Rakyat Malaysia kini berpeluang menonton drama dengan cara yang lebih fleksibel sesuai dengan gaya hidup pantas masa kini di mana peranti mudah alih menjadi tumpuan utama. Do Drama, aplikasi drama khusus pertama Malaysia, telah dilancarkan secara rasmi hari ini, membawakan cara yang berbeza untuk menonton drama bersiri pendek dengan format video menegak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.
Do Drama, yang dibangunkan oleh Drama Byte Sdn Bhd, ialah sebuah platform tempatan ciptaan rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Aplikasi ini menambat hati penonton yang menyajikan cerita yang menghiburkan dan meruntun jiwa, tanpa mengikuti episod drama yang panjang berjela. Dari peminat drama tegar sehingga ke penonton Gen Z. Aplikasi ini direka untuk membolehkan pengguna menonton menggunakan peranti mudah alih sambil menunggu mesyuarat seterusnya, semasa berulang-alik kerja atau sebelum tidur.
Kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store, aplikasi ini memperkenalkan format kandungan serba baharu yang disediakan khas untuk skrin mudah alih.
“Dengan pelancaran Do Drama, kami bukan sahaja menyediakan aplikasi hiburan semata-mata tetapi juga memperkenalkan cara baharu bagi rakyat Malaysia untuk menikmati cerita tempatan. Sesuai untuk peranti mudah alih, berasaskan budaya setempat dan dicipta khas untuk penonton yang ingin menyaksikan drama dengan cara yang serasi dengan kehidupan harian masing-masing, tidak kira di mana mereka berada. Platform ini mengubah sama sekali bagaimana sebuah cerita boleh disampaikan dan dipertontonkan dengan cara yang pantas, berkesan dan relevan,” menurut Eric Tam, Pengarah Drama Byte Sdn Bhd.
Pelancaran Do Drama dilakukan pada masa kandungan video pendek dan format menegak yang kini sedang mendapat sambutan hebat di seluruh dunia. Direka berilhamkan platform drama pendek di China, aplikasi ini mengguna format yang serupa drama pendek hanya beberapa minit setiap episod, disampaikan dalam format skrin menegak untuk tontonan mudah alih lancar. Format ini telah terbukti berjaya menambat perhatian penonton kerana tempoh masa tayangan yang singkat, tetapi berjaya membina hubungan emosi kepada penonton.
Dengan populasi Malaysia yang dianggarkan mencecah 35.9 juta pada tahun 2025, Do Drama berada dalam kedudukan yang strategik untuk meneroka pasaran hiburan mudah alih tempatan. Dengan anggaran penglibatan konservatif sebanyak 5–10% daripada populasi, platform ini berpotensi menjana hampir RM2.1 bilion dalam hasil tahunan berulang melalui langganan dan pembelian tambah nilai. Aliran pendapatan yang besar ini mampu merancakkan lagi industri hiburan tempatan bukan sahaja mendorong penciptaan kandungan yang lebih pelbagai, tetapi juga membuka lebih banyak ruang dan peluang buat pelakon serta bakat tempatan untuk mendapat pendedahan skrin yang lebih luas dan menyumbang kepada ekosistem yang lebih berkembang pesat.
Pada pelancaran, Do Drama memperkenalkan lapan drama bersiri pendek original, yang dihasilkan dengan kerjasama pembikin filem dan bakat kreatif tanah air. Salah satu drama yang bakal ditayangkan ialah “Paku Hatiku”, karya arahan Aidilfitri Mohamad Yunos, yang terkenal dengan gaya penceritaan tersendiri dan kesan emosi yang dihasilkan. Dua lagi siri iaitu “Rumah Pusaka” dan “Magika! Bulan Mengembang” dihasilkan oleh Pekin Ibrahim sebagai penerbit, dengan “Magika! Bulan Mengembang” turut menampilkan Mona Allen sebagai salah seorang pelakon utama. Dengan pelbagai cerita yang merangkumi kisah romantik, drama keluarga, aksi mendebarkan dan ranjau kehidupan, setiap siri diperhalusi untuk memaparkan kepelbagaian dan mencerminkan kisah kehidupan di Malaysia.
Apa yang membezakan Do Drama bukan sahaja formatnya, tetapi pengalaman aplikasi yang mengasyikkan. Direka cipta untuk menggalakkan penglibatan pengguna, platform ini memperkenalkan pelbagai ciri yang menjadikan tontonan lebih interaktif dan menarik. Antaranya termasuk sari kata pelbagai bahasa, sistem ganjaran tersedia yang menggalakkan tontonan konsisten, dan paling penting, ulasan pada skrin — ciri ulasan secara langsung yang membolehkan penonton meluahkan perasaan menerusi komen dalam masa sebenar, mencetuskan suasana tontonan sosial walaupun ketika menonton drama bersendirian. Ini menjadikan Do Drama platform drama pendek pertama di Malaysia untuk menawarkan ciri sedemikian.
Oleh kerana gaya tontonan kian berubah, Do Drama bertekad untuk menerajui inovasi kandungan mudah alih, memberi ruang untuk pencipta kandungan tempatan menyampaikan kisah yang lebih singkat dan menarik tanpa ‘mencuri masa berharga penonton. Format ini membuka lembaran baharu bagi hiburan drama — dan ia bermula dengan skrin telefon pintar.
Do Drama kini boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.
Untuk maklumat lanjut, layari https://dodrama.com, atau ikuti sosial media mereka:
Facebook : https://facebook.com/dodrama.my
Instagram : https://instagram.com/dodrama.my
Tiktok : https://tiktok.com/@dodrama.my
0 comments: