Dabra Ingin Kembang Kerjaya Di Semenanjung Selepas Juarai Borneo Rising | Dunia Penuh Gosip

Dabra Ingin Kembang Kerjaya Di Semenanjung Selepas Juarai Borneo Rising

Lapan minggu bertanding, peserta dari Kota Kinabalu, Dabra Sia akhirnya dijulang sebagai juara program realiti Borneo Rising musim pertama. Bintang kelahiran Sabah ini turut turut memenangi Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi.



Dabra atau nama penuhnya Dabra Sia Yong Ying menyampaikan lagu Abracadabra nyanyian Lady Gaga. Bagi persembahan kedua, anak kelahiran Likas, Sabah itu menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri secara duet bersama Mya K.O.I.

Sebagai juara, Dabra membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi, sebuah single berserta muzik video terbitan Rocketfuel tajaan CelcomDigi serta kontrak pembangunan dan pemasaran artis bernilai sehingga RM100,000 tajaan Rocketfuel.

Tempat kedua menjadi milik Petrova yang menerima wang tunai RM20,000 dan trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi. Joy pula menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi.



Sementara itu, Harris berada di tempat keempat. Dia menerima wang tunai RM5,000 dan trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi. Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap, iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Pemarkahan ditentukan berdasarkan 80 peratus penilaian juri profesional, manakala baki 20 peratus berdasarkan undian penonton.

Program yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad itu berlangsung selama lapan minggu, bermula 6 September hingga 25 Oktober 2026.






0 comments: