Lumut Eco Run Bakal Membawa Kelainan Dalam Dunia Sukan Larian Di Malaysia | Dunia Penuh Gosip

Lumut Eco Run Bakal Membawa Kelainan Dalam Dunia Sukan Larian Di Malaysia

Para pecinta alam, atlet, dan pecinta kecergasan dari seluruh pelosok negara dan juga dari negara luar akan beramai-ramai berkunjung ke Lumut dalam negeri Perak Darul Ridzuan yang indah untuk menyertai Lumut Eco Run 2019 pada 2 Mac 2019 (Sabtu).


Acara ini yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia atau Permastautin Tetap dan juga pelari antarabangsa yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja, merupakan julung kali diadakan dan ianya sebahagian daripada kempen larian yang bakal dianjurkan untuk empat tahun berturut-turut bermula tahun ini. Setiap tahun akan membawakan konsep unsur alam semulajadi yang berbeza iaitu :- 

> Tahun 2019 = Tanah
> Tahun 2020 = Air
> Tahun 2021 = Api
> Tahun 2022 = Angin



Acara larian mesra keluarga ini dianjurkan oleh Patriot Malaysia dengan 5 objektif murni yang ingin disemai sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya acara larian ini, iaitu :- 

1) Menghidupkan kembali semangat berkomuniti untuk menjaga, memelihara, dan memulihara kawasan setempat.

2) Melibatan semua pihak baik dari peringkat pelajar sekolah dan pengajian tinggi kepada golongan dewasa dan kanak-kanak dalam bersama-sama menggembling tenaga serta idea untuk menjaga alam sekitar.

3) Memupuk semangat anak muda untuk memajukan ekonomi tempatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan dengan mengambil kita kehadiran khalayak ramai yang datang berkunjung.

4) Menyegar kembali bandar Lumut sebagai salah satu destinasi pelancongan utama edngan mempromosikan Lumut kembali ke dalam kalender tahunan pelancongan Malaysia.

5) Mempromosikan industri desa dan warisan sekitar Lumut, Setiawan dan Manjung sebagai daya tarikan kepada pengunjung luar. 

Peta laluan untuk larian boleh didapati dalam laman Facebook Lumut Eco Run 2019 di pautan https://tinyurl.com/lumutecorun2019. Manakala maklumat lanjutan berkenaan acara larian ini termasuklah yang berkaitan dengan kategori larian, yuran penyertaan, kutipan pek larian, hadiah-hadiah untuk para pemenang dan dan banyak lagi.





Sekira korang nak mendaftar menjadi peserta larian ini boleh menggunakan kod promo 'BG 003' bagi mendapatkan diskaun 5% untuk pendaftaran. Korang hanya buat pendaftaran di pautan ini  https://www.ticket2u.com.my/event/12497. Daftar sekarang sebelum terlambat kerana penyertaan amat terhad.




Baru-baru ini juga telah diadakan sidang media untuk mempromosikan Lumut Eco Run 2019 yang bertempat di Dorsett Hotel Kuala Lumpur. Juga majlis penyerahan tajaan daripada penaja utama iaitu ULTRON dan Dorsett Hotel sebagai penaja penginapan. Turut hadir merasmikan acara ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M Noor Azman Bin Taib



    


15 ulasan:

  1. Bagus nya ada aktiviti sebegini. Moga Lumut Eco Run 2019 sukses dengan konsep nya yang tersendiri dan mencapai matlamat mereka. Run 21km tak daya nak join. Semput kita awakkkk! HAhaa

    BalasPadam
  2. Dulu suka aktiviti macam ni, tapi sekarang dah pencen. baru naik tangga 8 tingkat dah semput. dah macam cerita kung fu pula ada tanah, air, api & angin.

    BalasPadam
  3. Aktiviti sihat untuk mereka yang kaki lari..akak bokeh brisk walk je..lari sikit2 dah nak pecah dada sebab mengah..Maha join ke? good luck ye maha kalau join

    BalasPadam
  4. Aktiviti yang baik untuk kesihatan, mendekatkan diri dengan alam.. best.. kalau satu family join, lagi menarik. Family bonding yang sihat. Moga Lumut Eco Run 2019 berjalan dengan jayanya.

    BalasPadam
  5. Makin banyak event larian kat Malaysia skrg, boleh kata hampir tiap2 minggu ada.
    Menarik Lumut Eco run ni, sbb promo penjagaan alam... 👍👍👍

    BalasPadam
  6. great eco run.. run run run.. to the trophy, to the healthy lifestyle... great one... unique indeed..

    BalasPadam
  7. wah... maksud nyer, wajib masuk 4 thn berturut2, kan? baru dpt complete kan medal tu. ohsem!
    jauh :(
    aduhai. something yg bagus di kala ini. medal tu bonus jer. running tu yg penting. aktiviti kesihatan. da semakin byk aktiviti funrun sebegini nowadays. menjangkit-jangkit dari satu ke satu. tak pernah takde. kat melaka, nearly every month ada satu funrun yg besar tau. just, aida x dpt nak join :( komitmen anak2 tu hah. payah nak ditinggalkan. nak ajak sekali, si adik tak berminat.

    BalasPadam
  8. This is interesting. I love joining matathons. But unfortunately it is far at lumut. I can try join next year.

    BalasPadam
  9. wah jadi teringat setahun silam pernah ikut pertandingan serupa di johor, boleh lah kita coba ini maret

    BalasPadam
  10. Kalaulah sis larat lagi sure sis dah join, now semua dah mereput..sana sakit sini sakit. Mau pengsan kalau sis berlari sekarang ni. Good luck lah pada yang join ya..:D

    BalasPadam
  11. Wahhh bagus ada aktiviti pecah peluh ni...disamping mengerarkan silaturahim sesama insan dpt juga menjaga kesihatan....bila meningkat usia ni...kalau larat boleh juga join aktiviti ni walaupun jadi org terakhir yg sampai ke finish!...hahahaah

    BalasPadam
  12. Teringin nak join run2 mcm ni. .
    Mesti best kannn.. Nak kena start work out balik la. Bdan dah naik ni

    BalasPadam
  13. Wow thanks for sharing. Bagus kalau dari muda dh biasa join aktiviti2 macam ni kan. fit sentiasa gitu. Kawan2 saya memang ramai kaki lari2 gini. nanti saya share dgn diorg.

    BalasPadam
  14. Wow...it is surely not going to be easy to complete this run...for beginners like me. Hopefully it will be a hit and success for the organizer as the location of this run is really different from others. :)

    BalasPadam
  15. wowww looks like one that those will go because of the medals! especially given that the coming years all with different themes!

    BalasPadam