Super Spontan Sampai ke Akhir | Dunia Penuh Gosip

Super Spontan Sampai ke Akhir


Setelah  bertungkus lumuh akhirnya program realiti perlawanan spontan pertama Malaysia Super Spontan akan sampai ke kemuncaknya pada minggu ini. 1 Jun akan saksikan bakal bergelar juara pertama Super Spontan akan di nobatkan. Siapa antara 6 peserta yg berjaya ke peringkat akhir tersebut akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry. Adakah Johan mampu mempengaruhi pengundi dengan status beliau sebagai Artis Komedi Lelaki Popular yg di menangi pada ABPBH baru2 ini.

Adakah Zizan yg terus menjadi kegilaan anak muda sekrang dengan lawak yg spontan dan juga mencuit hati. Adakah juara milik Taukeh yg sering mendapat job lakonan atau milik pasangan serupa tapi tak sama Suhaimi dan Rahim. Atau bakal di rampas kejuaraan milik Ropi yg tak berapa nak kelakar tu hehehhehe.. Namun apa pun semua terpulang kepada undian anda kerana konsep akhir ini telah bertukar di mana undian adalah berasaskan individu bukan lagi berkumpulan.


Namun masih ada yg boleh di perbaiki kerana ada beberapa perkara senseviti perlu di ambil kira oleh penganjur mahupun pelawak2 Super Spontan sekalian. Perkara penting perlu di lihat adalah penggunaan treadmark 'hak tuiiii...' atau meludah yg dan jadi trend sekarang. Bila melawak semua peserta meludah tanda protes dalam bentuk gurauan. Tapi perkara itu nampak agak tidak molek dan kotor.

Kerana ludah meludah ini adalah kerja org tak bertamadun dan juga melambangkan mereka adalah golongan gengster. Meludah tak tentu pasal dan meludah depan2 org adalah budaya yg tidak sesuai di tayangkan kepada penonton. Ini adalah medan lawak dan perlu berhati-hati kerana penonton tediri dari berbagai golongan dan peringkat usia. Bukan tak suka mereka melawak tapi treadmark meludah itu agak keterlaluan dan contoh yg tidak baik.

Harap dapat perhatian perkara ini daripada penganjur dan juga Astro selaku penyiar. Tapi program ini sangat berguna dan bagus harap dapat di teruskan di masa akan dtg dengan pelawak2 yg hebat2 berlaka dan juga aksi2 lawak lebih mencabar lagi. Tahniah buat Super Spontan saksikan akhir nanti ok.


0 comments: