Dunia Penuh Gosip - Media Prima Dunia Penuh Gosip: Media Prima - All Post
Memaparkan catatan dengan label Media Prima. Papar semua catatan
Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) telah melancarkan stesen radio keempat mereka yang diberi nama, Kool FM. Dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RRMP Seelan Paul, saluran yang akan mensasarkan mereka yang berusia antara 25 hingga 44-tahun. 


Menurut beliau radio ini akan memainkan lagu-lagu dari tahun 80-an, 90-an dan juga hits popular dalam dan luar negara dengan genre tambahan dangdut untuk ditambah ke senarai lagu pilihan. Ia adalah sangat menarik dengan pelancaran Kool FM sebagai saluran orang dewasa. Sebelum ni radio sedia ada seperti Hot FM, Fly FM dan One FM memberi tumpuan kepada Gen-Y.

Kool FM dilancarkan di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, dengan penampilan dari juruhebah radio yang termasuk artis tempatan AG, Haiza, Liza, Ikhwan, Farid dan Ezaq. Para pendengar boleh mula mendengar radio ini bermula pada 3 Mac di frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang dan 90.2 FM di Pulau Pinang sahaja buat masa ini.

Adakah ini menunjukan bahawa HotFM tidak lagi menyengat seperti dulu. Apa strategi RRMP untuk mengembalikan semua takhta sebagai radio No 1 di Malaysia. Mereka kena ikut perkembangan mana lagu2 baru yang ada kat youtube dengan tontonan lebih 1 juta tu patut dan boleh masuk radio. Kerana mesti ramai peminat lagu2 tersebut.







Berita sedih dan juga berita yang tidak berapa sedap kita dengar untuk permulaan minggu ini. Pagi tadi di HotFM penyampai radio tersebut telah membuat pengumuman. Sebelum ini mereka bermain teka-teki tentang satu pengumuman yang agar menggemparkan daripada minggu lepas lagi. Ingatkan pengumuman Fara Fauzana dan ada jodoh dan akan menamatkan zaman bujangnya tapi lain pulak bunyinya pengumuman itu.


Rupanya Fara Fauzana akan meninggalkan station radio tersebut buat selamanya dan juga menamatkan kareernya sebagai penyampai radio. Katanya beliau akan menumpukan hasrat untuk menjadi pengacara sepenuh masa pula. Jadi lepas ni kita tidak akan dapat mendengar lagi celoteh dan gelak tawa penyampai yang lebih mesra disapa Fafau ini di dalam radio.

Namun bukan sampai di situ sahaja pengumuman yang dibuat di radio HotFM pagi tadi juga mengejutkan di mana 3 lagi penyampai turut akan meninggalkan station radio yang hangat itu. Penyampai tersebut adalah AG, Ikhwan dan juga penyampai baru Liza. Mereka akan berpindah ke station radio baru yang juga di bawah naungan Media Prima.


Bagi AG yang telah 10 tahun di HotFM banyak sangat pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Termasuklah bersama dengan peminat bukan sahaja di udara tapi di luar konti untuk memeriahkan lagi station radio tersebut. Ikhwan juga sama yang dah lama dengan HotFM akan meninggalkan tempat di mana beliau memulakan kareer sebagai penyampai radio.

Apa pun keputusan yang dibuat tetap akan menjadi sejarah dan kenangan indah kepada semua peminat radio yang pernah mendapat takhta No 1 pilihan rakyat Malaysia. Doa terbaik buat semua ke 4 orang penyampai tersebut dan terus maju jaya dalam apa sahaja yang diceburinya. Moga lepas ini ada pula suara baru untuk menggantikan mereka atau adakah HotFM akan terkubur.... jeng jeng jeng...









Sebelum ini kita selalu dgr tonton.com.my dan kini tonton telah mempunyai cabang barunya tersendiri iaitu Tonton Music. Ini adalah satu lagi portal persediaan Media Prima untuk mempelbagaikan cabang hiburan tanah air bukan sahaja tv dan radio malah melalui media internet paling besar dan meluas. Portal Tonton Music mula di perkenalkan selepas sahaja majlis Anugerah Juara Lagu ke 28 kepada umum.


Menyediakan music penghibur halwa telinga Tonton Music bakan menyediakan platform baru kepada industri untuk memperkenalkan music mereka kepada pendengar. Tonton Music buat permulaan menyediakan lagu2 yg di persembahkan di Anugerah Juara Lagu yg lepas untuk mereka dengari sekali lagi kehebatan persembahan artis2 tanah air. Portal ini akan di perkembangkan lagi dari hari ke hari untuk lebih byk music yg boleh di jadikan sebuah library kepada pendengar di Malaysia.

Ia adalah portal percuma kepada semua peringkat usia untuk mendengar dan juga mencari lagu2 pilihan mereka. Tonton Music boleh di dengar secara online dengan melayari www.tontonmusic.com.my dimana- mana sahaja peranti selagi ia mempunyai internet access. Perkembangan bagu ini menjadikan lagi industri music tempatan lebih selamat dan di lindungi daripada pencetak rompak di luar sana. Tahniah untuk Media Prima sekali lagi atas usaha ini.