Into The Strom Bawa Anda Ke Tengah Ribut Taufan - Ulasan Filem | Dunia Penuh Gosip

Into The Strom Bawa Anda Ke Tengah Ribut Taufan - Ulasan Filem

Terima kasih kepada ChurpChurp Malaysia kerana memberikan 2 tiket untuk pra tonton filem Into The Storm ini di TGV One Utama. Rasa teruja dan penuh menarik untuk menyaksikan sebuah filem documentari hebat kajian terhadap ribut taufan di Amerika. Mahagosip dapat mengembara dalam sepenjang durasi 1jam 30minit tentang kekuatan ribut taufan dan juga kemampuan manusia untuk menghadapinya.

 

Menonton triller filem ini sahaja dah membuatkan anda begitu teruja untuk merasai situasi sebenar berada di tentgah2 puting beliung yang terbesar dalam sejarah. Filem terbitan New Line Cinema membariskan pelakon2 hebat dan bekarisma seperti Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh, Alycia Debnam-Carey dan Arlen Escarpeta. Baca sedikit sinopsis filem ini yg mampu membuat hati anda sentiasa bedebar2 untuk menunggu setiap bahagian dalam filem ini.


Sipnosis
Dalam tempoh satu hari, bandar Silverton mampu dimusnahkan oleh serangan pernah berlaku sebelum tornado. Seluruh bandar berada dalam keadaan yang tidak menentu dan boleh membawa maut, walaupun penjejak puting beliung meramalkan yang paling teruk lagi akan datang. Kebanyakan orang mencari perlindungan, manakala yang lain berjalan ke arah vorteks, menguji sejauh mana seorang pemburu ribut akan pergi untuk mendapatkan kepuasan dan juga kisah sebenar bila berada dalam puting beliung paling ganas. 

 

Cerita garapan hebat pengarah Steven Quale ini sekali sekala mengusik emosi penonton dengan kisah sedih dan drama kekeluargaan. Di hebatkan lagi dengan aksi ribut yg tidak diduga dan menggerunkan. Namun masih ada kekurangan dalam penggunaan kamera kerana apa bila berada dalam situasi hebat tiada aksi dalam rakaman kamera hanya statik tidak menunjukkan situasi kamera sebenar. Ini filem dokumentari dan banyak pelakon pegang kamera sendiri tapi filem ini tidak menggunakan kedudukan kamera tersebut.

Yang lain filem ini hebat dan menarik untuk di tonton. Mahagosip bagi 3 bintang untuk filem ini. Kalau anda suka pada aksi yg menggerunkan dan juga melihat bagaimana puting beliung pada jarak yg dekat filem ini sesuai untuk anda bermula 8 Ogos 2014 di pawagam berhampiran anda. Walaupun Malaysia jauh daripada bencana ini tapi filem ini mampu membawa anda dekat dengan situasi sebenar.







0 comments: