Dunia Penuh Gosip - AMT 2025 Dunia Penuh Gosip: AMT 2025 - All Post
Memaparkan catatan dengan label AMT 2025. Papar semua catatan
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengungguli Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 dengan meraih trofi utama, Ultimate Award pada malam kemuncak yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.



Utimate Award AMT 2025 adalah penghargaan tertinggi kepada figura paling berpengaruh berdasarkan impak positif, momen tular serta sokongan dan interaksi awam sepanjang tahun ini.

Tidak cukup itu, Daiyan turut membawa pulang trofi bagi kategori Selebriti Stailo Terhangat.

Manakala tekaan ramai untuk Anugerah Selebriti Couple Goals Terhangat tepat apabila pasangan couple popular Syed Saddiq dan Bella Astila atau BASS di nobatkan sebagai pemenang.



AMT 2025 yang meraikan bukan sahaja populariti, tetapi pengaruh sebenar dalam dunia digital dan sosial. dikendalikan Ain Edruce dan Fikry Ibrahim.

Acara itu dihangatkan dengan persembahan Iman Troye, Ara Johari, Dukes, Mary Grave, Kai Deva, Feminin, Wani Kayrie, Umairah, Sarah Suhairi, De Fam, penyanyi Indonesia, Fajar Noor, Marsha Milan, Anuar Zain, Ella dan Hael Husaini.




Senarai Penuh Pemenang Setiap Kategori Anugerah Melodi Terhangat 2025

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Daiyan Trisha
Selebriti Couple Goals Terhangat - Bella Astillah & Syed Saddiq
Selebriti Ikon Terhangat - Siti Saleha
Selebriti Feminin Terhangat - Sophia Al Barakbah
Selebriti Drama Sangat Terhangat - Che Puan Sarimah
Pilihan Proton X50 Superstar - Keymi HOTFM
Selebriti Viral Terhangat - Rosyam Nor
Selebriti Maskulin Terhangat - Fattah Amin
Selebriti Trending Terhangat - Cik Epal
Selebriti Newcomer Terhangat - Zarif Ghazzi
Selebriti Stailo Terhangat - Daiyan Trisha
Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat - Khai Bahar
Tonton Original Terhangat - BRU