Citra Reka Busana - TV2)

Kategori Radio

PENYAMPAI RADIO LELAKI TERBAIK – Azlan Omar (Radio Klasik)
PENYAMPAI RADIO WANITA TERBAIK – Dyya Nawai (NASIONALfm)
HIBURAN RADIO TERBAIK – Konsert Gagar Merdeka Keehoi 2024 (SABAHfm)
PELAKON DRAMA RADIO TERBAIK – Fadilah Mansor (Hujan Teduh – NASIONALfm)
PELAKON PEMBANTU DRAMA RADIO TERBAIK – Nik Hasnah Ismail (Demi Kasih – IKIM FM)
SKRIP DRAMA RADIO TERBAIK – Syawal Yang Terluka (Mohd Rohizan Ramli – PERLISfm)
DOKUMENTARI RADIO TERBAIK – Piring Hitam Khazanah Irama Merdeka (Norafidah Yunus – Radio Klasik)
DRAMA RADIO TERBAIK – Semua Bermula Dengan Kematian (All Begin With Death) (Chan Chee Hong – 988 fm)
RANCANGAN AGAMA RADIO TERBAIK – Sirah Rasullah Episod 17 (Nur Liyana Nazam – PahangFM)
MAJALAH RADIO TERBAIK – Dirgahayu Tuanku: Daulat Memayungi Negara, Budi Mengakar Di Hati Jelata (Nurliyana Farhah Ruslan – Bernama Radio)
BICARAWARA RADIO TERBAIK – Mengubah Naratif Mengenai Bunuh Diri (Raifanabillah Zulkifli – Bernama Radio)
BULETIN RADIO TERBAIK – Prime At 1 (Puteri Rosli – TraXX FM)
PENGIMBANGAN AUDIO RADIO TERBAIK – Sirah Rasullullah Episod 17 – Tahun Dukacita (Nur Liyana Nazam – PAHANG FM)
PSA DAN KAPSUL RADIO TERBAIK – Sumud Cahaya Di Tengah Kegelapan Gaza (Norhaslina Hashim – JOHOR FM)
LIPUTAN BERITA RADIO TERBAIK – Siaran Khas Sambutan Hari Kebangsaan 2025 (Nurul Hidayah Md Nawai – NASIONAL Fm)
PENGULAS RADIO TERBAIK – Anil Kumar A/L Alagu (Final Day Report From The 21st Royal Langkawi International Regatta – TraXX FM RTM)

Kategori Media Baharu

DRAMA / DRAMA BERSIRI / DRAMA MIKRO TERBAIK – BRU (Nik Amir Mustapha – TONTON)
PODCAST TERBAIK – Bukan Maksum (Norhaffizah Razak – TV IKIM)
VIDEO PENDEK TERBAIK – Malay Kampung In Australia 2025 (Tanisraju Soorinarayanan – BFM)






Lapan minggu bertanding, peserta dari Kota Kinabalu, Dabra Sia akhirnya dijulang sebagai juara program realiti Borneo Rising musim pertama. Bintang kelahiran Sabah ini turut turut memenangi Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi.



Dabra atau nama penuhnya Dabra Sia Yong Ying menyampaikan lagu Abracadabra nyanyian Lady Gaga. Bagi persembahan kedua, anak kelahiran Likas, Sabah itu menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri secara duet bersama Mya K.O.I.

Sebagai juara, Dabra membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi, sebuah single berserta muzik video terbitan Rocketfuel tajaan CelcomDigi serta kontrak pembangunan dan pemasaran artis bernilai sehingga RM100,000 tajaan Rocketfuel.

Tempat kedua menjadi milik Petrova yang menerima wang tunai RM20,000 dan trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi. Joy pula menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi.



Sementara itu, Harris berada di tempat keempat. Dia menerima wang tunai RM5,000 dan trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi. Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap, iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Pemarkahan ditentukan berdasarkan 80 peratus penilaian juri profesional, manakala baki 20 peratus berdasarkan undian penonton.

Program yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad itu berlangsung selama lapan minggu, bermula 6 September hingga 25 Oktober 2026.






Konsert Tradisional Gema Bumantara berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu lepas berjaya menarik kehadiran lebih 63,000 peminat.


Anugerah Melodi Terhangat (AMT2026) tahun ini menyaksikan pelakon, Anna Jobling dinobatkan sebagai pemenang selepas meraih undian tertinggi sekali gus membawa pulang trofi kemenangan keseluruhan.



AMT2026 dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular seperti Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir dan ramai lagi.

Lebih menarik, pentas AMT2026 turut menyaksikan kehadiran barisan selebriti popular seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang tampil sebagai penyampai anugerah.



Kemeriahan AMT2026 kali ini diserikan dengan gandingan Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara utama.

Senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di AMT2026. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Fresh Rising Star Terhangat Darlie – Zaki Yamani
Selebriti Maskulin Terhangat – Fattah Amin
Selebriti Feminin Terhangat – Anna Jobling
Selebriti Muzik Terhangat – Khai Bahar
Selebriti Couple Goals Terhangat – Janna Nick & Dini
Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO – Hael husaini
Selebriti Viral Terhangat – Aisha Retno
Selebriti Stailo Terhangat – Meerqeen
Tonton Original Terhangat – Neraka Yang Terhijab
Lagu Terhangat – Nurcinta
Drama Sangat Terhangat – Yes! Captain Zul Aaryan (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
Direktor & Filem Terhangat – Bobby Husaini & Libang Libu



Manakala, empat kategori lain iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat akan disampaikan menerusi CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026 yang bakal berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

AMT2026 dihangatkan lagi dengan tema ‘Power’ dan turut mendapat sokongan daripada beberapa penaja, seperti CUCKOO, Darlie, Gardenia QuickBites, Mentos dan Grab.








Majlis resepsi perkahwinan selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berlangsung meriah di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada malam Minggu semalam.



Dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu, majlis yang menghimpunkan dua figura daripada latar berbeza itu turut dihadiri tetamu diraja, tokoh politik serta selebriti tanah air dan sahabat handai.

Pada malam bersejarah tersebut, Bella dan Syed Saddiq tampil sedondon menggayakan persalinan songket merah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.

Pasangan tersebut kemudian bertukar kepada persalinan kedua bagi acara memotong kek dengan Bella anggun mengenakan gaun putih rekaan Alia Bastamam manakala Syed Saddiq tampil segak dalam sut daripada Hijabistahub.



Majlis resepsi yang mendapat sentuhan perancang acara Reka Teemor itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan istimewa daripada barisan penyanyi terkenal tanah air.

Majlis turut diserikan dengan ucapan khas daripada ibu bapa pengantin lelaki sebelum jamuan makan malam bermula.

Antara tarikan utama malam itu ialah persembahan biduanita negara persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, barisan orkestra pimpinan Datuk Mokhzani Ismail, dan artist tanah air Jaclyn Victor. Selain itu persembahan istimewa dari adik Bella Didi Astillah bersama bapa Bella dengan diiringi lagu Can’t Help Falling In Love.



Dua lagi majlis resepsi bertemakan kenduri rakyat khusus untuk rakyat Malaysia yang akan berlangsung di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober. Majlis turut mendapat liputan khas daripada ASTRO secara langsung.








Sekali lafaz, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sah bergelar suami kepada penyanyi, pelakon dan personaliti televisyen terkenal, Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada pagi 10 Oktober 2026.



Selepas enam bulan mengikat tali pertunangan, pasangan merpati dua sejoli ini melakar sejarah apabila menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di Presint Merdeka 118, salah satu mercu tanda ikonik negara. Dengan latar suasana yang memukau di aras 118, detik penyatuan dua hati ini menjadi simbolik kepada permulaan baharu dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri, turut disaksikan oleh ribuan rakyat Malaysia apabila disiarkan secara langsung di pelbagai platform Astro, membawakan pengalaman menonton yang dekat dan eksklusif kepada penonton di seluruh negara.

Majlis akad nikah yang berlangsung dalam suasana penuh indah dan berkonsepkan Arab serba putih itu diserikan dengan kehadiran ahli keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan industri terdekat. Turut memeriahkan acara ialah kehadiran tetamu kenamaan termasuk YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, YBhg. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, YBhg. Tan Sri Muhyiddin Yassin, YB Puan Hannah Yeoh dan ramai lagi. 



Dalam majlis tersebut, pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah YABhg. Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli, dengan berwalikan En. Awang Astillah iaitu bapa kepada Bella Astillah. Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin sebanyak RM500 kepada Bella sebagai tanda penyatuan mereka, selain bertukar hantaran yang terdiri daripada tujuh dulang daripada pihak pengantin lelaki berbalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Menambah seri majlis, kedua-dua mempelai tampil anggun dalam busana rekaan Zaimi Zulkafli, menyerlahkan keanggunan dan keperibadian tersendiri pasangan pengantin, sekali gus melengkapkan suasana romantis dan elegan yang mewarnai hari bersejarah mereka.



Perjalanan indah menuju hari bahagia ini serta setiap momen istimewa pernikahan pasangan tersebut akan dipaparkan menerusi program khas ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, yang bersiaran setiap hari Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104), serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.








Dua dunia berbeza, satu kisah cinta yang mencuri perhatian seluruh Malaysia. Bella Astillah, selebriti tanah air, dan YB Syed Saddiq, tokoh politik, bakal melangkah ke alam perkahwinan menerusi Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq, siri istimewa eksklusif Astro yang mengabadikan perjalanan mereka menuju hari bahagia dan kehidupan sebagai suami isteri.



Bermula 6 Oktober 2026, lapan episod ini membawa penonton mengikuti perjalanan Bella Astillah & Syed Saddiq bersama keluarga dalam membuat persiapan menjelang hari bahagia mereka. Dari debaran menuju ke majlis pernikahan, detik-detik penuh bermakna bersama insan tersayang, hinggalah kepada realiti kehidupan selepas diijabkabul, program ini turut menampilkan sisi peribadi Bella dan Syed Saddiq dalam melayari fasa baharu sebagai suami isteri bersama anak-anak.

‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’ merakam sebuah perjalanan yang cukup istimewa buat pasangan daripada dua latar belakang berbeza ini. “Bagi kami, satu penghormatan apabila diberi kepercayaan untuk mengabadikan perjalanan istimewa ini dan membolehkan seluruh Malaysia menyaksikan detik-detik tersebut secara eksklusif hanya di Astro. Kami berharap ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’ dapat menjadi satu perjalanan yang dinikmati bersama, bermula dari debaran menuju hari bahagia, detik mereka disatukan, hinggalah melangkah ke fasa kehidupan baharu. Astro sentiasa komited menghubungkan peminat dengan momen terindah personaliti kegemaran mereka menerusi liputan eksklusif ini,” ulas Naib Pengerusi Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad. 



“Astro mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Bella dan Syed Saddiq. Semoga mahligai yang dibina sentiasa dipenuhi kebahagiaan, kasih sayang dan kenangan indah untuk mereka sekeluarga. Selamat menempuh kehidupan baharu, Bella Astillah & Syed Saddiq!” tambah Raqim.

Perjalanan Bella Astillah & Syed Saddiq turut diteruskan menerusi dua majlis resepsi di lokasi berbeza. Selepas Kuala Lumpur, pasangan ini bakal diraikan di Muar, Johor pada 25 Oktober 2026 bagi sebelah keluarga Syed Saddiq, serta Kota Kinabalu, Sabah bagi keluarga dan kenalan Bella pada 31 Oktober 2026.



Menurut Bella, “Perjalanan ini sangat bermakna buat kami lebih-lebih lagi apabila dapat berkongsi detik-detik bahagia ini bersama keluarga, Ayden, Ara dan semua yang sentiasa mendoakan kami. Semoga kisah ini menjadi kenangan manis yang akan kami simpan selamanya.”

“Kami sangat menghargai setiap doa dan sokongan yang diberikan. Terima kasih Astro kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ini dan merakam detik bahagia kami secara eksklusif,” sambung Syed Saddiq.



Saksikan kisah pasangan romantis ini menerusi ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, bermula 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104), serta boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka. Majlis nikah Bella Astillah & Syed Saddiq bakal disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Saluran 105), Astro Awani (saluran 501), Sooka & Astro GO, serta platform media sosial Astro Malaysia dan Astro Gempak pada 10 Oktober 2026, Sabtu, jam 9 pagi.







Datuk Jalaluddin Hassan menepati ramalah juara Kilauan Emas Selebriti pada konsert final baru-baru ini. Kemenangan tersebut sekali gus melayakkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM800.



Malah, dia juga bakal menerima tajaan pakej penginapan tiga hari dua malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Pada malam kemuncak tersebut, Jalaluddin menyanyikan lagu My Way dan Humko Humise Chura Lo (duet bersama Nadia Fharshah).

Dalam pada itu, Jalaluddin turut menerima Kilauan Emas Of The Week yang membawa pulang RM2,000 dan menyumbangkan wang tersebut kepada selebriti Salih Yaacob.

Naib juara pula menjadi milik Datuk Tamimi Siregar yang membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM600 serta tajaan pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Manakala tempat ketiga milik Zila Bakarin yang menerima sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM500 serta tajaan pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Sementara itu, Fazlina Ahmad Daud pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, Amyza Aznan tempat kelima sementara Rahhim Omar di tempat keenam.







Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke 25 memberi tumpuan hangat kepada anugerah Vokal Wanita Terbaik yang berjaya dimenangi oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza  menerusi lagu ‘Kesuma’. Ini adalah kemenangan beliau kali ke 14 dalam kategori yang sama. Selain itu juga  Datuk Seri Siti juga memenangi kategori Lagu Terbaik menerusi Pesanan Buat Diri yang turut menang bagi ketegori Lagu Tradisional Terbaik.



Manakala buat pertama kalinya Dato Seri Siti memenangi kategori Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik menerusi lagu 'Cenderamaya' hasil ciptaan Irena Taib, Amni Musfirah dan Jamilah Abu Bakar dari Signapura.

Sementara itu, penyanyi muda yang meningkat naik dan berbakat besar, Aisha Retno, turut mencipta kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Album Terbaik menerusi album sulungnya Re.Hab selain turut memenangi kategori Rakaman Album Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi (O.R.B.I.T).



Turut mencuri tumpuan, penyanyi Mimi Fly menggengam lima trofi apabila dinobatkan sebagai pemenang Lagu Perayaan Terbaik menerusi Serumpun, selain meraih kejayaan kategori Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di Tiktok (Serumpun), Video Muzik Terbaik (Temberang), Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Nara) serta Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik (Temberang).

AIM25 juga mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dianjurkan diluar semenanjung Malaysia apabila ia diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) dan disiar secara langsung di TVS. Pemenang bagi 15 kategori di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menerima geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) sebanyak RM50,000 setiap satu, manakala pemenang kategori Album Terbaik membawa pulang geran berjumlah RM200,000.



Berikut senarai penuh pemenang AIM25

1. Artis Baru Terbaik: Alpha, ‘Mona Lisa’

2. Vokal Lelaki Terbaik: Arddley Nicholas, ‘Sandiwara Cinta’

3. Vokal Wanita Terbaik: Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ‘Kesuma’

4. Vokal Kumpulan Terbaik: Inteam, ‘Satukan Kami Di Syurga’

5. Kugiran Terbaik: Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Amir Masdi, ‘Mahkota’

6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik: Hael Husaini & Nadeera, ‘Peluk’

7. Video Muzik Terbaik: Hafiz Rashid, ‘Temberang’ (Mimifly)

8. Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama: ‘Aku Bukan Narsisis’ (Hazama)

9. Lagu Rock Terbaik: ‘Bila Sampai Waktu’, Faizal Tahir

10. Lagu Pop Terbaik: ‘P Ramlee Saloma’, Alpha

11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik: ‘Tanya Tuhan’, Yonnyboii & Malique

12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik: ‘Temberang’, Mimifly

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: ‘O.R.B.I.T’, Aisha Retno

14. Lagu Cina Tempatan Terbaik: ‘(Love Yourself)’, Yise Loo

15. Lagu India Tempatan Terbaik: ‘Kadhal War’, Buggimaan ft Sri Vithya

16. Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik: ‘Cenderamaya’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

17. Lagu Nasyid Terbaik: ‘Fitnah Akhir Zaman’, Halim Ahmad

18. Lagu Etnik Terbaik: ‘Pelangi Pasti’, Marsha Milan

19. Lagu Perpaduan Terbaik: ‘Matahari Malaya’, Mc Syze & Noh Salleh

20. Lagu Tradisional Terbaik: ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

21. Lagu Borneo Terbaik: ‘Dayang Bintang’, Mawat

22. Album Terbaik: [RE.HAB], Aisha Retno

23. Lagu Terbaik: ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

24. Kulit Single/Album Terbaik: Aidil Saleh, Misompuru, Marsha Milan

25. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Mimifly, ‘Nara’

26. Lagu Perayaan Terbaik: ‘Serumpun’, Mimifly

27. Rakaman Album Terbaik: Jaydi & Seatravel, [RE.HAB], Aisha Retno

28. Rakaman Lagu Terbaik: Koh Kok Boon, ‘Gasoline’, Akim & The Majistret

29. Anugerah Dalam Talian, Lagu Paling Tinggi Distrim: ‘Seni Berdamai Dengan Takdir’, Naim Daniel & Adnin Roslan

30. Anugerah Dalam Talian, Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok: ‘Serumpun’, Mimifly

31. Anugerah Dalam Talian, Video Muzik Rasmi Malaysia Dengan Tontonan Tertinggi Di Pelantar Video Utama: ‘Meriah Lain Macam’, Hael Husaini & Nadeera

32. Anugerah Sri Wirama: Ella.