Dunia Penuh Gosip - Anugerah Stail EH! Dunia Penuh Gosip: Anugerah Stail EH! - All Post
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Stail EH!. Papar semua catatan
Sempena ulang tahun EH! yang ke-20, sidang editorial EH! Malaysia membariskan 20 kategori secara keseluruhan pada tahun ini yang melibatkan selebriti lama dan baharu, pereka fesyen, influencer, model, jurusolek serta pendandan rambut yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri hiburan tanah air.


Diacarakan oleh influencer tersohor, Yaya Zahir serta hos Gempak TV, Isha Norisham, majlis yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan yang hebat daripada penyanyi popular tanah air seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Khai Bahar dan juga Zizi Kirana.

Penganjuran kali ke-7 yang mengetengahkan Alter Ego sebagai tema bagi edisi tahun ini, turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti ternama Malaysia antaranya Neelofa, Scha Alyahya, Sherry Alhadad, Hael Husaini, Zahirah MacWilson, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Majlis yang turut mendapat kerjasama dari rakan media Astro Ria, Hlive! dan Gempak TV itu juga bertujuan mengangkat selebriti tempatan serta individu-individu yang bergiat aktif dalam bidang seni yang sering menjadi perhatian pelbagai cabang media massa terutamanya media sosial.

Lebih menarik, jumlah undian yang mencecah 45,290 undian itu difahamkan dua kali ganda berbanding edisi sebelum ini. Malah, di atas sokongan yang tidak putus daripada pembaca setia EH! Malaysia, beberapa nama selebriti popular mendominasi carta Anugerah Stail EH! bagi edisi kali ini.

Di sini, senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan termasuk satu anugerah utama iaitu “Anugerah Stail EH! 2019”.

Anugerah Style EH! 2019 - Scha Alyahya 
Selebriti Lelaki Paling Bergaya - Syafiq Kyle
Selebriti Wanita Paling Bergaya - Scha Alyahya 
Selebriti Pilihan Kulit Majalah - Neelofa
Jurusolek Selebriti Pilihan - Khir Khalid
Model Pilihan - Malek Mccrone
Video Muzik Paling Stylish - Temberang (Ayda Jebat)
Influencer Kecantikan Pilihan - Aisha Liyana
Penata Gaya Selebriti Pilihan - Tym Fatimah
Pereka Fesyen Baru Pilihan - Ridzuan Alias
Selebriti 'True Colour' - Sherry Alhadad
Influencer Fesyen Pilihan - Yaya Zahir
Selebriti Kulit Cantik - Zahirah Macwilson
Selebriti Harapan Pilihan - Khai Bahar
Pereka Fesyen Selebriti - Dato' Rizalman Ibrahim 
Pasangan Selebriti Pilihan - Fattah Amin & Nur Fazura
Selebriti Lelaki Seksi - Remy Ishak 
Selebriti Wanita Seksi - Zizi Kirana
Selebriti Pencapaian Terbaik - Hael Husaini
Pendandan Rambut Selebriti Pilihan - Ckay Liow









Hari yang dinanti-nantikan telah tiba, dimana EH! sekali lagi ingin memartabatkan selebriti tempatan dengan mempertaruhkan 19 kategori secara keseluruhan dan kuasa untuk memilih ada di tangan anda!


Pemilihan lima calon akhir bagi setiap kategori telah dipilih oleh sidang Editorial EH!. Siapakah bakal selebriti lelaki paling bergaya, wanita paling seksi mahupun pasangan selebriti pilihan anda?

Kategori Anugerah Stail EH!
1) Selebriti Lelaki Paling Bergaya
2) Selebriti Wanita Paling Bergaya
3) Selebriti Lelaki Seksi
4) Selebriti Wanita Seksi
5) Selebriti Pilihan Kulit Majalah
6) Pasangan Selebriti Pilihan
7) Jurusolek Selebriti Pilihan
8) Pereka Fesyen Selebriti
9) Model Pilihan
10) Selebriti Harapan Pilihan
11) Pendandan Rambut Selebriti Pilihan
12) Video Muzik Paling Stylish
13) Influencer Kecantikan Pilihan
14) Influencer Fesyen Pilihan
15) Penata Gaya Selebriti Pilihan
16) Pereka Fesyen Baru Pilihan
17) Selebriti Pencapaian Terbaik
18) Selebriti Kulit Cantik
19) Selebriti ‘True Colour’

Setiap undian anda penting untuk mereka mengungguli kategori masing-masing.

15 pembaca bertuah turut berpeluang untuk menangi hadiah menarik dari LANCÔME. Bukan itu sahaja, anda berpeluang untuk dapatkan satu Lancôme Starter Kit di pengakhiran undian ini nanti.

Jadi cepat undi artis pilihan anda sekarang di https://anugerah.stail.eh.my/.





Hari yang dinanti-nanti telah tiba dimana EH! sekali lagi ingin mermatabatkan selebriti tempatan dengan mempertaruhkan 14 kategori dalam Anugerah Stail EH! 2017. Secara keseluruhan kuasa untuk memilih ada di tangan anda.


Pemilihan 5 calon akhir bagi setiap kategori telah dipilih oleh sidang Editorial EH! Siapakah bakal selebriti lelaki paling bergaya, selebriti wanita paling seksi mahupun pasangan selebriti pilihan anda.

Setiap undian anda penting untuk mereke mengungguli kategori masing-masing. Usah tunggu lagi dan undi artis pilihan anda sekarang. Anda yang mengundi berpeluang untuk memenangi hadiah daripada OPPO dan Sothys kesemuanya bernilai RM6000. Tarikh tutup undian adalah 30 April 2017.

Senarai calon akhir Anugerah Stail EH!

Selebriti Wanita Paling Bergaya
Nabila Huda
Neelofa
Nur Fazura
Scha Alyahya
Vivy Yusof 

Selebriti Lelaki Paling Bergaya
Awal Ashaari
Fattah Amin
Joe Flizzow
Nabil Ahmad
Nazim Othman 

Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik
Anzalna Nasir
Elizabeth Tan
Fouziah Gous
Izara Aishah
Kilafairy

Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak
Hairul Azreen
Raja Afiq
Redza Rosli
Saharul Ridzwan
Zul Arifin

Selebriti Wanita Paling Seksi
Amelia Handerson 
Fasha Sandha
Juliana Evans
Siti Saleha 
Tasha Shilla

Selebriti Lelaki Paling Seksi
Alif Satar
Fattah Amin
Hisyam Hamid
Redza Rosli
Remy Ishak 

Selebriti Paling Fotogenik
Diana Denielle
Nora Danish
Nur Fazura
Rozita Che Wan
Sari Yanti 

Selebriti Pencapaian Terbaik
Ayda Jebat
Dato Siti Nurhaliza
Dayang Nurfaizah
Faizal Tahir
Yuna

Selebriti Pilihan Kulit Majalah
Ayda Jebat
Elfira Loy
Lisa Surihani
Neelofa
Scha Alyahya 

Pasangan Selebriti Pilihan
Amar Baharin & Amyra Rosli
Awal Ashaari & Scha Alyahya
Hairul Azreen & Hanis Zalikha
Jep & Sari Yanti
Keith Foo & Kim Raymond 

Jurusolek Selebriti Pilihan
KF Bong
Emmy Agung
Khir Khalid
Najeeb Azami 
Tiar Zainal

Pereka Fesyen Selebriti Pilihan
Alia Bastamam
Fizi Woo
Innai Red
Nurita Harith 
Rizman Ruzaini

Model Pilihan Majalah
Rita Nadira
Rubini Rubi
Shikin Gomez
Tuti
Vanizha Vasathanathan

Selebriti Harapan Pilihan
Aiman Tino
De Fam
Fahad Iman
Mira Filzah
Syamel


Undi sekarang di www.EH.com.my anda boleh undi berapa kali yang anda mahu.