Dunia Penuh Gosip - Iskandar Ismail Dunia Penuh Gosip: Iskandar Ismail - All Post
Memaparkan catatan dengan label Iskandar Ismail. Papar semua catatan
Pentas Gegar Vaganza 12 (GV12) melabuhkan tirai dengan menyaksikan Iskandar Ismail dinobat sebagai juara bagi edisi kali ini.  Hasil kemenangan tersebut Iskandar telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, set ruang tamu tajaan Empire Reka berserta trofi.



Iskandar mendendangkan lagu Madah Berhelah, Senja Nan Merah duet bersama Jaclyn Victor, Cerita Kedai Kopi dan Pink Venom untuk segmen Battle bersama Nubhan serta Mell Sakura.

Naib juara dimenangi oleh trio Indonesia, Mendua, yang mempersembahkan lagu Jikalau Kau Cinta dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Mendua terdiri daripada Hendra Purnanto (Pungky), Marisha Friska Halauwet (Sasha) dan Diana Puspitasari (Diana).

Sementara itu Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih mesra dipanggil Nubhan dengan dendangan lagu Cuba berjaya memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Manakala Mark Adam pula merangkul tempat keempat, diikuti Mell Sakura di tempat kelima dan Ruri Repvblik di tempat keenam.