Super Spontan Akhir Juara Buat Jozan | Dunia Penuh Gosip

Super Spontan Akhir Juara Buat Jozan


Ramai gelak ketawa terbahak2 mlm ini kerana menyaksikan pastinya pusingan akhir Super Spontan yg telah belangsung mlm tadi. Pasti terguling-guling melihat telatah dan juga lawak semua mereka yg memang lawak gila-gila lah. Itu lah sebenarnya objektif rancangan yg satu-satunya lain daripada lain menghiburkan peminat lawak tanahair dengan lawak2 yg segar dan spontan.

Tahniah buat pelawak yg telah di nobatkan Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular tahun 2010 iaitu Zizan. Beliau di nobatkan juara Super Spontan buat kali pertama setelah mengalahkan 5 peserta lain. Mungkin juga gabungan peminat Zizan dan Johan atau Jozan membuat kepada kemenangan ini kerana mereka di kenali dengan gabungan yg cukup mantap.

Tanpa Johan tidak ada Jozan begitu juga Zizan. Walaupun Johan di nobatkan sebagai Naib Juara itu tidak memutuskan tali persahabatan mereka. Johan yg nampak bagitu ramai penyokong dalam pentas Super Spontan tidak mampu menandingi Zizan. Tapi itu menunjukkan bahawa mereka adalah mempunyai penyokong yg sama cuma rezeki sahaja melebihi Zizan.

Namun kejayaan besar dalam Super Spontan ini adalah gaya spontan mereka pelawak menyiapkan tugasan yang di berikan kepada mereka. Peminat juga begitu support kepada program ini kerana ia cukup lain sgt. Nanti akan ada pula Karoot Komedia X lepas ni yg menghiburkan semua peminat lawak tanpa henti di Astro Warna.


0 comments: