2 Tersingkir Minggu Pertama Akademi Fantasi Megastar | Dunia Penuh Gosip

2 Tersingkir Minggu Pertama Akademi Fantasi Megastar

Akademi Fantasia Megastar telah masuk minggu pertama persaingan untuk 12 peserta yang terpilih. Menyaksikan ramai bintang yang berani mencuba sesuatu yang baru dan ada juga yang play safe. Tapi kuasa diberikan 60% daripada juri profesional dan 40% daripada undian penonton menentukan nasib mereka.


Tema minggu pertama adalah lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh pelajar bintang AF sebelum ini. Menyaksikan nasib tidak menyebelahi Adira dan Azhar apabila menjadi 2 peserta pertama tersingkir pada minggu ini. 

Azhar dari mula semasa kedudukan carta undian beliau adalah peserta paling corot undian dan berpeluang tinggi untuk tersingkir. Ditambah dengan persembahan yang biasa tiada keistimewaan menyebabkan beliau peserta pertama tesingkir pada malam tersebut. Adira pula dilihat telalu sambil lewa dalam persembahannya sehinggakan kadang-kadang kedengaran tidak begitu menyanyi seperti yang biasa.

Adira menyanyikan lagi Ikut Rentakku manakala Azhar menyanyikan lagu Dalam Gerimis. Seorang lagi peserta yang juga berada pada bottom 3 adalah Amir Jahari namun ia terselamat daripada penyinkiran. 

Dari penghayatan ada persembahan yang memang power dan ada yang sangat lemah. Seperti persembahan daripada Marsha, Idayu, Syamel dan Bob yang sangat memukau dan luar daripada kebiasaan mereka. Manakala persembahan Amir Syazwan, Sufie dan Ewal sangat lemah pada malam tersebut. Harap mereka meberikan yang terbaik diminggu akan datang kerana mereka sudah level bintang.





15 ulasan:

  1. Laaa...dh tersingkir dh..aka dh x tgok AF ni..anak akak pun x suka tgok...pelik plak..kalau dulu suka je..

    BalasPadam
  2. Erk, Azhar nie Af berapa ek? he...23x

    BalasPadam
  3. haha program ini nampak menarik, suka nyanyi nyanyi

    BalasPadam
  4. sayangnya adira dah terkeluar....

    BalasPadam
  5. xde rezeki adira.. xpelah.. sa follow masa af1 je.Lpstu terus stop

    BalasPadam
  6. lama x tgk AF sejak mawi lagi.. x berminat sgt tapi bila teron channel tgk kejap jer.. hehehe...

    BalasPadam
  7. adira slack sikit smlm. tp suara dia sedap. mungkin bukan rezeki. tp azhar ni ok je i tgk smlm. huhu

    BalasPadam
  8. Suka Marsha, Bob. Tak sempat lagi nak menonton. Tgk siaran ulangan ajelah nanti.

    BalasPadam
  9. Lama tak tengok AF..tak ingat Azhar ni dari AF berapa,tapi suara dia sedaplah sayang pula dah tersingkir

    BalasPadam
  10. err.. sebenarnya tak follow sangat sebab busy. tapi adira pun suara boleh tahan... azhar pun.

    BalasPadam
  11. lama tak tengok acara ini , tapi yang tersingkir suaranya bagus , ah sayangnya

    BalasPadam
  12. Sekali 2 orang terkeluar. kurang undian dari penonton ni. Suara sedap,takda rezeki ke final.

    BalasPadam
  13. Alaaaa... Tak tengok pon AFM. Awalnya adira tersingkir. Suara dia sedap jugak kan.

    Pssttt... tajuk tu macam tertinggal 1 word. Fantasi ker fantasia ☺

    BalasPadam
  14. Hope Adira will win. I love her voice.

    BalasPadam
  15. Akak tak pernah berkesempatan nak nengok alaaahaiii

    BalasPadam