Dunia Penuh Gosip - Taanusiya Chetty Dunia Penuh Gosip: Taanusiya Chetty - All Post
Memaparkan catatan dengan label Taanusiya Chetty. Papar semua catatan
Ratu cantik Malaysia, Taanusiya Chetty mencipta pencapaian membanggakan apabila menamatkan saingan Miss World 2026 di tempat ketiga, selepas berjaya mara sehingga kelompok Top 6 pertandingan berprestij itu.



Pencapaian itu melengkapkan perjalanan cemerlang Taanusiya pada edisi ke-73 Miss World, selepas beliau terlebih dahulu mara ke Top 20 menerusi pencapaian Top 2 Beauty With a Purpose, sebelum meneruskan kemaraan sehingga Top 6.

Kali terakhir Malaysia mengikut kejayaan dalam pertandingan ratu cantik dunia adalah menerusi kemenangan Lina Teoh pada 1998. Selain meraih tempat ketiga, Taanusiya juga merangkul gelaran Miss World Asia.

Jelitawan kelahiran Kuala Lumpur itu turut menjadi pemenang bagi anugerah Beauty With A Purpose yang merupakan sebuah projek kebajikan dan kemanusiaan, lebih penting lagi ‘jantung’ kepada pertandingan Miss World.

Dia berjaya menawan hati barisan juri dengan projek menubuhkan sekolah di dalam hospital Orang Asli yang terletak di Gombak.

Mahkota Miss World 2026 menjadi milik jelitawan Dominican Republic, Joheirry Mola Dominguez manakala naib juara pula disandang wakil  Sepanyol, Elisabeth Alabern.

Tahun ini, seramai 111 peserta dari seluruh dunia berentap untuk merebut mahkota Miss World edisi ke-73. Tahun lalu mahkota tersebut dimenangi wakil Thailand, Opal Suchaata.