Dunia Penuh Gosip - Asia Pasifik Dunia Penuh Gosip: Asia Pasifik - All Post
Memaparkan catatan dengan label Asia Pasifik. Papar semua catatan
Di rantau Asia Pasifik (APAC) hari ini yang penduduknya semakin menitikberatkan soal kesejahteraan, semua produk semula jadi, termasuklah makanan tambahan atau suplemen, lazimnya dipercayai oleh pengguna kerana tanggapan positif tentang hubung-kaitnya dengan alam dan ketiadaan ramuan sintetik. Di pasaran APAC, idea bahawa makanan tambahan semula jadi sememangnya selamat dan berkesan juga semakin diterima umum. Malah, pengguna Malaysia sering menggunakan produk farmaseutikal, ramuan kesihatan tradisional, dan produk kecantikan dalam rutin harian untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan penampilan masing-masing.



Bagaimanapun, persepsi ini boleh menimbulkan kesan yang tidak diduga. Sebagai contoh, di Malaysia di mana suplemen kesihatan boleh didapati secara meluas, ada produk yang tidak perlu mendapat kelulusan, lesen atau menjalani penilaian keberkesanan produk. Justeru tanggungjawab lebih besar diletakkan di tangan pengguna untuk membuat pilihan maklum. Memandangkan lebih ramai individu di rantau ini menggunakan produk tersebut untuk menyokong matlamat penjagaan kesihatan masing-masing demi mencegah penyakit, adalah amat penting untuk memahami bahawa label “semula jadi” tidak semestinya bermakna selamat atau berkesan.

Semula Jadi atau Sintetik,  Sains Menentukan Keberkesanan 


Sama ada semula jadi atau sintetik, keselamatan dan keberkesanan makanan tambahan bergantung kepada sebatian khusus, dos yang disyorkan dan potensi interaksi dengan bahan lain. 

Dr. Alex Teo, Pengarah, Pembangunan Penyelidikan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife

Di Malaysia, ubat herba tradisional masih digunakan secara umum, di mana masyarakat majmuk kita bergantung kepada herba tempatan kerana dianggap membawa manfaat kesihatan. Walaupun ramuan herba boleh memberikan manfaat kesihatan sebenar, bahan-bahan ini tidak semestinya tanpa risiko. Sesetengah ramuan semula jadi mungkin berinteraksi secara tidak diduga dengan ubat atau menyebabkan kesan buruk apabila diambil secara tidak betul. Menurut tinjauan Kementerian Kesihatan, 31.6% daripada rakyat Malaysia tidak sedar tentang kemungkinan interaksi antara ubat tradisional dan moden.

Menurut Dr. Alex Teo, Pengarah, Pembangunan Penyelidikan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife, sebahgai contoh akar manis yang sering digunakan dalam ramuan tradisional dan sememang dikenali kerana ciri-ciri yang melegakan. Bagaimanapun pengambilan berlebihan, khususnya dalam bentuk suplemen pekat, boleh meningkatkan tekanan darah dan ketidakseimbangan elektrolit. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan ramuan semula jadi dengan berwaspada dan mengikut garis panduan yang ditetapkan, walaupun bagi produk yang dikenali umum.

Sebaliknya, makanan tambahan sintetik dirumuskan untuk menyerupai sebatian semula jadi dan menjalani ujian teliti bagi memastikan kesan yang dikehendaki dihasilkan dengan selamat. Walaupun terdapat perdebatan berterusan tentang kebaikan makanan tambahan semula jadi berbanding sintetik, kajian saintifik yang diterbitkan dan bukti ujian makmal dapat membantu meningkatkan kefahaman kita tentang nilai sebenar sesuatu makanan tambahan.

Menyanggah Mitos Makanan Tambahan Semula Jadi


Untuk membuat keputusan pemakanan yang serba maklum, pengguna perlu mempunyai kefahaman yang baik tentang maksud perkataan “semula jadi” dan apa yang bukan di dalam pentakrifannya. Berikut adalah lima salah tanggapan umum tentang makanan tambahan semula jadi dan petua tentang cara membaca penerangan dengan teliti.



Mitos 1: Semula Jadi Sepenuhnya Bermakna Selamat 

Satu salah tanggapan umum ialah makanan tambahan semula jadi pada hakikatnya selamat kerana bukan ubat farmaseutikal. Sebenarnya, toksin seperti arsenik dan plumbum boleh didapati dalam tumbuhan tertentu dan memakannya tanpa pengetahuan yang betul tentang dos boleh menimbulkan kesan serius terhadap buah pinggang dan hati. 

Mitos 2: Makanan Tambahan Semula Jadi Boleh Diambil Tanpa Had
 
Sesetengah orang percaya makanan tambahan semula jadi boleh diambil dalam jumlah tidak terhad tanpa risiko. Bagaimanapun, sebatian semula jadi sekalipun boleh menyebabkan tindak balas buruk jika diambil secara berlebihan. Sebagai contoh, vitamin larut lemak seperti A, D, E, dan K boleh terkumpul di dalam badan dan menyebabkan ketoksikan apabila diambil dalam tempoh berpanjangan.
 
Mitos 3: Makanan Tambahan Boleh Menggantikan Ubat

Adalah amat penting untuk memahami bahawa makanan tambahan bukan pengganti ubat preskripsi, terutamanya bagi menguruskan penyakit kronik atau isu kesihatan khusus. Langkah menangani masalah kesihatan dengan makanan tambahan dan tidak menggunakan ubat preskripsi bukan pendekatan yang betul. Suplemen seharusnya dilihat sebagai pelengkap kepada nasihat dan rawatan penjagaan kesihatan profesional dan bukannya pengganti.




Mitos 4: Makanan Tambahan dan Ubat Boleh Diambil Bersama Secara Bebas

Satu lagi salah tanggapan ialah makanan tambahan boleh diambil secara bebas bersama ubat preskripsi. Sesetengah makanan tambahan seperti ekstrak teh hijau pekat, boleh mengganggu ubat sakit jantung, manakala ramuan dalam suplemen bawang putih boleh berinteraksi dengan ubat penipis darah, mengurangkan keberkesanannya atau menyebabkan kesan sampingan yang serius. Justeru amat penting untuk terlebih dahulu menghubungi pengamal perubatan sebelum memulakan pengambilan makanan tambahan bersama ubat biasa anda. 

Mitos 5: Makanan Tambahan Boleh Menggantikan Diet Sihat

Tiada suplemen yang boleh menggantikan diet yang seimbang dan berkhasiat. Makanan lengkap boleh memberikan kombinasi kompleks antara nutrien, serat dan sebatian lain yang tidak boleh dibekalkan oleh makanan tambahan. Walaupun makanan tambahan boleh menyokong kesihatan secara keseluruhan, pengambilannya harus dilakukan sebagai tambahan kepada diet yang sihat dan seimbang secara konsisten.

Pendekatan Saintifik kepada Makanan Tambahan


Sebelum anda mula mengambil makanan tambahan, sentiasa kaji pilihan suplemen anda secara kritikal. Makanan tambahan berkualiti menjalani ujian pihak ketiga dan mempunyai persijilan yang memastikan produk tersebut memenuhi piawaian ketat bagi keselamatan dan keberkesanan.

Keperluan kesihatan peribadi anda juga penting untuk menentukan makanan tambahan mana, jika perlu, yang sesuai untuk anda. Suplemen yang berkesan untuk seseorang mungkin tidak sesuai untuk orang lain. Rundingan dengan pakar penjagaan kesihatan amat penting untuk memastikan pilihan betul dibuat berasaskan profil kesihatan individu dan rawatan perubatan yang diterimanya, demi mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini akibat interaksi antara ramuan makanan tambahan tersebut dengan ubat yang sedang diambil. 

Dengan pelbagai pilihan suplemen yang ada, amat penting untuk tidak terpengaruh dengan perkataan “semula jadi” dalam keterangan produk. Sama ada produk semula jadi atau sintetik, yang penting ialah memberi tumpuan kepada kualiti, dos dan bukti saintifik. Dengan meninjau pilihan yang ada dengan teliti sambil menjalankan kajian anda sendiri dan berunding dengan pengamal penjagaan kesihatan, anda boleh membuat pilihan makanan tambahan bertanggungjawab yang membawa manfaat kepada kesihatan anda dalam jangka panjang.









Di rantau Asia Pasifik, kebimbangan dan kemurungan adalah punca utama masalah kesihatan mental yang semakin meningkat. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 melaporkan bahawa 4.6% daripada dewasa muda mengalami kemurungan, dengan kadar kelazimannya  berganda sejak 2019. Hasil tinjauan ini amat membimbangkan dan sekaligus      memaparkan keperluan untuk meningkatkan sokongan dan sumber kesihatan mental di negara ini.



Bagaimanapun, subjek ini mungkin sensitif dan wujud tanggapan negatif tentangnya dalam kebanyakan budaya Asia, lebih-lebih lagi dengan norma masyarakat, proses pembandaran pesat dan sistem sokongan kemasyarakatan yang kian terhakis. Seiring penghijrahan bandar yang terus meningkat, ikatan komuniti tradisional semakin lemah, ia menyebabkan orang ramai semakin rasa terasing. Lebih  ramai dewasa memilih untuk hidup secara berdikari, menyebabkan kerenggangan      dan malah ketiadaan hubungan kekeluargaan. Hubungan yang kurang erat ini, ditambah pula dengan ketidakselesaan untuk membincangkan topik kesihatan mental, boleh menimbulkan rasa berat hati untuk mendapatkan bantuan dan menjadikan masalah ini lebih sukar ditangani.

Namun, ada caranya kita boleh menggalakkan keterbukaan dan sokongan untuk kesejahteraan mental. Usaha ini bermula di peringkat masyarakat, dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan aktif menerusi rangkaian sosial. 

Kuasa Rangkaian Sosial


Salah satu daripada cara paling berkesan untuk menangani kesunyian dan meningkatkan kesejahteraan mental ialah menerusi aktiviti berkumpulan. Hakikatnya kelab berlari dan berbasikal, serta kumpulan yoga dan Pilates popular ada sebabnya – aktiviti seperti ini membawa manfaat kesihatan lebih besar berbanding bersenam secara bersendirian. Selain daripada kecergasan fizikal, aktiviti berkumpulan meningkatkan kesejahteraan mental dengan mengurangkan tekanan dan memupuk silaturahim. Dalam Tinjauan Kuasa Komuniti Asia Pasifik kendalian Herbalife, lebih separuh responden (51%) berkata kumpulan sokongan penting untuk kesihatan dan kesejahteraan mereka, kerana mereka mengalu-alukan peluang untuk bertemu dengan rakan baharu, meluaskan jaringan sosial, memastikan mereka bertanggungjawab untuk mencapai kemajuan, dan melibatkan diri dalam aktiviti secara bersemuka.



Konsep “keserasian tingkah laku” — idea bahawa insan yang bergerak atau bekerja secara serasi akan mengeratkan ikatan sesama mereka — menjelaskan mengapa senaman berkumpulan amat berkesan. Bersenam bersama orang lain membebaskan endorfin, sejenis hormon yang juga dikenali sebagai hormon "gembira", dan membantu menjalin hubungan sosial yang lebih erat. Bersenam bersama bukan sahaja meningkatkan motivasi tetapi juga memperkasakan individu untuk melangkah lebih jauh dan mencapai kemajuan peribadi.

Makan Bersama Mengeratkan Hubungan Sosial 


Satu lagi unsur penting yang meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental ialah pemakanan, terutamanya apabila digabungkan dengan aktiviti mengeratkan hubungan sosial. Dalam kebanyakan budaya Asia, termasuk Malaysia, makan bersama sesungguhnya penting dalam kehidupan sosial, dan menjadi ritual harian yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan mengekalkan tradisi budaya. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, konsep menjamu selera bersama telah diperluas untuk merangkumi aktiviti bertumpukan kesihatan, seperti bengkel pemakanan dan kebun komuniti.



Aktiviti ini memberi ruang kepada ahli untuk berkongsi hidangan, menerima nasihat pemakanan peribadi, dan menyokong satu sama lain dalam perjalanan hidup masing-masing untuk mencapai kesejahteraan. Perhatian khusus dan hubungan kemasyarakatan yang terjalin dalam persekitaran ini amat bermakna untuk mencapai matlamat kesihatan jangka panjang.

Di samping itu, makan bersama sering membawa kepada pengesahan sosial positif, yang menggalakkan insan untuk membuat pilihan makanan lebih sihat bersama, menekankan idea bahawa pemakanan bukan sahaja mengenai apa yang kita makan tetapi juga mengenai dengan siapa kita menjamu selera. Hasil kajian saintifik menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial yang lebih tinggi berkesan untuk menguruskan berat badan dalam jangka panjang, biarpun objektif Kumpulan bukan untuk mengurangkan berat badan secara khusus. Dengan bantuan rakan sebaya     , kita boleh membina tingkah laku yang lebih baik, meningkatkan keyakinan diri, menjalin silaturrahim      dan mengawal tekanan.

Penyelesaian Untuk Membina Masyarakat Lebih Sihat 


Dalam dunia hari ini yang serba pantas, kita sering menghadapi kesukaran untuk meluangkan masa bagi membina hubungan sosial. Jadual kerja yang sibuk, tuntutan kerja dan peribadi serta kehidupan harian yang mendesak menyukarkan usaha untuk membina rangkaian sokongan sesama insan. Bagaimanapun, dunia digital masa kini boleh menyediakan sistem sokongan maya sebagai alternatif yang praktikal bagi hubungan secara bersemuka. Menyertai aktiviti kesejahteraan berkumpulan dalam talian, mendapatkan maklum balas peribadi menerusi e-mel atau berkongsi platform media sosial sebenarnya tidak kurang berkesan berbanding sokongan sosial secara fizikal.  Ruangan sosial maya ini membolehkan individu untuk berhubung dengan individu lain yang mendukung matlamat yang sama dan menerima maklum balas positif yang membawa manfaat kepada kesihatan.



Untuk membina komuniti yang lebih sihat di mana tiada tanggapan negatif wujud mengenai kesihatan mental, kita perlu mengguna pakai pendekatan berasaskan masyarakat yang mengutamakan kesejahteraan keseluruhan. Aktiviti berkumpulan menjadi strategi untuk menghadapi tekanan, mengurangkan kesunyian dan membina hubungan sesama insan. Sokongan masyarakat sesungguhnya meningkatkan daya tahan dan memberikan matlamat yang kukuh dan ruang yang selamat.

Hakikatnya, memang menjadi lumrah manusia untuk menjalin hubungan sosial — masyarakat kita membentuk dan meningkatkan keupayaan kita, membantu kita      menjadi yang terbaik, dari segi fizikal dan juga mental.  Langkah pertama yang perlu diambil ialah mengakui bahawa kita semua menghadapi pelbagai cabaran, dan bersama-sama kita boleh mengatasi rintangan dan terus berkembang maju.