Akibat Gurauan Terlampau Facebook Amran Fans Dan Jualan Buku Diberhentikan Serta Merta

Siapa tak kenal pelawak "Bodoh" yang cukup popular dan viral di laman sosial Amran Fans kini tidak lagi dapat lagi membuat lawak selepas ini. Apabila isu kematian dan rogol yang serius dipermainkan maka ramai pihak tidak puas hati dengan pelawak ini. Menurut akhbar Harian Metro terbitan 25 Mei baru2 ini banyak pihak kesal akan tindakan sosial media influence ini dengan lawak yang terlampaunya. 


Menurut akhbar tersebut ramai peniaga yang menjual kedua2 buku Amran Fans tulisan Dubook telah mula tidak menjual buku tersebut secara online atau juga di kedai2. Ini kerana mereka memprotes dan rasa kecewa dengan lawak yang sebegitu terhadap mangsa rogol dan bunuh di negara jiran. Jenaka terhadap kes rogol apatah lagi membabitkan pembunuhan adalah sesuatu yang tidak berakal dan tidak sepatutnya berlaku.


Terpalik daripada isu itu juga pihak Facebook telah membuang laman facebook Amran Fans dan juga Amran Fans Official yang mempunyai 900k follower secara rasminya. Kalau korang cari sekarang memang laman itu tidak lagi boleh diakses secara terus. Tapi masih buka lagi laman Twitter dan Instagram Amran Fans yang masih aktif dan tidak disekat.

Selepas ini pihak2 yang ingin mengambil kesempatan keatas kematian orang lain adalah tidak diterima sesekali di Malaysia. Betul lah tajuk akhbar tersebut "Terlajak perahu boleh undur, terlajak status..." tanggunglah sendiri. Moga kita lebih peka dan lebih perihatan terhadap derita orang lain. Bukan semua boleh buat lawak walaupun niat kita hanya untuk bergurau. Ambil pengajaran. 







0 comments: