Dasyat apabila majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan 
Zain Saidin disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti 2013 
apabila telah mendapat tajaan perkahwinan sebanyak RM13 juta. Menurut
 Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ,40, dia mengganggap 
segala tajaan untuk hari bahagia itu nanti adalah sebagai rezeki 
perkahwinan buatnya dan bakal suami Zain Saidin, 29. "Pada asalnya
 kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi 
apabila ditaja, lain pula jadinya," Katanya kepada Harian Metro. 
  
Jelas
 Che Ta lagi, dia tidak mahu ramai pihak salah pihak yang mana segala 
urusan penajaan bukanlah diminta olehnya tetapi penaja terbabit yang 
mencarinya dan menawarkan kesudian untuk menaja. "Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu."
Antara penaja terbesar perkahwinan pasangan ini ialah barang kemas 
Habib Jewels iaitu sebanyak RM10 juta selain 27 penaja lain seperti 
Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram
 Photograpy, Manggis Production, Kad Lestari dan Seri Catering. Sementara
 itu, pasangan ini menafikan dakwaan yang mengatakan mereka telah 
berhutang dengan pihak bank yang mana sebaliknya segala persiapan barang
 hantaran seperti cincin nikah dan kahwin adalah hasil duit mereka 
sendiri.
Rozita bakal menerima wang hantaran daripada Zain 
bernilai RM23 ribu yang merupakan simbolik kepada tarikh lahir Zain 
selain mas kahwin sebanyak RM9,300 yang turut sempena tarikh lahir Che 
Ta berserta sebentuk cincin kahwin dianggar RM93 ribu. Pasangan 
ini akan bernikah 11 Disember depan di Gazebo Setia City Convention 
Centre selepas solat maghrib dan akan disiarkan secara langsung menerusi
 Astro Ria saluran 104 bagi majlis akad nikah dan persandingan nanti.
Pasangan
 ini yang seperti pinang dibelah dua ini juga sudah berkira-kira untuk 
bercuti selama 19 hari selepas majlis persandingan dan memilih 
mengelilingi Eropah seperti Rom, Milan, Venice, Frankfurt, Amsterdam 
untuk menikmati saat bulan madu.
 *Berita daripada Yahoo Malaysia
 
Follow Us