Lima Gandingan Makanan Hebat untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman | Dunia Penuh Gosip

Lima Gandingan Makanan Hebat untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Saya sering ditanya tentang makanan yang patut atau tidak patut diambil pada masa yang sama. Ada sesetengah individu berpendapat bahawa dengan tidak menggabungkan protein dan karbohidrat dalam sajian yang sama, mereka dapat mengurangkan berat badan. Namun, satu kajian yang diterbitkan kira-kira 10 tahun lalu telah menyanggah dengan idea tersebut.

Susan Bowerman, M.S., R.D., CSSD, CSOWM, FAND – Pengarah Kanan, Latihan dan Pendidikan Pemakanan Sedunia, Herbalife

Sebaliknya, terdapat satu lagi konsep berkaitan gabungan makanan yang kadangkala digelar sinergi atau gandingan makanan yang mengiktiraf bahawa makanan tertentu menawarkan lebih banyak manfaat pemakanan apabila diambil bersama berbanding jika dimakan secara berasingan. Kita boleh membayangkan konsep ini dari segi khasiat pemakanan sebagai “satu campur satu jadi tiga.

Bagaimana Untuk Memaksimumkan Khasiat Pemakanan Menerusi Gandingan Makanan 


Sayur berwarna-warni dengan sedikit lemak 


Banyak buah dan sayur mengandungi sebatian yang dinamakan karotenoid. Ini merupakan pigmen semula jadi yang memberikan warna yang menarik kepada makanan seperti tomato, lobak merah dan bayam. Pigmen khusus tersebut masing-masing dinamakan likopena, beta-karotena dan lutein.



Karotenoid berfungsi sebagai antioksidan dalam badan, yang merupakan salah satu sebab mengapa buah dan sayur adalah sebahagian penting daripada diet yang sihat. Sebatian penting ini larut lemak, dan ini bermakna apabila anda makan sayur dengan sedikit lemak, badan anda boleh menyerap lebih banyak karotenoid. Justeru, menambah lemak sihat seperti memasukkan avokado dalam salad atau menggunakan kuah salad yang disediakan dengan minyak zaitun akan membantu badan anda menyerap karotenoid yang ditemui dalam daun salad romaine, lobak merah dan tomato. 

Vitamin C dengan sayur dan bijian yang mengandungi zat besi


Zat besi wujud dalam dua bentuk berbeza. Satu bentuk dinamakan besi “heme” boleh didapati dalam ikan, daging dan ayam, dan lebih mudah diserap oleh badan berbanding zat besi “bukan-heme” yang didapati dalam makanan tumbuhan. 



Apabila anda mengambil Vitamin C bersama sumber zat besi bukan heme, badan anda akan menyerap zat besi dengan lebih baik  Tidak banyak yang diperlukan: Jumlah Vitamin C dalam sebiji oren atau tomato boleh meningkatkan penyerapan zat besi sebanyak tiga kali ganda. Strawberi akan membantu anda mengambil zat besi dalam bijirin anda. Zat besi dalam bayam akan diserap dengan lebih baik jika anda memasukkan oren atau potongan limau gedang ke dalam salad bayam anda.
 

Lemon dan teh hijau


Fitonutrien dalam teh hijau, yang wujud secara semula jadi dan mengandungi antioksidan unik dan bermanfaat yang dinamakan katekin, bertindak membantu melindungi sel dan tisu badan daripada kerosakan pengoksidaan. Apabila anda menambah lemon ke dalam teh hijau, Vitamin C boleh membantu badan anda menyerap sebatian berguna ini. Jika anda tidak suka lemon dalam teh anda, makan buah yang kaya dengan Vitamin C seperti semangkuk beri atau sepotong oren bersama minuman teh anda.




Ikan dan sayur hijau 


Apabila anda minum susu yang diperkayakan dengan Vitamin D, vitamin tersebut membantu badan menyerap kalsium dalam susu. 



Tetapi ada satu lagi cara yang baik untuk menggandingkan dua nutrien ini – ikan dan sayur. Ikan berlemak seperti salmon dan tenggiri membekalkan Vitamin D dan sayuran hijau seperti daun lobak putih, daun sawi, kubis keriting dan sawi Jepun membekalkan kalsium.  Menggandingkan kedua-duanya akan membantu badan anda menyerap kalsium di dalam sayur. 

Gandingan makanan berasaskan tumbuhan


Makanan berasaskan tumbuhan – termasuk buah, sayur dan kekacang – adalah antara sumber antioksidan yang terbaik. Manfaat antioksidan dipertingkatkan apabila anda mencampurkan makanan, dan bukannya makan secara berasingan. Kombinasi oren, epal, anggur dan beri biru didapati mempunyai kapasiti antioksidan lebih tinggi berbanding jumlah buah yang sama apabila dimakan secara berasingan. 









0 comments: