Filem Wajib Tayang Hari Raya Pertama | Dunia Penuh Gosip

Filem Wajib Tayang Hari Raya Pertama

Dalam kesibukan persiapan hari raya bagi penggiat seni filem tempatan pula sibuk menantikan saat tayangan filem mereka menjelang hari raya nanti. Ada 3 buah filem akan masuk panggung pada hari raya pertama 2 buah daripada filem tempatan dan sebuah filem antarabangsa. Pesaingan sihat ini dilihat lebih terjurus kepada usaha untuk medapatkan status boxoffice kerana filem2 yg akan di tayangkan bukan calang2 filem dan juga pengarahnya.


Filem pertama yg akan keluar di pawagam pada hari taya nanti adalah sebuah filem sikual kepada filem2 untuk versi pertama dan keduan. Adnan Sempit kini telah masuk musim ke 3 dan masih mengekalkan momentum barisan pelakon yg hebat2 dari musim pertama hingga kedua. Shahezy Sam, Yana Samsudin, Along Cham dan Intan Ladyana dilihat penghidup kepada filem ini yg pernah menjulang box office untuk musim yg pertama. Konsep masih di kekalkan kisah latar belakang hidup mat dispatch yg kini telah masuk fasa perkahwinan mereka dengan insan pilihan hati.

Mampukah filem ini mengulangi kejayaan kepada Adnan Sempit yg pertama. Adakah barisan pelakonnya mampu untuk menarik minat penonton untuk menonton filem ini. Namun bagi penerbit David Teo ia bukan halangan kerana taget beliau untuk keluar lebih 50 filem dalam setahun pasti tercapai. Apa pun jgn lupa untuk pergi kepawagam hari raya ini bagi menyaksikan filem Adnan Sempit 3 yg masih kelakar dan hebat.


Filem kedua yg akan di tayangkan juga pada hari raya pertama adalah filem Lemak Kampung Santan. Sebuah filem terbitan, arahan dan lakonan Hans Isaac ini nampak lebih lain dengan filem2 beliau sebelum in. Filem yg berkisarkan kehidupan org kg Melayu yg penuh dengan adat dan kesopanan di selitkan dengan eliment humor dalam filem ini menjadi ia agak menarik. Bergandingan dengan kekasihnya Neelofa nampak lakonan mereka tidak keko dan seolah-oleh ia realiti. 

Masih begandingan dengan barisan pelakon pilihan Hans sendiri seperti Harun Salam Bachik, Awie, Afdlin Shauki, Kir Rahman dan ramai lagi merupakan kisah cinta antara gadis kampung dengan jejaka kota. Bagaimana plot cerita dan kesudahan kisah ini kena saksikan sendiri filem Lemak Kampung Santan tayangan hari raya pertama di seluruh pawagam berhampiran anda.


Sebuah filem luar negara juga akan mengjengah di pawagam tempatan pada hari raya pertama. Filem aksi dan fiksyen Percy Jackson - Sea Of Monsters adalah karya daripada sebuah novel terlaris ini mengetengahkan kisah magik. Mereka bertarung dengan raksaksa air, tentera zombi dan juga pejahat sihir. Watak Percy Jackson di pegang oleh pelakon Logan Lerman dan bergandingan bersama pelakon lain seperti Alexandra Daddario, Brandon T Jackson, Jake Abel dan ramai lagi.

Untuk saksikan filem yg berbeza ini jgn lupa untuk ke pawagam pada hari raya pertama juga. Mungkin hari tu lepas solat raya boleh buat marathon untuk tonton 3 buah filem hebat ini yg bakal membawa demensi berbeza kepada penonton. Namun amalan ziarah menziarahi jgn dilupa kepada jiran dan sanak saudara mesti di utamakan. Erat silatulrahim di bulan mulia ini kalau susah2 bawa semua ahli keluarga ke pawagam tonton 3 filem hebat ini nanti ok..






1 ulasan: