Senarai Penuh Pemenang Anugerah DFKL 2017

Tahniah kepada Drama 7 Hari Mencintaiku mendominasi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) apabila memenangi enam daripada sembilan anugerah yang dipertandingkan. Anugerah DFKL 2017 yang bertemakan #CeritaKita disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam tadi.


Program diacarakan oleh Rita Rudaini, Sherry Al Hadad dan AG, anugerah yang memasuki tahun keempat penganjurannya turut dihiburkan dengan Elyana, Dayang Nurfaizah dan Sissy Imann.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah DFKL 2017:
Aktor Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku)
Aktres Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner)
Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku
Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
Penulisan Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)
Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
Pasangan Pilihan: Shukri Yahaya dan Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
Lagu Pilihan: Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah (7 Hari Mencintaiku)
Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku






0 comments: